salam.
apa khabar awak sekarang?
awak sedang buat apa?
ya..semoga awak sihat2 sahaja..
semoga sentiasa dipelihara Allah.
awak..
lama sudah saya fikir,
tiada kesudahannya saya begini,
saya ingin pergi,
jauh dari kehidupan yang sunyi.
awak..
saya tahu saya ni,
siapa pun tak menyayangi,
apatah lagi awak yang tak pernah pun peduli.
saya sungguh sakit hati.
awak..
selalu orang kata,
bila tiada baru sesuatu tu bermakna.
semoga saya bermakna buat awak..
dengan cara saya "tiada".
awak..
saya minta maaf,
kerana saya selalu buat salah,
saya selalu bercakap banyak..
mungkin awak rasa muak dah.
awak..
saya ucap selamat tinggal.
awak jagalah diri awak baik2,
makan ikut time jangan di abaikan,
solat jangan di lewatkan.
awak...
saya belajar merelakan,
saya percaya hikmah dan keajaiban,
semoga suatu hari Allah menemukan,
kita dalam suasana keredhaan.
awak..
saya doakan kesejahteraan,
saya titipkan keikhlasan dan kemaafan,
hanya Allah yang berhak menjaga awak,
dalam kebaikan dan kasih sayang.
~salam kasih sayang.
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment