26.12.2010
tarikh ini...
tarikh lahirnya kamu,
semoga murah rezekimu.
26.12.2010
tarikh ini...
tarikh temunya jodoh mereka,
antara adam dan hawa.
26.12.2010
tarikh ini...
tak pernah aku lupa,
kerana sebati di jiwa hamba.
26.12. 2010
tarikh ini...
walau tak pernah kau tahu,
tersisip indah di hatiku.
26.12.2010
tarikh ini...
akan tetap ku kenang,
lambang cinta kasih sayang.
~salamkasih sayang
26.12.2010
.....................sayang..masa berlalu begitu cepat, usiamu sudah hampir enam tahun. Sungguh semenjak itu aku tak pernah melupai kamu..Kamu yang baru datang dalam hidupku menghantar kasih sayang aku yang kini telah tenggelam dalam telaga kasih sayang...aku tak upaya untuk keluar, bergelomang dalam rindu, tenggelam dalam airmata kasih sayu. Sungguh kamu sentiasa ada dan ada umpama udara yang ku hela. Kamu sentiasa ada di mana-mana...di langit, di laut, di darat, di pepohonan, di rerumputan, di mata dan di hati hamba.
Begitu hebatnya cinta, cinta boleh mengembalikan semangat dan cinta juga boleh mematikan semangat manusia. Cinta boleh menyembuhkan penyakit, cinta juga boleh mendatangkan penyakit merebak. Cinta juga boleh menjulang cita-cita dan cinta juga boleh meleraikan cita-cita yang telah terbina..itulah hebatnya cinta. Cinta juga telah membawa aku sehingga kini, saat ini dan esuk. Ya ...cinta itu tak pernah mati, ya rindu padamu jua tak pernah berakhir dan tidak pernah aku menemui titik.
MasyaAllah, Allah huakbar. Subhanallah...hebatnya kekuasan Allah, walau semua ini adalah ujian, aku redha dengan takdirMu ya Allah...aku pasrah inilah pemberianMu yang terbaik. Aku tahu Allah maha mengetahui dan maha pengasih..Allah maha tahu atas semua ini terjadi begini. Semoga Allah memberi aku kekayaan jiwa, jiwa yang hidup untuk cintai Allah...jiwa yang pengasih. ya semoga aku miliki jiwa itu yang berupa hati yang putih bersih, hati yang tabah, hati yang sabar hati yang redha. Semoga aku berlapang dada menerima segalanya kerana hati yang lapang tidak akan merasa susah menerima segala kesulitan yang tiba, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian Allah. Sungguh dalam hidup ini hanya kasih sayang Allah aku harapkan semoga hatimu dan hatiku tenang...amin ya Allah.
......................
Salam Kasih Sayang"
I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment