topbella

Friday, December 31, 2010

Airmata kasih

Wahai Allah,
jangan biarkan aku menangis,
jangan biarkan airmataku mengalir,
sesungguhnya airmataku sangat berharga,
jangan biarkan aku titiskannya
pada hal-hal yang tidak berguna.

Wahai Allah.
segalanya telah jelas,
segalanya telah berakhir,
Engkaulah yang berhak menjaga hambaMu,
walau sebagaimanapun mereka,
Engkaulah sebaik-baik penjaga.

Wahai Allah,
kurniakan kami kekayaan jiwa,
agar kami tidak merasa susah,
sungguh mehnah dunia menipu belaka,
terimalah kami di sisiMu
limpahi kami rahmat kasih sayangMu.

amin ya rabb...
31.12.2010

....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Cinta kasih


malam ni tiba-tiba aku nak buka blog aku...
setelah 2 hari aku telah berbungkus...pala ni masih pening..pusing-pusing..mata pun masih berair..

lalu aku menulis..aku teringin nak tulis puisi tatkala aku sakit...tapi tak tertulis-tulis lagi...
aku terjumpa laman ini...
aku suka dengan catatan ini....
.........................................

Hehehehehehey ... simak aja percakapan antara Customer Service ( Cs ) Dengan Pelanggan ( P)

Customer Sevise ( Cs ) : Ya .., ada yang bisa saya bantu ??

Pelanggan ( P ) : Baik .., setelah saya pertimbangkan , saya ingin menginstal cinta kasih . Bisakah anda memandu saya menyelesaikan prosesnya ??

Customer Sevise ( Cs ) :
Ya .., saya dapat membantu anda , Anda siap melakukannya ??

Pelanggan ( P ) : Baik , saya tidak mengerti secara teknis , tetapi saya siap untuk menginstalnya sekarang . Apa yang harus saya lakukan dahulu ??

Customer Sevise ( Cs ) :
Langkah pertama adalah membuka HATI anda . Tahukan anda di mana HATI anda ??

..........................................

nota kasih:

Persoalannya:

1. Tahu tak anda di manakah hati anda.itu?..

2. Bagaimanakah rasanya jika anda tidak dapat menginstalkannya?

3. Bagaimana rasa jika kehidupan anda "tanpa cinta kasih itu".?

semuanya hanya ada dalam rahsia Allah taala..masyaAllah.

sumber : aku kutip dari sini.http://www.coretanku.net/home.html

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, December 30, 2010

Sakit jua berhikmah..


hari ini...
30 Disember 2010... aku dah lega demam..
kelmarin...lepas asar tiba-tiba sahaja dadaku berdebar-debar seolah-olah aku ni nak memberi ucapan di perhimpunan..kenapa ya...apa jadi jadi pada aku...
sedangkan aku di rumah...sedang buat kerja-kerja ya urusan sekolah yang belum habis. Ya..aku berada di ruang tamu kenapa aku rasa gemuruh begitu....? Hairan aku...

Tidak berapa lama kemudian lalu kaki tangan aku jadi sejuk...kepala aku mula jadi pening..berdenyut-denyut...oh...kenapa ya...lalu aku bagitau kak ngah..aku sejuk..aku terus ke bilik dan berbungkuslah aku dengan loto..tetapi sejuk itu masih tidakber kurang..aku demam ni..aku demam rupanya...tiba2 saja aku demam pelik juga.

Aku mula memejamkan mata..lidah hanya mampu berzikir
" ya Alllah...ya Allah"
Lama aku begitu..Aku pasang ayat2 quran yang kawan aku bagi melalui hp aku. Lalu hati dan telinga aku tenang dengan laguan bacaan Saad Al Qhamdi itu..

Lalu terdetik di fikiran aku...
"Begini agaknya orang yang nak mati...kaki tangan semua sejuk..mata tertutup rapa..tiba-tiba saja malaikat maut datang mencabut nyawa tanpa kita tahu, tanpa kita sedar...sungguh mati itu sakit..dan mati itu kita tidak tahu...."

Sungguh kalau kita sihat, mata celik dan nampaklah dunia dan inginkan dunia itu. Tetapi kalau badan kita sakit, badan lemah kita tak nak apa dah..mata pun hanya nak tutup ja. Hanya yang kita nampak satu alam lain dalam bayangan mata itu, alam yang semua orang akan pergi ke situ...

Sungguh kalau kita sihat itulah kekayaan sebenarnya...kaya zahir yang kita tak nampak..tetapi kita jarang bersyukur.. Wahai Allah sesungguhnya sakit itu rahmat kasihMu jua. Sakit jua untuk mendekatkan diri hamba kepada Penciptanya. Sakit jua ada hikmahnya untuk kita muhasabah diri sendiri jua untuk mencuci dosa2 lalu...

Sekolah dah nak buka...moga Allah memberiku kesembuhan dan kembali ke sekolah dengan semangat baru...
amin..amin
30.12.2011
.....................
nota kasih:
Diri tanpa ruh adalah mati...ruh tanpa jasad tak tentu, terbang ke sana ke sini mencari-cari. Ruh dan jasad tidak dapat dipisahkan...dunia akhirat tetap bersama. Jika dipisahkan ia amat sakit....sakit. Dunia sudah tiada makna...hanya satu cara ialah kembalilah kepada Allah. Allah yang menjaga langit bumi tanpa rasa susah payah, Allah yang sentiasa memandang kita, Allah yang memberi rezeki kepada kita, Allah yang telah memberi nyawa kepada kita, Allah yang menghidupkan dan mematikan kita....InsyaAllah Allahlah yang mampu menenangkan hati hamba...dan menyembuhkan penyakit saya dengan mudah. Allah yang sentiasa menjaga kita, tiap saat dengan para malaikat yang tidak pernah membantah...masyaAllah...Alhamdulillah. Syukurku padaMu ya Allah Engkau telah memberiku hikmah dan keinsafan ini. Maafkan salah silap aku. Semoga Allah menerima taubat kita dan mengampunkan dosa2 kita yang lalu...amin.
.......................................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, December 26, 2010

bantulah aku..


Wahai Allah,
kurniakan aku kekayaan hati,
agar aku tidak merasa sakit atau sempit
menghadapi masalah yang besar ini.

Wahai Allah,
inikah jalan yang harus ku jalani,
untuk aku dekat lagi denganMu,
untuk menguatkan keimananku.

Wahai Allah,
aku ini hamba yang tak berdaya,
aku lemah dan tiada upaya,
bimbinglah ke jalan yang Kau redha.

~salam kasih sayang.
26.12.2010
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, December 25, 2010

Tarikh ini..sayang.



26.12.2010
tarikh ini...
tarikh lahirnya kamu,
semoga murah rezekimu.

26.12.2010
tarikh ini...
tarikh temunya jodoh mereka,
antara adam dan hawa.

26.12.2010
tarikh ini...
tak pernah aku lupa,
kerana sebati di jiwa hamba.

26.12. 2010
tarikh ini...
walau tak pernah kau tahu,
tersisip indah di hatiku.

26.12.2010
tarikh ini...
akan tetap ku kenang,
lambang cinta kasih sayang.

~salamkasih sayang
26.12.2010
.....................
sayang..masa berlalu begitu cepat, usiamu sudah hampir enam tahun. Sungguh semenjak itu aku tak pernah melupai kamu..Kamu yang baru datang dalam hidupku menghantar kasih sayang aku yang kini telah tenggelam dalam telaga kasih sayang...aku tak upaya untuk keluar, bergelomang dalam rindu, tenggelam dalam airmata kasih sayu. Sungguh kamu sentiasa ada dan ada umpama udara yang ku hela. Kamu sentiasa ada di mana-mana...di langit, di laut, di darat, di pepohonan, di rerumputan, di mata dan di hati hamba.

Begitu hebatnya cinta, cinta boleh mengembalikan semangat dan cinta juga boleh mematikan semangat manusia. Cinta boleh menyembuhkan penyakit, cinta juga boleh mendatangkan penyakit merebak. Cinta juga boleh menjulang cita-cita dan cinta juga boleh meleraikan cita-cita yang telah terbina..itulah hebatnya cinta. Cinta juga telah membawa aku sehingga kini, saat ini dan esuk. Ya ...cinta itu tak pernah mati, ya rindu padamu jua tak pernah berakhir dan tidak pernah aku menemui titik.

MasyaAllah, Allah huakbar. Subhanallah...hebatnya kekuasan Allah, walau semua ini adalah ujian, aku redha dengan takdirMu ya Allah...aku pasrah inilah pemberianMu yang terbaik. Aku tahu Allah maha mengetahui dan maha pengasih..Allah maha tahu atas semua ini terjadi begini. Semoga Allah memberi aku kekayaan jiwa, jiwa yang hidup untuk cintai Allah...jiwa yang pengasih. ya semoga aku miliki jiwa itu yang berupa hati yang putih bersih, hati yang tabah, hati yang sabar hati yang redha. Semoga aku berlapang dada menerima segalanya kerana hati yang lapang tidak akan merasa susah menerima segala kesulitan yang tiba, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian Allah. Sungguh dalam hidup ini hanya kasih sayang Allah aku harapkan semoga hatimu dan hatiku tenang...amin ya Allah.

......................
Salam Kasih Sayang"
I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, December 20, 2010

Saat kau telah tiada..

Sayang..
begitu cepat masa berlalu,
dahulu aku kecil,
kau pimpin tanganku,
aku masih ingat itu..
kau tak pernah merotan aku,
aku tahu kau sayangkan aku.
sedar2 aku sudah besar,
aku mula malu2..

Sayang...
kita tak punya masa bersama,
dalam perjalanan melangkah remaja,
tatkala hidup penuh pancaroba,
kau yang ku panggil bapa.
kita telah terpisah.
kerana jodohmu sudah tiada,
aku redha aku pasrah,
kerana itu sudah takdir Allah.

Walau...
jarak memisahkan kita,
keadaan sering menjauhkan kita,
kau bina keluargamu bahagia di sana,
kau tinggalkan kami...
membesar sendirian bersama emak..
tapi kami terima apa adanya,
kami redha kami pasrah,
kerana ini ketentuan Allah.

Selalu-selalu
kami datang kita bersembang,
ya...tiap kali hari perayaan,
lihatlah perkembangan,
anak cucumu tersayang,
terpancar jua wajahmu bahagia,
kemudian kami pulang,
ku simpan semuanya..
dalam album kenangan indah.

Kelmarin...
aku menjengukmu jua,
sekujur jasad tanpa nyawa,
kau diusung dimandikan mereka,
kau dibalut kain putih dan diikat...
dimasukkan dalam keranda,
dibawa ke masjid disembahyangkan,
diusung ke kubur tuk dikebumikan,
kini kau di sana seorang.

Sayang...
itulah janji Tuhan,
sampai masa tak di lewatkan,
semua orang akan pulang,
sungguh hidup mati itu benar,
alam kubur itu benar,
persoalan dalam kubur jua benar,
pertemuan 2 malaikat jua benar,
bertemu Allah jua benar.

Sayang...
walau kau telah tiada,
kasih sayang tak pernah berpisah,
kau telah kembali ke rahmatullah,
semoga Allah mengampuni segala dosa,
semoga Allah merahmatimu jua,
semoga Allah menempatkanmu
bersama para salihin yang diredhai Allah,
kasih tetap mendoakan bapa.

~salam kasih sayang.
20112010
.....................
nota kasih:
salam..kasih.
pada 19112010, kau telah pergi meninggalkan kami. Kau datang dahulu kami tak pernah tahu, kau ada dahulu kita jarang bertemu kerana keadaan memisahkan kita dan memaksa kita begitu... kini kau pergi kami sempat mengiringimu. Detik itu tetap bersamadi di hatiku..insyaAllah aku akan mendoakanmu selalu..Sesungguh doa anak yang soleh/ solehah itu adalah dambaanmu...Allah telah mengampuni dosa-dosamu kerana telah dipermudahkan Allah, perjalananmu mengadap Tuhanmu...semoga kau di rahmati Allah selalu..amin ya Allah.
...................................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, December 17, 2010

Pesanan buatmu sayang...

Sayang..
ibu ingin berpesan,
kalau mencari suami,
biarlah yang boleh jadi imam,
imam dalam solat kamu,
imam di luar solat kamu,
barulah...
rumah tanggamu tak pincang,
rumah tanggamu tak bergoyang,
walau dipukul gelombang,
walau ditiup ribut taufan.

Sayang...
maafkanlah ibu
kerana ibu tiada pengetahuan,
biarkanlah pengalaman,
menjadi guru yang paling matang,
untuk kita menjadi insan.
sungguh...
yang pahit itu adalah ubat,
yang perlu ditelan,
dengan penuh kesabaran,
jua penawar kehidupan.

~salamkasih sayang.
17.11.2011
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Alam kasih


Sayang..
apakah yang harus aku buat,
tatkala bersama umpama tiada...
sunyi sepi..
tiada bicara syahdu,
tiada rasa rindu,
apa tah lagi rayu merayu.
alam mendung,
langit bersedih pilu..

Kasih...
apakah yang kau cari sebenarnya,
tatkala ada umpama tiada,
sekeliling ramai tetapi sepi ,
senyap sunyi,
tiada bicara kasih,
tiada belas kasihani,
jauh di sudut hati,
ingin pergi.

~salam kasih sayang.
1711.2011
.............................
nota kasih:
wahai Allah kurniakan aku kebersihan hati, kurniakan aku hati yang lapang, agar aku merasa kecil segala pemasalahan dunia yang datang..kerana hati yang lapang tidak akan merasa sempit apabila menghadapi dugaan yang besar.
Wahai Allah jika semuanya ini adalah takdir, aku redha ya Allah kerana segala takdirMu untuk kasih sayang, adalah yang terbaik dan Engkaulah Tuhan selayaknya aku sembah dan aku memohon pertolongan...ampunilah dosa2ku yang lalu, dosa2ku hari ini dan dosa-dosaku yang akan datang sesungguhnya akuni hambaMu yang lemah dan aku sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjukMu dalam menempuh hidupku...amin.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, December 12, 2010

Sekalung doa kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Wahai Allah,
Tunjuklah aku jalan yang lurus,
Bimbinglah daku menuju redhaMu,
Bantulah aku..
Kuatkanlah keimananku,
kuatkan ketakwaanku untuk menyintaiMu,
Jadikanlah solat dan sabar itu penolongku,
Engkaulah Tuhan yang aku sembah,
dan aku memohon pertolongan.
Jangan Kau lupa memandangku,
dan titipkanlah daku rahmat kasih sayangMu.

Salam dan selawat kepada Rasulullah s.a.w, kepada keluarga dan sahabat baginda, kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat seluruhnya.

Amin ya rabb..
12112010
~salam kasih sayang.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, December 11, 2010

selamat tinggal sayang.




salam.
apa khabar awak sekarang?
awak sedang buat apa?
ya..semoga awak sihat2 sahaja..
semoga sentiasa dipelihara Allah.

awak..
lama sudah saya fikir,
tiada kesudahannya saya begini,
saya ingin pergi,
jauh dari kehidupan yang sunyi.

awak..
saya tahu saya ni,
siapa pun tak menyayangi,
apatah lagi awak yang tak pernah pun peduli.
saya sungguh sakit hati.

awak..
selalu orang kata,
bila tiada baru sesuatu tu bermakna.
semoga saya bermakna buat awak..
dengan cara saya "tiada".

awak..
saya minta maaf,
kerana saya selalu buat salah,
saya selalu bercakap banyak..
mungkin awak rasa muak dah.

awak..
saya ucap selamat tinggal.
awak jagalah diri awak baik2,
makan ikut time jangan di abaikan,
solat jangan di lewatkan.

awak...
saya belajar merelakan,
saya percaya hikmah dan keajaiban,
semoga suatu hari Allah menemukan,
kita dalam suasana keredhaan.

awak..
saya doakan kesejahteraan,
saya titipkan keikhlasan dan kemaafan,
hanya Allah yang berhak menjaga awak,
dalam kebaikan dan kasih sayang.

~salam kasih sayang.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Tuesday, December 7, 2010

Tabahlah wahai kasih

kasih itu umpama setitis air yang jernih..
yang tidak pernah kamu lihat dan hargai...sedang ia telah menghilangkan dahagamu sekian lama...


Sepi...
telah lama ingin ku buang,
tetapi mengapa kamu masih bertandang.

Rindu...
telah lama kamu bertamu,
tetapi mengapa kamu masih membisu.

Kasih...
telah lama ku berikan cinta suci,
tetapi mengapa kamu masih tidak mempercayai.

Sayang...
apakah sehingga aku telah menutup mata,
baru cintaku ini bernilai dan berharga.

Wahai Allah...
inikah suratan yang Engkau tulis,
sungguh cinta kasih ini begitu sakit.

Wahai Allah...
hijrahkan aku kepada keikhlasan,
ampunilah aku dan berilah aku keredhaan.

Wahai Allah...
berilah aku kekuatan dan bimbingan,
mengharungi segala cubaan.

~salam kasih sayang
07112010
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, December 6, 2010

Hijrah...


Salam Maal Hijrah.

Marilah....
kita berhijrah kepada kebaikan,
marilah...
kita berhijrah kepada keampunan,

Hindarilah..
diri dari prasangka buta,
jauhilah...
dari segala hasad dengki dan fitnah,

Sungguh...
prasangka itu mainan syaitan laknatullah,
sungguh...
ikhlas hatimu menjadi pilihan Allah.

~salam kasih sayang.
06112010

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Luhur kasihku


Sayang...
Takkala rindu mengetuk,
ku persilakan kamu duduk,
dengan sopan,
ku sapamu sayang,
ku simpan kamu,
di suatu sudut hatiku,
yang terdalam.

Sayang...
Takkala kamu datang,
duniaku jadi terang,
alamku jadi tenang,
ceria di mata bahagia di jiwa,
di hati tenteram,
benih kasih sayang,
telah tertanam.

Sayang...
walau roda dunia berputar,
walau masa berubah,
kelmarin telah menjadi sejarah,
namun kasih tetap hidup,
sayang tak pernah jauh,
bunga cinta tetap harum.
di taman luhur.

~salam kasih sayang.
08112010
.............................................
nota kasih:
wahai Allah, Engkau mencipta aku, Engkau maha mengetahui akan hatiku, seandainya baik urusanku ini, pada diriku, keluargaku, agamaku, maka permudahkan tenanglah jiwaku, tetapi jika ia tidak baik dalam pengetahuanMu, pada diriku, keluargaku, agamaku maka jauhkanlah ia dari aku, hapuskanlah ia dari pemikiranku, redhalah aku dengan ketentuanMu. Sessungguhnya Engkau maha tahu apa2 yang terbaik buatku..maka berilah yang terbaik itu padaku untuk duniaku dan akhiratku..amin.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, December 2, 2010

Jiwa Kasih

jiwa kasih nan suci...kemudi peribadi.
terbit di syurga...tenang di jiwa.


Suatu hari...
Kasih bertanya jiwa,
mengacaukah hamba?
tidaklah...
tiada kasih jiwa kacau..

Suatu hari...
Jiwa berkata kasih,
bukankah kasih itu,
menenangkan jiwa,
meneduhkan yang gerhana?

Suatu hari...
jiwa bicara melara...
apalah ada pada kata,
contengan usang kumal,
sebuah cinta sunyi....

menyanjung kasih
yg tak ternilai,
cuma berani merajut,
pada ranting-ranting pelangi,
dalam lara dan ketakberdayaan diri.

Hari ini...
kasih menyedari sendiri,
takdir malam selepas siang,
takdir cinta langit & bumi berjauhan.
takdir jiwa kasih Allah tentukan.

~salam kasih sayang
02112010
.................................
nota kasih:
Puisi ini ku simpan sebagai kenangan, memenuhi koleksi terindah aku....hehehe..semoga jiwa tenang...kasih sayang berpanjangan..insyaAllah.

Sungguh apa saja yang terdetik, apa saja yang terjadi, apa saja yang terlukis, apa saja yang berlaku bukankah semuanya Allah tahu. Allah mencipta kita, sudah pasti Allah tahu baik buruk kepada kita. Jika sesuatu tertulis dan takdir Allah kepada kita semata-mata untuk mendekatkan diri, hati dan jiwa kepada PenciptaNya, agar kita selalu dalam pandanganNya, agar kita selalu dalam perlindunganNya, bukankah itulah yang terbaik buat seorang hamba...syukurlah sesungguhnya Allah janjikan syurga buat hambaNya yang sabar dan bertawakkal kepadaNya...sabarlah....kasih sayang itu sebenarnya indah.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Wednesday, December 1, 2010

MasyaAllah...


Maksud Kalimah MasyaAllah

SunanDrajad "Mesej dari sahabat cyber ana.... rase sesuai kalau dihantar disini... harap-harap ia dijadikan ikhtibar buat kita bersama Pengunaan "Masyaallah" dlm percakapan seharian.

Sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita p ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah dalam situasi yang silap. bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika anak2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi- wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) atau pun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali)." Sepanjang pengetahuan saya, Allahuakbar itulah ALLAH THE ALMIGHTY.... Yellow Question Yellow Question Yellow Question Minta Ustaz2 atau sesiapa saja yang mahir Bahasa Arab meresponnya...

Wallahua'lam.

***************
kamin Panel Feqh

.....................

nota kasih:
semoga dengan pengetahuan ini kita beramal yang sebenarnya..kalau sesuatu yang menunjukkan kekaguman kita katalah...masyaAllah..tabarakallah.. sebaliknya kalau sesuatu yang tak baik kita kata astaqfirullah..al azim...Jadi di sini saya peringatkan anda dan diri saya juga untuk mengamalkannya..insyaAllah amin
......................................................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

MEMORI BERKASIH


( L )
Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta

(1)
( P )
Bermusim kita bersama
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Ku kunci hati untukmu

( L )
Ku genggam kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penawar

( P )
Sungguh ku terharu dan pilu
Kasih kusemai kau abaikan

( L )
Putusnya ikatan cinta
Mungkin tiada jodoh kita

( P )
Menangis hati ini
( L )
Ku juga bersimpati
( P )
Hancurnya harapanku
( L )
Maafkan sayang

( P )
Kasihmu yang berubah
( L )
Aku pun tak menyangka
( P )
Itulah alasanmu, pergilah sayang

( L & P )
Biar rindu di kejauhan
Menemani hati yang gelisah
Semoga bertemu jua kebahagiaan

( ulang dari 1 )

( L )
Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
( P )
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
( L & P )
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang menimpa
.................
~salam kasih sayang.
nota kasih:

sekadar hiburan sahaja, semoga terhibur...
kita harus berjalan ke hadapan, usah menoleh ke belakang jika untuk mengalirkan airmata,
lihatlah alam, bacalah sejarah orang terdahulu, sesungguhnya cerita mereka lebih hebat, lebih perit, lebih sakit berbanding kita yang cuma rasa yang belum pernah luka merah darah. Allah janjikan syurga kepada hambanya yang sabar lagi redha dengan ujian dan cubaan derita hidup di dunia...moga kita kuat menempuh segalanya dengan pertolongan dan rahmat Allah..amin
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, November 28, 2010

Detik Kematian...



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

~salam kasih sayang.
28112010
.....................
nota kasih:
sungguh, kalau kau tahu hidup aku. Aku tanpa kamu...umpama siang... tanpa mentari, malam... tanpa rembulan, wajah... tanpa senyum, suram, sunyi, dan pilu sendiri. Itulah hakikatnya dan kepastian. Sakit dirasa tidak terkata, tika dipisahkan jiwa dari jasadnya, hanya amalan bisa redakan, bebanan derita di ambang kematian...

Ya semoga Allah memberiku ketenangan jiwa selamanya..wahai Allah bantulah aku..semoga jiwa tenang selalu ..

Denyutan nadi akhirnya terhenti, bersama nafas yang tak terhela lagi, kerana jiwa meninggalkan pergi pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, November 27, 2010

Perginya saat Indah

lagu:http://ghucymalaysia.blogspot.com/2010/02/aiman-pergisaatindah.html
sumber:http://terompahcaring.blogspot.com/2009/11/pergi-saat-indah-aiman.html
....................................................................................
Dalam keheningan
Dan hadir bayangan
Kerana percintaan
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatimu

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...ouh...

~salam kasih sayang.
.....................
nota kasih:
lagu ni sekadar hiburan...semoga terhibur...
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, November 26, 2010

Tarikh 26 .11

Hari ini,
26.11
tarikh tercantik,
dalam hidupku,
serupa nombor rumah aku,
sama nombor kereta aku.
ya..syukurku.

Hari ini..
26.11,
saat yang terindah,
dalam hidupku,
tiba-tiba mentari menyapa,
menghantar cahaya cinta.
ya... alhamdulillah.

Hari ini,
26.11,
walau tidak kau tahu,
dalam hidupmu,
kasih itu bukti kekuasaan Allah,
tetap hidup selamanya.
ya...InsyaAllah.

~salam kasih sayang.
26.11.2010
....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Wednesday, November 24, 2010

Cintaku...


aku ingin,
menyintaiMu dalam solatku,
juga di luar solatku.

semoga aku,
menyintaiMu dalam solatku,
kerana aku tahu Kau begitu cemburu,

izinkan aku
untuk kusyuk dalam solatku,
agar aku menyintaiMu sepenuh ragaku,

luruskan pandanganku,
untuk menyintaiMu di luar solatku,
agar aku tidak tertipu dengan nafsuku.

tolonglah aku,
untuk mengabdikan diri menyintaimu,
kerana hidup dan matiku untukMu.

~salam kasih sayang.
24112010
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, November 19, 2010

lihatlah dia...

sesungguhnya hidup dan matiku kerana Allah.
hamba yang terbaik itu hamba yang bermanfaat kepada orang lain
Dia...
dengan darahnya,
dengan dagingnya,
dengan tulangnya,
dengan bulunya.

Dia...
sanggup berkorban,
kerana Allah,
merasa tenang,
kerana kebenaran.

Dia...
hanya seekor haiwan
yang tidak punya aqal,
serendah-rendah kejadian,
bahagianya berkorban.

Kita...
yang punya aqal,
yang punya keimanan,
yang tinggi peradaban,
yang enggan berkorban.

Dimana...
kita berbanding dia,
mengapa kita masih bertangguh,
kembalilah kepada keampunan Allah,
ibadat, hidup mati kita kerana Allah.

Salam Kasih Sayang
19112010
...................................
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
.........................
nota kasih:

Thursday, November 18, 2010

Pesanan hamba...


salam kasih sayang..
suatu hari...aku tanya.

"seratus tu cukup kah, saya hairan kenapa awak tak dapat gaji lagi hari tu. semua orang dah dapat gaji hari tu, untuk bulan November. moga ujung bulan ni dapat.."

" Ya ok ja, lambat cepat ada hikmahnya. Mcam hubungan kita ni, juga berhikmah kalau kita ikhlas. Saya sangat terharu awak tak pernah cemburu, dan bersangka buruk kepada awak selama ini. Kalau awak tak suka sesuatu awak diam, itu yang saya faham. Atas semua itu saya ucapkan terima kasih. Ya semoga Allah melimpahkan kebaikan kepada kita. insyaAllah."

"Ya tak apa...apa yang saya kata awak usah ambik hati, Saya jenis banyak cakap dan emparti sebab tu saya lebih bermosi, hehehe...Saya yakin sekarang awak dalam fasa2 ujian, jadi harus sabar. Saya selalu berpesan kepada budak2 saya jangan lupa pandang ke bawah tatkala berada di puncak kejayaan. Semoga nikmat yang dikecapi itu berpanjangan. Ok di masa depan saya selalu ada jika awak berada dalam kesusahan. InsyaAllah.."

ya..semoga kita ikhlas melaksanakan pengorbanan...keikhlasan yang dinilai di sisi Allah.semoga kita semua ikhlas dalam tiap amalan.amin

Suatu hari yang bernama kelmarin itu telah berlalu...tetapi keindahannya tetap terasa dan melekat di hati...mungkin selamanya akan ku ingati....entahlah kasih sayang..kamu tak pernah berpisah sebenarnya.....

~salam kasih sayang.

Salam sayang ..berbahagialah..

dia...sanggup berkorban dengan nyawa, darah, daging,
sedang dia hanya seekor haiwan.
Mengapa kita yang diberi aqal fikiran sanggup mensia-siakan
anugerah hidup yang telah Allah kurniakan,
Pada yang berkorban sesungguhnya tiap helai bulu yang ada padanya,
adalah kebajikan,
semoga kita jua terus berkorban apa jua
untuk Allah dan kerana Allah. Insya Allah.
............................................................................................................................................

Salam sayang..Jangan bersedih..

Wahai ummat manusia sekalian,
wahai orang yang bosan dengan kehidupan,
yang tidak bersemangat dengan hidup ini,
yang hari-harinya sempit,
yang jalan nafasnya tersumbat,
di sana ada kemenangan yang nyata,
pertolongan yang semakin dekat,
jalan keluar dari kesempitan,
kemudahan setelah kesulitan.

Di sekitar anda,
ada hal-hal kecil yang tersembunyi,
ada cita-cita yang indah,
ada masa depan yang menjanjikan,
ada janji yang pasti.

Sesungguhnya...
kesulitan yang anda rasa ada jalan keluarnya,
dalam musibah yang dirasai
ada perkara yang menyelamatkan anda,
justeru dalam perkara yang anda tidak sukai
ada kenikmatan dan kebaikannya.

Wahai manusia
sudah saatnya
anda menggantikan keraguan dengan keyakinan,
penyelewengan dengan kebenaran,
ketidaklurusan fikiran dengan hidayah,
ketidaklurusan jalan dengan petunjuk Allah,
menyingkap kegelapan dengan fajar sadiq,
menggantikan harapan yang pahit dengan keredhaan yang manis,
cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi seluruh kehidupan.

Wahai manusia,
di sebalik ladang yang gersang itu,
ada tanah subur yang rezekinya melimpah ruah.
di atas gunung yang pejal itu,
ada kebun yang subur yang tidak perlu siraman hujan lebat,
kebun itu memberi khabar gembira, harapan dan cita-cita.

Wahai orang yang tidak nyenyak tidur,
yang selalu mengeluh kerana kegelapan,
kegelapan akan tersingkap dan bergembiralah dengan datangnya pagi.
pagi akan menyinarkan cahaya kegembiraan dan kesenangan.

Wahai orang yang hatinya ditimpa kesedihan,
melangkahlah dengan perlahan,
di ufuk sana telah tersedia...
jalan keluar yang akan memberikan keringanan.

Wahai orang yang matanya selalu digenangi air,
hentikanlah aliran airmatamu itu,
dan berikan kenikmatan kepada kedua bola matamu,

Tenanglah...
kerana anda berhak mendapat perlindungan, pemeliharaan
dan kebijaksanaan daripada Penciptamu.

Tenanglah...
kerana anda berurusan dengan Zat yang berkuasa atas urusanNya,
Yang Maha Bijaksana ke atas hamba-hambaNya,
Yang Maha Pengasih terhadap makhluknya,
Yang Maha Indah dalam segala pengaturannya.

Tenanglah...
kerana akhir perjalanan itu adalah kebaikan,
hasilnya adalah kesenangan dan penutupnya adalah kemuliaan.

Ingatlah...
setelah kefakiran itu ada kekayaan,
setelah kehausan akan ada kesegaran,
setelah perpisahan akan ada pertemuan,
setelah bertengkar akan datang kerukunan,
setelah terputus akan ada persambungan,
setelah tidak dapat tidur malam akan datang ketenangan.
jadikan sabar dan solat sebagai teman.

~salam kasih sayang.
18112010
.......................
sesungguhnya..
"keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan prasangka buta,
sementara jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan jiwa."
semoga Allah memberi anda yang terbaik dalam hidup ini..

SALAM EIDUL ADHA KEPADA SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT,
MUKMININ DAN MUKMINAT DI SELURUH DUNIA..
SEMOGA DI PERMUDAHKAN ALLAH TIAP URUSAN HIDUP ANDA. AMIN



Sunday, November 14, 2010

Syukurku...

Malam..
walaupun pekat gelap,
namun rembulan sudi datang,
alamku berseri,
sesekali hujan menyimbahi,
alamku kedinginan lagi.

Malam...
merangkak menemui fajar.
ada insan sudi bersimpuh,
rukuq dan sujud
merintih dan menangis,
menyesali dosa-dosa diri.

Malam..
adalah lukisan hidupku,
menantimu penuh sedar,
menyedari hakikat,
masaku belum terlambat,
untuk bertaubat.

Semoga...
hari-hari terakhir ini,
kita sempat untuk beribadat,
maafkan aku sayang..
salam kasih membuatku sedar,
perjalanan kita hampir tamat.

Semoga...
esuk suriakan memancar,
mengering titis jernih yang terlekat.
tanda umur kita masih panjang,
dhuha senyum menghantar salam,
syukurku padaMu Tuhan,

~salam kasih sayang.
14112010
.................................
ya semoga kamu tahu...semoga kamu faham semoga kamu menerima malam seadanya. Malam yang penuh dengan pelbagai cerita...malam yang penuh dengna mehnahnya. Malam tetap gelap tanpa rembulannya..Sekali sekala walau ada lampu2 menghiasi dunia, namun siapalah yang akan sedar ia berharga...jika diri awak sendiri tiada di dalamnya. Hanya aku yang merasa...hanya aku yang merasa....ya..ini semua takdir aku...aku pasrah menerima..namun aku tetap sayang..semoga aku ikhlas menerima apa adanya..amin.

Thursday, November 11, 2010

Diam sabar berhikmah

sayang kamu...selamanya menyayangi kamu...
tidakkah kamu sayang aku....selamanya merindui aku..???
terpulang pada kamu...semoga Allah memberi yang terbaik buatmu..amin.

salam..

Hari ini,
aku mula mengerti,
kalau orang bercakap,
aku mendengar dengan teliti,
jangan menyampuk lagi,
cuba mendengar dengan hati.

Hari ini,
aku lebih memahami,
kalau orang marah,
aku tidak perlu melatah,
aku cuba muhasabah.
diam dalam sabar.

Hari ini,
aku lebih tenang,
kerana aku lebih faham,
biar bola dunia berputaran,
itu urusan Tuhan,
cuma kita beri peringatan.

~salam kasih sayang.
11102010
.................................
sesekali diam sabar itu lebih berhikmah, daripada banyak mulut, becok hehehe...
diam lebih bermakna kerana diam boleh menjawab segala persoalan yang ada...
lagi pula diam tidak membawa banyak dosa masuk dalam jiwa...
semoga aku suka diam agar aku lebih tenang..untuk beribadat kapada Tuhan.
Wahai Allah, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan, pertengahan hari ini kemenangan dan penghabisan hari ini kejayaan. amin...

Sunday, November 7, 2010

Adik saya...


Salam..
apa khabar..
mulai hari ini,
awak anggaplah saya kakak awak,
awak adik saya..!!!

Jadi...
Ok lah...
saya kakak awak,
kan ambil berat awak semampu saya,
awak adik saya.!!

Emm...
selama ini,
saya dah letih jadi kawan awak,
semoga saya jadi kakak yang baik,
buat awak adik saya!!.

hehehe...emmm..
ya insyaAllah
ya kasih sayang.


~salam kasih sayang.
07102010
.................................
nota kasih:
Sesungguhnya ukhwah fillah itu suci, hubungan persahabatan itu murni, hubungan persaudaraan lagi bersih dan abadi. Kadangkala hubungan kekasih seringkali membenihkan prasangka, menyebabkan perkelahian sesama kita dan akhirnya berlaku permusuhan. Selalu kita dengar hubungan perkahwinan berakhir dengan perceraian. Tetapi persahabatan dan persaudaraan tiada akhirnya. Umpama tasbih ada mula tetapi tiada pengakhirnya. Diratib untuk berzikir mengingati Allah, dan untuk mencari redha Allah.

Justeru hubungan persaudaraan dan persahabatan itu suci selamanya lagi abadi dunia dan akhirat sana. Semoga hati kita itu sentiasa baik, kerana kebaikan dan keikhalasan yang bernilai di sisi Allah. Dunia ini sekejap sahaja, semua kita akan dikembali kepada Allah, semoga kita berusaha memberikan persembahan yang terbaik setiap hari, kerana sesungguhnya hidup, mati dan ibadat kita hanya untuk Allah swt. InsyaAllah..

Saturday, November 6, 2010

Bantulah hamba

Wahai Allah berilah aku kekuatan menempuh segala dugaan hidup.
Tunjuklah aku hikmah di sebaliknya agar aku redha dan mensyukurinya..amin



Wahai Allah,
tolonglah hamba,
bagaimana untuk melupa,
Engkau memberi hamba rasa,
cinta kasih sayangnya,
Engkaulah yang berhak
mencabutnya semula.

Wahai Allah,
sungguh rasa hamba,
separuh gila cemburu buta,
tak terdaya menanggungnya,
rasa pilu, sedih dan malu,
bermain di minda,
bantulah hamba.

Wahai Allah,
tiada yang bermakna,
melainkan cinta kerana Allah,
tiada yang ku damba,
hanya rahmat kasih Allah
bimbinglah hamba,
menuju redha Allah.

~salam kasih sayang.
05102010
...............................................
Nota kasih:

Ya Allah,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut NamaMu.
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyernpurnakan keta'atan kepada perintahMu.

Ya Allah,
kurniakanlah kami iman yang sernpurna, hati yang khusyuk,
ilrnu yang berguna. keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami Din cara hidup yang jitu dan unggul,
selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta iasa orang lain.
Berikanlah kami Ya Allah lman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selaindari Engkau sendiri, atau rnenyembah selain dari Engkau sendiri

Kembangkanlah lembayung Rahmat Mu kepada kami. keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sarna kami.

Jangan Ya Allahm
Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu.

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah)

amin ya Allah

Friday, November 5, 2010

REDHA TAKDIR ALLAH


Jika kamu nampak,
lingkungan diri kamu,
antara solat dan luar solat,
alangkah bahagianya hamba,
jika semuanya ibadat.

Jika kamu tahu,
tempatmu seorang hamba,
dalam solat dan luar solat,
alangkah bahagianya,
jika semuanya taat.

Jika kita sedar,
hidup ini sebuah drama,
ada pengarah, watak dan cerita,
tentu kita tak marah tapi redha
semua itu takdir Allah.

~salam kasih sayang.
05102010
............................
nota kasih
Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. dan bagi-Nyalah segala puii di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu karnu berada di waktu zuhur

Dia rnengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan
menghidupkan burni sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia rnenciptakan kamu dari tanah, kemudian tlba-tiba kamu (rnenjadi) manusia yang berkembang biak.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya.
Kemudian apabila Dla memanggil kamu sekali panggilan dart bumi, seketika itu (iuga) kamu keluar (dari kubur].

Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk.

Semoga tiap saat perjalanan hidup kita diredhai Allah..amin




Istiqfar Akbar.

Bismilla hirrah ma nirrahim..

Allah humma,
Engkau adalah Tuhanku,
tidak ada Tuhan selain Engkau;
Engkau yang Menciptakan dan aku abdi-Mu,
dan aku berada dalam perjanjian denganMu,
ikrar kepadaMu (yang akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku,
dan aku berlindung pada-Mu,
dari kejahatan apa-apa yang aku lakukan terhadapMu
aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku;
dan aku mengakui dosaku,
maka ampunilah aku,
kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa,
kecuali Engkau.

amin ya Allah

~salam kasih sayang

Salam buat langit




Salam buat langit,
Kasih dari bumi,
aku masih di sini,,,
memandangmu,
nun jauh,
rinduku.

Salam buat kasih,
sayang di hatiku.
salam buatmu,
ingatilah daku
dalam
rindumu.

~salam kasih sayang
05102010
.........................
Nota kasih:
tak perlu aku beritahu, Allah tahu rasaku dan hatiku. Aku belajar memahami, aku belajar menghargai. Ya...aku belajar menghargai apa yang aku ada, aku belajar menerima apa yang aku tiada, dan belajar untuk tidak mengharap apa2 yang belum ku punya...Sungguh semoga aku tenang bersama yang aku ada dan semoga aku tak kecewa dengan apa2 yang aku tiada..semoga aku bersyukur dengan nikmat Allah..

Sungguh aku redha dengan takdir Allah, perancangan Allah buat hamba itu adalah yang terbaik. Apalah yang diharap dengan dunia, sungguh dunia ini tiada harga di sisi Allah. Jika dunia ini bernilai di sisi Allah, Allah tidak akan memberi makan orang2 kafir..tetapi di sisi Allah dunia ini tiada harganya walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk pun...lagi pula dunia ini sekejap sahaja, jika kita menderita, maka derita itu sekejap sahaja berbanding masa di akhirat sana...semoga kita tidak tidak merasa kecewa dengan dunia dan isinya...
wahai Allah sihatlah zahir dan bathin kami jadikanlah kami hamba-hamba yang terus beribadat kepadaMu...amin..ya Allah.

Friday, October 29, 2010

Andainya

ANDAINYA

Andai aku boleh menangkap pelangi
Aku akan melakukannya hanya untukmu,
Berbagi denganmu tentang keindahannya
sampai hari-harimu terasa biru.

Andai aku boleh membangun sebuah gunung
Aku juga akan melakukannya hanya untukmu,
Sebuah tempat untuk menemukan ketenangan,
Sebuah tempat untuk menyendiri.

Andai aku boleh hilangkan semua masalah ini
akan ku buang semua ke laut dan menenggelamkannya
walau semua ini mustahil bagiku,
sebab aku hanya manusia biasa.

Aku tak akan pernah boleh menangkap pelangi untukmu,
Akupun tak akan boleh membangunkan sebuah gunung bagimu,
tapi aku masih selalu boleh menyayangimu,
aku masih mencintaimu,

~SALAM KASIH SAYANG.

…………………………….

Bahwa yang indah kadang menjadi indah ketika ia hanya dirasakan, bukan diwujudkan dalam kata-kata...kerana kamu terlalu bermakna untuk dimaknai.

Dalam diammu kau menemani. dalam diammu kau menenangkan. dalam diammu kau mendengarkan. aku tak menuntut lebih banyak. kerana aku tahu kamu tetap setia,selalu ada,walau hanya dalam diam. berjalan bersama. sampai nanti, sampai mati. kerana kamu adalah biru dilangit dan lautan. hijau yang pada daun, dan rerumputan.merah yang mewarnai mawar, juga darahku. kamu hidupku.

oh ya!hampir saja aku lupa, terima kasih langit. Peluk dan cium untukmu...selamat malam!

.......................

nota kasih:

Sudiku titipkan kata, sudiku titipkan rasa, sudiku sisipkan bersama suka duka. Kamu ada aku untuk sama berbagi duka lara, derita bahagia....insyaAllah aku tidakkan meninggalkan kamu sedang kamu masih memerlukan bantuan aku...Semoga kita berbaik2 kerana Allah. Tuhan yang mempertemukan dua jiwa, menautkan dua hati, melimpahkan kasih sayang ini...Relakanlah ia di sini, redhalah ia ku simpan di hati... kerana ia sesungguh menyentuh nurani...Emm..sesungguhnya bicara dari hati maka dengan hati jugalah dapat menginsafi rasa kasih sayang anugerah Ilahi...Dengan ini aku akan merasa kamu sentiasa ada di mata dan hati aku..........

Semoga sabar selalu meniti hari-harimu.~salam kasih selalu.

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN