salam...
dalam menempuh dugaan ini kadang-kadang terdetik di fikiran...
lalu aku berdoa...
" Wahai Allah,
kurniakan aku nikmat dalam kesabaran ini,
Jadikanlah aku tidak terguris hati dengan dunia dan segala isinya,
kerana aku mengharapkan keredhaan dan rahmatMu yang lebih baik daripada segalanya.
Kurniakan aku kekayaan hati dan lapangkanlah dadaku.."
amin..ya Allah.
~salam kasih
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment