18 haribulan 2009,
berapa hari lagi bulan sembilan?
menunggumu 10 haribulan.
semua kerja2ku kena disubmitkan
Wahai Allah...!!
tunjuklah aku jalan,
permudahkanlah urusan,
janganlah dirumitkan.
Hari ini...
aku seorang...
aku perlukan kekuatan,
aku perlukan sokongan,
aku perlukan sandaran,
Wahai Allah...
pandanglah aku,
sambutlah seruanku,
dalam rahmatMu.
~salam kasih sayang..
..........................
nota kasih:
tatkala susah datang, tiada siapa yang dapat menepis, tiada siapa dapat menghalang, tiada siapa mahu. Tatkala rindu singgah tiada siapa tahu, tiada siapa setuju, tiada siapa menjemput. Tatkala rindu pergi, aku berperang dengan rasaku, aku bersumpah tidak mahu, aku ingin berlalu..tetapi siapa yang ada kuasa, siapalah aku untuk membuang rasa itu. Rasa-rasa yang telah sebati dalam hidupku. Tiap maghrib datang aku terbelenggu...airmata kasih pun meluru. Siapa yang menitipkan rasa, siapa yang menginginkannya...mengapa ia bermaharajarela....?
Kita manusia tidak berdaya, kita hanya menerima apa yang telah tersurat, kita hanya berdoa, Hanya padaMu Allah tuhanku tuhan kamu jua. Allah yang selayaknya kita sembah, Allah yang sentiasa mendidik kita untuk menjadi manusia yang bertakwa...tanpa susah, tanpa rindu tak kesudahan di jiwa, tanpa segala cubaan yang melanda manusia, sesungguhnya manusia itu sukar dididik dan diajarinya. Sungguh Allah ingin sentiasa kita mengakui bahawa Dialah Tuhan yang wajib kita sembah, sentiasa kita berzikir, sentiasa untuk bertaubat, sentiasa untuk berserah pasrah dan sentiasa kita untuk berdoa untuk mengembalikan ketenangan yang telah hilang sementara...
Sesungguhnya Allah hanya ingin menguji keimanan dan ketakwaan kita sahaja dan Dia akan membalasi kita denga syurgaNya. Oleh itu bersyukurlah siapa yang terpilih oleh Allah untuk menerima cubaan kerana sesiapa yang terpilih itu adalah orang yang mendapat penghargaan. Tidakkah kita bersyukur kalau diri kita menjadi orang pilihan Allah untuk diberi penghargaan..
syukurlah...sabarlah..di sana ada hikmah dan ketenangan...amin.
Sesungguhnya Allah hanya ingin menguji keimanan dan ketakwaan kita sahaja dan Dia akan membalasi kita denga syurgaNya. Oleh itu bersyukurlah siapa yang terpilih oleh Allah untuk menerima cubaan kerana sesiapa yang terpilih itu adalah orang yang mendapat penghargaan. Tidakkah kita bersyukur kalau diri kita menjadi orang pilihan Allah untuk diberi penghargaan..
No comments:
Post a Comment