Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam kepada Rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya..
Wahai Allah,
Engkaulah yang Maha Pengasih lagi maha mengetahui.
Engkau mengetahui apa yang aku rasa,
apa yang terjadi padaku,
tenangkanlah hatiku,
berilah aku ketabahan dan keredhaan,
kurniakan aku ketulusan hati,
kerana dengan semua itu
aku kuat untuk menempuh segala dugaan hidup,
Engkau maha melihat,
pandanglah hambaMu yang bermohon ini ....
amin..
~salam kasih
...............................
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment