Hari ke enam aku menjalani praktikum msc kaunseling..walau teruk dan letih ku rasa tetapi ada semangat sedikit di jiwa..Hari ini aku masuk promosi di dalam kelas kaitan kaunselor pelatih yang hadir di sekolah meka...hehehe..aku dan kawan aku la tu...
Aku cakap...cikgu masuk ni bukan nak mengajar tetapi cikgu masuk kali ini untuk berkongsi isu2 atau masalah dengan meka semua..pelajar Tingkatan 2 A 1 di sekolah tersebut. Mula2 tu..gelabah mabah juga aku ni..hehehe..tetapi ku teruskan berkata2 buat selamba untuk promosi diri sebagai kaunselor pelatih kat situ...
Aku kata, "Cikgu juga adalah sebagai seorang pendidik di SK....tetapi cikgu datang ke sini untuk menjalani Praktikum Master Kaunseling anjuran UUM..untuk melengkapkan pengajian kursus perlu praktikum selama 3 bulan. Jadi cikgu mengharapkan kerjasama daripada anda semua dan jika anda ada sebarang isu2 berkaitan isu2 peribadi, isu pelajaran, isu kebimbangan, isu emosi dan sebagainya boleh datang berjumpa cikgu di bilik kaunseling..hehehe."
Walaupun kali pertama aku berhadapan dengan pelajar sekolah menengah ni..agak kekok jua aku kerana kat sekolah aku ngajo..Darjah 4, pelajar kecil sikit..dan kini..walaupun pelajar Tingkatan 2 meka ni agar besar sedikit daripada pelajar darjah enam tetapi meka ni lebih nakal aduhhhh...!!!....hehehe..
Al maklumlah kan meka ni diperingkat remaja yang baru menghadapi proses kematangan...ya..sebenarnya aku pun mula mengenali dan mengkaji perkembangan remaja yang sebegini untuk menjalankan sesi...waduh...hehehe..hai...hai...semoga di masa depan..aku tiada isu2 peribadi yang berat..kerana niatku yang satu untuk membantu hamba2 yang bermasalah...jangan pula aku bermasalah...hehehe. Sapa pulak nak kaunseling aku ni....???
Ya...hari ini berakhir sudah ...esuk akan muncul hari baru dengan sinar suria yang indah, suasana baru, alam baru, semangat baru, amalan baru, lalu serlahkan potensimu..untuk maju dan terus bertakwa kepada Allah...amin. InsyaAllah..
salam kasih.
dari puncak kasih
200109
No comments:
Post a Comment