Aku tahu...
hadirmu rembulan di kala malam,
dengan izin dan rahmat Tuhan,
zahirmu tenang,
Aku tahu...
kamu ada di kala siang,
namun cahaya mu tenggelam
dalam sinar mentari garang.
Aku sedar...
siapalah aku tuk dipandang,
tiada apa-apa kelebihan,
musafir kasih serba kurang.
Aku tahu,
kau dikelilingi bintang terang,
hidupmu ceria dan riang.
usah aku menyapa sayang.
Aku tahu,
temu titik silang kasih,
suatu ketika dulu,
itu bukan mahumu.
~kasihsyg
.....................................
~nota kasih
Jika seseorang kasih jelas di pandangan, jika seseorang tidak kasih jelas juga di pandangan, jika seseorang tidak menyinta jelas juga kelakuan, jika seseorang meyinta jelas juga kelihatan....Oleh itu aku tahu...hanya aku kasih seorang dan menyinta, kerana ada getaran dalam jiwa, ada rasa yang menikam dada, ada rindu yang tidak pernah berhenti tiupannya, ada resah yang sentiasa bergelora. Ku sering memandangmu rembulanku di kejauhan. Aku sentiasa menyapamu sayang...aku sentiasa menanti panggilan, aku sentiasa menunggu deringan...Namun rembulan itu tidak punya mata, tidak punya telinga, tidak punya hati, tidak punya rasa seperti manusia...Ya...walau insan memandang-mandangnya dan merinduinya...Tetapi aku salah juga..merindui rembulan yang tiada rasa...lebih baiklah aku memuja Tuhan yang menjadikan rembulan begitu rupa..kerana rahmat kasih sayang Tuhan melimpah ruah...Aku sedar...aku juga diuji aku jua dicuba...wahai Allah berikan aku ketenangan jiwa..agar aku dapat menempuh segala cubaan dengan redha..dan takwa..amin.

No comments:
Post a Comment