Kalam redha..hamba
Assalamualaikum..
Sayang...tika subuh berbisik, "ke mana sahabatku fajar? Lalu Fajar berkata saya ada..saya tidak ke mana-mana, sentiasa mengingati fitrah kejadian saya dan akan mendatangi mu lagi di esuk harinya....sabarlah sayang." Senyum semula subuh dengan hati yang lapang.
Sayang...tika mentari hadir bertanya, " ke mana perginya bening subuh, selembut sutera kasih, membelai dan menyisip rindu di jiwa. Mengajak insan rukuq dan sujud tanda syukur bermunajad kepada Penciptanya. Meninggalkan tidur yang asyik di kala paginya...berbahagialah siapa-siapa yang berjemaah subuh di surau atau masjidnya. Sesungguhnya akan di rahmati Allah ibunya sepanjang harinya". lalu subuh berkata, "Aku ada, aku sentiasa akan datang selepas fajar mengikut ketentuan fitrah Allah Taala. Kehadiran ku menandakan siangkan bermula...sinar baru bagi seluruh alam maya. Aku tidak lupa....sayangku aku ingat semua".
Sayang...tika dhuha menyapa," Sayang aku datang, aku ada. Aku ada kerana kau pun ada, aku ada untuk kamu ingat itu..... Hadirnya aku di sini seiring fitrah Ilahi untuk mengajakmu bersujud. Memohon rezeki. Rezeki limpahan Allah yang Maha pengasih...Sayang usah gusar atau sedih, di mana saja rezekimu telah tertulis dan telah sedia diberi. Cuma kau perlu berusaha untuk mendapatkannya saja, usah bersusah hati..."
Wahai Allah, sesungguhnya semua keindahan, kekuasaan, kelebihan, kebaikan adalah milikMu, jika ada rezeki kami di langit Kau turunkanlah, jika rezeki kami di perut bumi Kau keluarkanlah, jika payah Kau permudahkanlah, jika haram kau bersihkanlah dan jika jauh Kau dekatkanlah..Senyum dhuha bersama linangan airmataku...menyapu dhuha airmataku yang mengalir itu...aku berserah padaMu wahai Allah Tuhanku...Kau jauhkan kusut hatiku..Kau lapangkanlah dadaku....amin.
Sayang..tika tengahari hadir lalu bertanya," Sayang..sabarkah kau dengan bahang terikku di atas kepala. Putaran mentari begitu usah dipertikai...kerana peredarannya seiring dengan putaran masa. Jika tiada panas kita tidak pernah akan merasa betapa nyamannya udara dan nikmat sejuk yang dikurnia. Sayang..usah marah pada terik itu kerana ia jua berhikmah. Kehadirannya jua telah tersurat sudah. Berlapang dadalah walau ia amat menyiksa...." ya..aku tidak apa-apa. Aku jalani hari ini dengan tenang kerana aku telah biasa dengan hari-hari ku yang pelbagai cuaca. Cuma aku harap dikau akan sihat sejahtera..walau dalam apa saja keadaan tiupan bayu dan cuaca yang melanda alamnya...hehehe.
Sayang...tika sore singgah lalu bertanya pula," Sayang..mengapa desiran bayu tidak seperti selalu. Mendung berkabus. Pepohonan kaku tak berombak, bayu seolah terkaku...hehehe. Ait kenapa..apa sudah jadi dengan semua makhluk Allah. Sudah lupa pada janjinya, dan alam. Lupakah dikau pada mereka???. Apakah telah letih semuanya. Atau mata hati telah tertutup untuk melihat cahaya. Silaukah cahaya sehingga tidak boleh membuka mata. hehehe....
Kelihatan awanan membawa diri sarat di angkasa. Berarak dan berarak megah. Sebentar lagi hujan menyimbahi alam lagi.Alam gembira meski tanah semua basah. Kedinginan beburung menghindar diri ke dalam sarang...Hanya terdengar desiran air mencurah-curah...Sayang hujan tak lama, kan berhenti jua. Rahmat Allah melimpah kepada segenap makhlukNya. Terimalah...terimalah arus hikmah dan alir kehidupan kita. Alahamdulillah....
Sayang..lihatlah pelangi petang datang lagi nun di sana cantik berseri, dengan perbagai warna yang penuh erti. Meski hadirnya tak lama tetapi ia cukup bermakna. Aku amat mengaguminya...siapakah yang mampu memberikan cahaya itu? Siapakah yang mampu menghadirkan titisan jernih? Siapakah yang mampu membiaskan cahaya. meski pada lain suluhan lain pula kenanya...hehehe. Siapakah yang mampu menghantar pelanginya? Siapa yang mengizinkan mata hati ini merindui keindahan pelanginya...Siapa? Siapa?...melainkan semuanya anugerah Allah pada kita. Syukurlah....kita masih bernafas untuk merasai semua keindahan alamnya...alhamdulillah.
Sayang...berarak awanan mentari kembali ke lubang. Mega jingga senyum megah. Hadirnya senja sentiasa di duga. Alam tidak pernah membantah...senja adalah jua fitrah meyambut malam yang telah diambangnya...hehehe. Oh sayang...malam jua tidak buruk yang kita sangka. Malam yang gelap tetapi sentiasa berhikmah punya rahsia kasih sayang alamnya. Dalam malam ada hamba bermunajad mencuci dosa, bermunajad dikhabulkan segala pinta. Ada hamba mengalirkan airmata pasrah. Ada hamba bersujud menyerah diri kepada Pencipta. Ada jua hamba yang tidak pernah lelap mata. Malam jua teman kita. Tanpa malam tiadalah siang...tanpa siang tidak mungkin hadir malam..semuanya adalah untuk kebaikan insan. ya...alhamdulillah...
Sayang..tika keberadaan ku di sini. Suluhan nur hatiku sesuci peribadi...alhamdulillah aku tidak menyesali. Semuanya berhikmah, semuanya indah, semua baik belaka, semua cantik di lukisan potret kehidupan kita. Cantik wajah redha..jika kita hayatinya. Indah jua laut pabila bergelora. Berhikmah jua bumi ditimpa hujannya. Bergoyang pepohonan jua ada baiknya. Desiran bayu berpuput lembut atau derasnya jua adalah mengikut arahan. Berguguran daun kita tidak pernah marah..kerana semua kejadian adalah ketetapan dan ketentuan Allah telah tersurat dan tersirat rahsianya. MasyaAllah....alhamdulillah!!
Moga hati kita semua tenang dalam menempuh hari-hari kita. Agar semuanya dalam petunjuk dan rahmat Allah jua..kita berbaik sangka aja ya sayang...dan tetaplah kita menjadi sahabat selamanya...sesungguhnya Allah memandang kita di sudut hati yang baik dan takwa kepadaNya. saling doa mendoa itulah yang terbaik buat kita. amin.ya rabbal alamin.
salam dari kejauhan...sayang dari hamba..
ruhi abiddin'06
kalam redha.

No comments:
Post a Comment