Sayang… seketika aku di gigi pantai, pepasir memutih bak mutiara kasih terbentang berhamparan. Tercari-cari ku mutiara kasih yang kau katakan dulu, sayang selalu. Hilang entah ke mana telah lama kucari namun ia tiada, tanpa nama, tanpa alamatnya, tanpa asal usulnya, tanpa warna, hanya bebayang kadangkala samar-samar di bayangan mata. Namun aku pasti kerana kata hati ini masih berbisik kasih, merindui walau aku sendiri tidak pasti…ia ada atau tiada.
Sayang… merenungku di kaki langit petang yang kau katakan, teringat lagu itu..lagu yang kau tulis senikatanya padaku. Engkau tiba bagaikan pelangi…Tak bercahya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan…hati ini. Seharian waktu bersamamu. Tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pastiPergi jua…" ya…kau pergi jua, kau pergi jua. kau peergi jua meninggalkan aku termenung…terlegu…termangu…buntu.
Sayang… aku mengerti kau pergi jua, aku jua mengerti siapalah aku dikaki senja, menanti senja berakhir dan mendakap gelap buta. Kelak aku akan hilang dalam gelap malammu… tanpa kau mahu mencari siapa aku di mana dan mengapa aku. Aku akan hilang walau dalam mimpimu. Sungguh adanya aku tidak memberi apa2 manfaat dalam hidupmu, ketiadaan aku jua tidak menggugat kehidupan seharianmu.. itulah nasib diriku perindu malang…yang kebetulan singgah di rimbunan kasihmu.
Sayang… aku mengerti tatkala orang tidak sudi, pelbagai alasan yang pasti diberi. Tatkala orang tak suka semuanya jadi tak kena. Tatkala orang membenci semua yang baik tidak dihargai. Tatkala orang tak mahu apa yang aku rayu tidak berbekas di hatimu. Aku ini umpama penanti dan perindu yang tidak malu. Sungguh aku jua hairan mengapa aku sehingga jadi begitu…mengapa rasa2 itu sering menghantui…apa salah aku sehingga Allah mengujiku begitui. Apa salah aku sehingga aku tersiksa begini….
Wahai Allah… Tersalahkah aku menumpahkan kasih, tersilapkah aku memberikan kasih, tidak berhargakah kasih yang aku hulurkan, tak bermaknakah kasih sayang yang aku tanamkan. Wahai Allah jika di sana tiada redhaMu …usahlah aku mengasihi lagi, usah aku merindu lagi, usah aku mengingati lagi. Luputkanlah dia dari pandangan dan mindaku ini untuk selamanya. Sungguh aku mencari redhaMu izinkan dan kuatkan aku kepada apa dan siapa yang akan membawa aku kepada redhaMu…amin.
ilusi seorang aku
……………………………………..
AKU TAHU KAU TIDAK MENYINTA, AKU TAHU KAU TIDAK SUDI …TETAPI MENGAPA AKU HARUS MERINDUI???
..............
nota kasih:
ini jua arkib coretan kasih..semoga abadi dalam lipatan warkah kasih..
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment