
Pernahkah kau sedar..
senyumlah kerana dengan senyum kau telah mengusir kesedihan itu jauh..
senyumlah senyum akan melapangkan hati, melegakan kesempitanmu..
Pernahkah kau tahu..
menyinta kerana Allah tidak meminta balasan kerana balasan hanya dari Allah.
kasih menyinta mengharapkan rahmat Allah yang maha penyayang.
Pernahkah kau rasa...
Runtunan kasih sayang di jiwa mengikat membelit menyesakkan dada.
hanya aku berbisik kepada Tuhanku dan jua Tuhanmu..agar reda dan tenang jiwa.
Pernahkah kau tahu...
kasih sayang cinta itu anugerah Allah bukan dipinta dan bukan ciptaan sendiri,
jika ia ciptaan sendiri sudah pasti ia dpt dibuang apabila ia tidak diingini.
Pernahkah kau dengar,
seruling rindu yang berbisik merdu saban waktu tiap maghrib bertamu,
sungguh ia amat memilu hati sayu aku tak berjaya mengusir sebak berlalu.
~kasihsayang..
..............
semoga ceria sudi datang bertamu...mengusir sebak yang sudah lama di sini...semoga tenang hadir juga meski malam selalu menghantar sepi, namun malam sering ku tunggu kerana di sana ada ketenanganku...~salam kasih sayang.
No comments:
Post a Comment