terfikir aku,
mengapa orang selalu berkata,
pilih yang berbudi bahasa.
hari ini,
tersedar aku,
mengapa ibu aku selalu berkata,
pilihlah yang menyintai kita.
hari ini,
baru aku mengerti,
orang baik budi bahasa,
sudah pasti orang yang bertakwa.
hari ini,
aku baru mengetahui,
orang yang menyinta,
tulus kasih sayang kerana Allah.
hari ini,
aku sedar dan fahami,
dalam cinta dan budi bahasa,
menuntut pengorbanan kasihnya..
~kasihsayang
dari puncak kasih sayang
055013122009
...........................................................dari puncak kasih sayang
055013122009
nota kasih:
Orang tua-tua dulu berkata kalau hendak memilih pasangan hidup pilihlah yang berbudi bahasa. Betapa tingginya nilai budi dan bahasa..Hari ini baru aku sedar makna budi dan bahasa yang dimaksudkan..Orang berbudi bahasa tidak akan meninggalkan seseorang yg sedg kesusahan, orang berbudi bahasa tetap akan bersama dalam susah dan senang. Orang berbudi bahasa tetap akan merawat ibubapa walau sebagaimana keadaan pabila mereka telah tua, sakit, susah dan sebagainya. Orang berbudi bahasa tidak akan sentiasa menjaga tuturkatanya, lebih2 lagi terhadap orang tuanya. Orang berbudi bahasa bersahabat tidak memandang harta dan pangkat sahabatnya. Bukan harta dan pangkat yang menjadi ukuran tetapi ukhwah dan kasih sayang kerana Allah tetap diutamakan dan dipegang.
Orang yang berbudi bahasa tidak akan menipu, tidak akan memukul, tidak akan mencaci hamun, tidak akan menghina orang lain. Orang berbudi bahasa lebih waras, lebih matang, lebih bertanggungjawab, lebih pengasih, lebih penyayang, lebih memahami, lebih mengerti, lebih menunjukkan sifat kelakian. Dalam lain perkataan orang yang berbudi bahasa adalah orang yang bertakwa kepada Allah. Orang yang bertakwa adalah insan yang sempurna di mata manusia dan dikasihi oleh makhluk di langit sana..
Orang yang berbudi bahasa tidak akan menipu, tidak akan memukul, tidak akan mencaci hamun, tidak akan menghina orang lain. Orang berbudi bahasa lebih waras, lebih matang, lebih bertanggungjawab, lebih pengasih, lebih penyayang, lebih memahami, lebih mengerti, lebih menunjukkan sifat kelakian. Dalam lain perkataan orang yang berbudi bahasa adalah orang yang bertakwa kepada Allah. Orang yang bertakwa adalah insan yang sempurna di mata manusia dan dikasihi oleh makhluk di langit sana..
Begitu juga ibu aku selalu pesan pilihlah orang yang lebih menyintai kita bukan kita yang menyintainya lebih...hehehe. kerana di sana ada kasih sayang sebenarnya...Orang menyintai tidak akan mensia-siakan hidup orang yang dikasih...Cinta sejati..cinta ke akhir hayat nanti. Walaupun pelbagai rintangan yang mendatang cinta sejati tetap cantik, tetap utuh, tetap sama. Cinta itu "cinta kasih" anugerah Allah. Cinta itu hanya satu untuk yang terpilih bukan dipilih dan telah ditakdir...bertuahlah orang yang memiliki cinta sejati. Itulah syurga kasih sayang di dunia ini..
Ingat pesanan ibu....pilihlah orang yang menyintai kita sepenuh hati..menyintai 100 % bukan...kita aja yang lebih2 menyintai..sedang dia tidak kasih kelak kita pulak yang makan hati..hehehe berulam jantung kurus kering..makan airmata tiap2 hari.. (kenapa makan air mata...kerana sentiasa menangis...dan menangis, tatkala airmata mengalir masuk kedalam mulut...dan terasa masinnya air mata itu...seolah2 sentiasa makan. ) Itu pesan orang tua...ya pesan orang tua2 ada betulnya..kerana mereka berkata berdasarkan pengalaman ...sedang pengalaman adalah guru yang paling berkesan...
Semoga anda menadapat sahabat2 yang berbudi bahasa...dan cinta sejati..sesungguhnya cinta sejati, kasih sayangnya bukan sahaja di dunia malah sehingga ke akhirat nanti. (kerana apa..setelah kita meninggal dunia kasih sayangnya tetap mengalir..dan dia sentiasa mengingati. sentiasa mendoakan dan sentiasa menghadiahkan amalan soleh kepada si mati..) bertuahlah hamba2 yang memiliki sahabat sejati...dan cinta sejati. amin Ya Allah..Ya Rahman...Ya Rahim.
No comments:
Post a Comment