Salam..bahagia..
ustaz kata..
dalam tiap hari-hari kita,
ada 24 jam,
tiap amalan kita,
di kira tiap 1 jamnya,
di simpan ke dalam
24 peti juga,
Ustaz kata,
kalau amalan kita baik,
peti kita akan bercahaya,
kalau amalan kita buruk,
peti kita akan hitam,
kalau tiada amalan langsung,
peti kita akan kosong,
kelak akan ditunjuk.
Sungguh...
Allah Maha adil,
Allah tidak pernah menipu kita,
semua amalan kita dikira,
Allah pengasih lagi pemurah,
rahmat Allah melimpah,
usahakanlah tiap jamnya,
peti kita bercahaya...
salam kasihruhi,
puncak kasih
08012009
.............................
nota kasihruhi:
sayang...aku bersyukur kerana dapat membantu kamu, semoga kamu suka menerima bantuanku...hehehe..aku nak peti aku bercahaya....ya terima kasih kerana membenarkan aku membantu...dan aku berbahagia kerana membantu kamu...semoga kamu sihat2 aja dan senang membuat kerja...amin.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment