Dalam sepi kasih merindui,
dalam sayu kasih menanti,
dalam sedih kasih memahami,
dalam realiti kasih menyedari.
Alam kasih tidak berseri,
jika kalam tidak singgah lagi,
walau hanya sepatah cuma,
ia sungguh memberiku makna.
Bukan ku pinta mahligai cinta,
kerana ia begitu payah.
tetapi sekadar tali ukhwah,
kasih sayang kerana Allah.
amin.
~salam kasih sayang
...................
nota kasih:
puisi ini dikutip dari arkib puisi kasih...
dari bawaah timbunan rindu yang hitam...semoga ia semadi di sini dalam lipatan warkah kasih tak kesampaian...hehehe..emm...mungkin.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment