Assalamualaikum
sebuah rasa,
yang ku sendiri tidak kenali puncanya,
hadir bermaharajalela...
salahkah aku merasai?
sebuah ingatan,
yang ku sendiri tidak tahu sebabnya,
hadir membelit berpanjangan...
salahkah aku mengingatimu teman?
sebuah rindu,
yang aku sendiri tidak tahu menahu,
hadir mengikatku membelai resah pilu,
salahkan aku merinduimu?
sebuah kasih,
yang aku jumpa terbiar tersisih,
ku pungut ku ku belai ku sisip,
salahkah aku melimpahkan kasih?
sebuah sayang,
yang ku simpan dalam lipatan rindu,
ku jalin ku warnai cantik dalam syahdu,
salahkah aku menyayangimu?
sebuah cinta,
yang cantik tanpa tahumu tanpa ku pinta
ku simpan ku pandang tak pernah ku lupa.
salahkah aku menyinpan rasanya.
sayang..... sayang!!
langit dan bumi bersatu pada garisan lurus,
adam dan hawa berjumpa dalam cinta di dunia,
salahkah kita berjumpa di persimpangan berbeza?
sayang.....hamba!!
semuanya bukan salah sesiapa..
semuanya anugerah Allah yang maha kaya,
sekadar menguji dan mencuba keimanan kita...
sayang..... syukurlah kita,
bertemu dan berpisah ketentuan Allah jua,
dikesempatan kau ada aku pun ada.
tetaplah mencari keredhaan Allah sahaja.
sayang..sayang selamanya.
syurga jiwa jua ada di dunia,
ketenangan itu jua adalah gambaran syurga,
semoga kau miliki ia selamanya.
amin...
sekadar mencorek..buat sayang.
~kasih
......................
nota kasih
hari ini kenapa rindu bertiup lagi, dalam kesepian jiwa..terasa terbuai sama...aku masuk email lama..perkampungan lama, tapi syahdu...bersih dan nyaman..ku selak daun2 kenangan..terjumpa ku puisi kasih yang telah lama ku tinggalkan..dan ku sisipkan di sini sebagai memori kasihabadi. moga tenang jiwa...tenang hati...semoga sejahtera selalu walau di mana pun berada..dalam rahmat kasih Allah Taala..amin.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment