Sayang..
begitu cepat masa berlalu,
dahulu aku kecil,
kau pimpin tanganku,
aku masih ingat itu..
kau tak pernah merotan aku,
aku tahu kau sayangkan aku.
sedar2 aku sudah besar,
aku mula malu2..
Sayang...
kita tak punya masa bersama,
dalam perjalanan melangkah remaja,
tatkala hidup penuh pancaroba,
kau yang ku panggil bapa.
kita telah terpisah.
kerana jodohmu sudah tiada,
aku redha aku pasrah,
kerana itu sudah takdir Allah.
Walau...
jarak memisahkan kita,
keadaan sering menjauhkan kita,
kau bina keluargamu bahagia di sana,
kau tinggalkan kami...
membesar sendirian bersama emak..
tapi kami terima apa adanya,
kami redha kami pasrah,
kerana ini ketentuan Allah.
Selalu-selalu
kami datang kita bersembang,
ya...tiap kali hari perayaan,
lihatlah perkembangan,
anak cucumu tersayang,
terpancar jua wajahmu bahagia,
kemudian kami pulang,
ku simpan semuanya..
dalam album kenangan indah.
Kelmarin...
aku menjengukmu jua,
sekujur jasad tanpa nyawa,
kau diusung dimandikan mereka,
kau dibalut kain putih dan diikat...
dimasukkan dalam keranda,
dibawa ke masjid disembahyangkan,
diusung ke kubur tuk dikebumikan,
kini kau di sana seorang.
Sayang...
itulah janji Tuhan,
sampai masa tak di lewatkan,
semua orang akan pulang,
sungguh hidup mati itu benar,
alam kubur itu benar,
persoalan dalam kubur jua benar,
pertemuan 2 malaikat jua benar,
bertemu Allah jua benar.
Sayang...
walau kau telah tiada,
kasih sayang tak pernah berpisah,
kau telah kembali ke rahmatullah,
semoga Allah mengampuni segala dosa,
semoga Allah merahmatimu jua,
semoga Allah menempatkanmu
bersama para salihin yang diredhai Allah,
kasih tetap mendoakan bapa.
~salam kasih sayang.
20112010
.....................nota kasih:
salam..kasih.
pada 19112010, kau telah pergi meninggalkan kami. Kau datang dahulu kami tak pernah tahu, kau ada dahulu kita jarang bertemu kerana keadaan memisahkan kita dan memaksa kita begitu... kini kau pergi kami sempat mengiringimu. Detik itu tetap bersamadi di hatiku..insyaAllah aku akan mendoakanmu selalu..Sesungguh doa anak yang soleh/ solehah itu adalah dambaanmu...Allah telah mengampuni dosa-dosamu kerana telah dipermudahkan Allah, perjalananmu mengadap Tuhanmu...semoga kau di rahmati Allah selalu..amin ya Allah.
...................................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment