datang satu mesej begini bunyinya,
"Selamat Tahun Baru 2009, Semoga ceria dan tenang selalu"
aku baca...nama pengirimnya dah tiada, kerana telah ku delete dari senarai nama hp aku. Melihatkan nombornya...itulah nombor yang ku tunggu-tunggu...
Sungguh kehadiranmu menyejukkan hati ini, melegakan segala resah di hati, melapangkan mindaku abadi...Tetapi mengapa aku delete kamu dari hp ku, mengapa tiada nama kamu dalam hp aku...
Sungguh kehadiranmu menyejukkan hati ini, melegakan segala resah di hati, melapangkan mindaku abadi...Tetapi mengapa aku delete kamu dari hp ku, mengapa tiada nama kamu dalam hp aku...
Entahlah aku pun tidak mengerti, aku pun letih untuk menjadi penagih...hehehe..ni bukan penagih tegar...tetapi penagih kasih sayang...letih dah nak merayu, memberitahu, menyedarkan, menyeru orang yang tidak punya hati dan perasaan, orang yang tidak sudi, orang yang buta, orang yang tidak menyinta..sia-sia belaka. Letih dah untuk merasa sayu....letih dah untuk menangis lagi, letih dah untuk menunggu mesej yang sunyi....aku dah letih. Oleh itu aku bertekad untuk berlalu kerana itu mungkin mahumu, mungkin itu cara kamu...
Aku dah bermohon agar Allah memadamkan kamu dari hatiku, agar tiada lagi bayang kamu menghantui aku. tiada lagi ingatan2 yang berlegar-legar dalam fikiranku...aku ini tegar juga..kalau aku sudah kata aku akan lakukannya....dan semoga aku kuat...
Aku tutup blog aku tu..merupakan salah satu cara untuk melupakan kamu..sedang blog itu tempat aku berpuisi, biarlah ia berkubur di situ tiada siapa2 yang tahu. Dulu aku pernah kata"
aku tak mungkin lupakan kamu...selagi aku menulis di blog itu, kerana untuk masuk kesitu menggunakan email kasih4u...itu email kamu...dan passwordnya adalah nama aku..sesungguhnya benarlah apa saja yang kita guna dan kita buat, kalau ia berkaitan dan kata yang baik..menjadi satu doa...aku ingin tingglkan kasih4u, kasihanda, kasihhikmah, kerana selama 3 tahun aku berulit dengan kasih4u, kasihanda hati aku ini tak pernah tenang...mata ini tak pernah berhenti menangis...Di kala maghrib datang sayu memagut hati..sebak bertandang aku menangis lagi...hai dah separuh gila agaknya aku....hehehehe.!!! .
Mesej kamu datang..aku bertekad mahu sepi. Baru kamu tahu, betapa sunyinya menunggu mesej yang tidak dibalas...dan merasa sedih orang tidak peduli... Walaupun begitu, walau aku tidak balas mesej kamu ...dengan tujuan aku mahu merawat hati aku, aku mahu menyembuhkan luka2 hati aku, tetapi aku tetap mendoakan kesejahteraan dan ketenangan kamu, biarlah kamu dengan sesiapa saja, di dalam apa kerja, dan di mana saja agar kamu tenang jiwa. Semoga selamat menjalankan tugas seharian dan selamat beribadat kepada Allah. Jaga diri kamu baik-baik jangan membuat perkara2 yang terlarang. Aku janji pada kamu dulu, untuk menjaga kamu dari jauh...Ya hanya dengan doa kasihku..insyaAllah. Selebihnya kamu di jaga oleh Allah yang maha pengasih dan penyayang...amin.
salam kasihruhi
No comments:
Post a Comment