Sayang..
apakah yang harus aku buat,
tatkala bersama umpama tiada...
sunyi sepi..
tiada bicara syahdu,
tiada rasa rindu,
apa tah lagi rayu merayu.
alam mendung,
langit bersedih pilu..
Kasih...
apakah yang kau cari sebenarnya,
tatkala ada umpama tiada,
sekeliling ramai tetapi sepi ,
senyap sunyi,
tiada bicara kasih,
tiada belas kasihani,
jauh di sudut hati,
ingin pergi.
~salam kasih sayang.
1711.2011
.............................
nota kasih:
wahai Allah kurniakan aku kebersihan hati, kurniakan aku hati yang lapang, agar aku merasa kecil segala pemasalahan dunia yang datang..kerana hati yang lapang tidak akan merasa sempit apabila menghadapi dugaan yang besar.
Wahai Allah jika semuanya ini adalah takdir, aku redha ya Allah kerana segala takdirMu untuk kasih sayang, adalah yang terbaik dan Engkaulah Tuhan selayaknya aku sembah dan aku memohon pertolongan...ampunilah dosa2ku yang lalu, dosa2ku hari ini dan dosa-dosaku yang akan datang sesungguhnya akuni hambaMu yang lemah dan aku sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjukMu dalam menempuh hidupku...amin.
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment