15 Januari ini,
sudi hadir lagi,
bersama senyumku,
semoga seri,
walau terkadang,
air jernih mengalir di pipi,
15 Januari ini,
aku dengan kesibukanku,
aku dengan duniaku,
akan meninggalkan kamu,
jauh semakin jauh,
di sebalik kabus.
15 Januari ini,
tiada lagi ucapan
selepas tengah malam,
kerana musim sepi itu
telah hilang
disebalik keegoan..
kasih
dari puncak kasih itu
.................................
Nota kasihruhi:
aku syukur kerana 15 Januari itu hadir lagi....
semoga panjang umurku dan dapat membuat kebaikan di dunia ini ...bantulah aku ya Allah....
Sayang....maafkan aku kerana memilih keputusan ini...
sesungguhnya aku pun turut sayu...
kasih pergi dulu...
semoga suria kan hadir selalu..menerangi hidupku ..menyuluhi hatiku..
wahai Allah tunjuki aku untuk meneruskan hidup ini....amin
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment