Ya Allah...
tolonglah untuk aku bekerja kerana Allah,
bantulah aku untuk mengabdikan diri kepada Allah,
kuatlah aku kerana aku ini manusia yang lemah,
aku perlukan kekuatan dariMu ya Allah,
izinkan aku untuk berbuat baik,
kerana amalan soleh itulah pencarianku di dunia,
bekalanku di akhirat sana,
jauhilah aku dari berfikiran nagatif kepada hambaMu yang mulia,
biarlah kamu bersama dengan sesiapa saja,
asalkan cinta kasih kamu mengalir kepada aku jua.
usahlah aku berprasangka buta..
kerana jika dia bahagia itulah jua mahu hamba,
Sayang...
talian kasih ini termetri,
umpama cinta kasih ruh dan jasad,
ruh tetap bersama walau di manapun jasadnya,
jika malam ruh akan terbang...
dan kan kembali tatkala hari akan siang..
dan betapa sakitnya ruh tatkala berpisah dengan jasad,
ruh akan datang melihat..
masuk semula kedalam jasad tatkala di dalam liang lahat.
ruh akan bersama menempuh saat lazat atau azab.
akhir sekali ruh bersama ke syurga penuh nikmat..
itulah cinta kasih ruh dan jasad
telah tersurat dan tetapkan berpakat..
kasihruhi.
dari puncak kasih
................
Notakasih:
semoga kita boleh menjadi sahabat sejati saling ingat mengingati..
berukhwah kerana Allah, bantu kerana Allah bermesej juga kerana Allah..
amin. Wahai Allah syukurku kepadaMu kerana menenangkan fikiranku..
alhamdulillah.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment