Saat aku menulis ini, masih bercucuran airmataku..entah kenapa dan mengapa aku harus menangis lagi, Puas ku cuba untuk melupa mengapa semakin sukar ku rasa. Tiap kali aku berbisik agar Allah padamkan rasa cinta kasih ini kepadanya setiap itu airmata yang tidak ku undang akn bercucuran. Dari mana ia datang dan mengapa ia tidak mahu berhenti….
Selama ini , setelah 3 tahun aku meminjam namamu, kasih, kasih4u, kasihanda, kasihabadi, selama itu walau seminit aku tidak pernah melupai kamu. Mulai hari ini tidak mahu memakai nama itu. Nama itu yang menjadi virus hidupku. Aku akan kembali kepada aku, aku akan cuba mengenali diri aku, aku menggunakan nama aku, aku cuba menghormati diri aku, aku cuba menyayangi diri aku, biarlah aku menjadi aku yang seadanya. Aku yang sederhana, dan aku yang baru dalam dunianya. Sungguh, aku pun hairan mengapa aku ini boleh jadi sebegtu rupa, hidup dalam kepura2an, antara mimpi dan realiti. Aku tahu hari-hari yang ku jalani.. aku begitu sabar, dan hanya Allah yang tahu gelora rindu yang meniup saban waktu….
Mungkin juga Allah menguji, dalam mana kita berusaha untuk mempraktikkan ilmu kepada orang lain maka diri sendiri harus dicuba dan diuji terlebih dahulu…agar kita tahu bagaimana rasa jika terjadi kepada orang lain. Sungguh sakit, mengasihi kepada orang yang tidak mengasihi kita, sungguh bodoh menyinta kepada orang yang tidak menyintai kita, Sungguh perit apabila orang yang kita sayang sama sekali tidak memperduli kita..Allah maha kaya…Allah maha tahu…Allah ada pengetahuan, Allah maha tahu mengapa Dia berbuat begitu…
Wahai Allah aku redha…ya Allah, aku redha…jika Engkau tidak mengizinkan untuk dia menyayangi, menyintai, dan mengasihiku di dunia ini. Aku redha ya Allah…aku redha ya Allah, semoga Engkau mempertemukan aku di akhirat kelak dalam suasana yang lebih soleh dan solehah. Dalam suasana yang Engkau redha ya..Allah.
Tetapi ya Allah aku bermohon ya Allah…aku bermohon ya Allah agar Engkau tenangkan hatiku ini, Tenangkan daripada bergejolak rasa rindu gila-gilaan, agar aku dapat melupakan, agar tiada lagi bayangan yang menghantui aku tiap petang…Wahai Allah bantulah aku, bantulah hambaMu ini, hambaMu mohon pertolongan dan hamba Mu ini tak berdaya ya Allah…kuatkanlah aku…dengarkanlah seruanku, terimalah permohonanku…agar hati aku tenang untuk hidup di dunia ini…amin.

salam..sejahtera kasihruhi
ReplyDelete