Saturday, January 31, 2009
lepaskanlah hamba..
aku bermohon...
kalau kau ikat aku,
bukakanlah ikatannya semula,
agar dapatku kembali,
ke dunia ku yang ceria.
Kasihanilah aku,
lepaskanlah aku ini,
usah aku dikurung lagi
sangkar rindu yang terbuka,
terbelengguku dah lama,
aku sudah tak berdaya..
Biarkanlah aku.
terbang ke angkasa,
menembus awanannya,
bersama bayu kasih nyaman,
di saujana mata memandang
tiada lagi kesedihan..
~kasih~
....................
notakasih:
andai aku ini burung...lepaskanlah aku usah ikat aku lagi, usah kurung aku lagi, fahamilah derita yang ku tanggung selama ini, aku jua ingin ceria seperti mereka, aku jua ingin terbang seperti burung lain di angkasa, bebas berkawan, bebas berterbangan...emmm.....andai aku ini burung..lepaskanlah aku..andai aku ini burung yang kau ikat, lepaskanlah aku...agar aku dapat kembali kepada keluargaku, para kekasihku yang ku tinggal lama, yang kukurang memperdulikan mereka...namun kasih tetap sayang..
tika murung dtg..
dulu aku tidak tahu,
maksudmu,
hari ini aku tahu,
siapa kamu,
murung...
hadirmu takku minta,
aku tidak boleh marah,
kerana kau jua anugerah,
aku harus pasrah,
murung..
tatkala kau singgah,
membelit membelenggu jiwa,
tak tentu arah,
doalah penawarnya.
~kasih.
....................
nota kasih:
murung itu..lebih tinggi dari stress, murung boleh membawa orang hilang kewarasannya. Murung boleh membawa manusia kepada gila, ada tanda2 awal orang menjadi murung ialah samada tidak boleh tidur, atau terlalu banyak tidur..
Tatkala murung membelit..tiada lagi dunia kasih sayang, tiada lagi dunia yang indah hanya dia dengan dunianya yang berlegar2 bak awan hitam di dalam dunia fantasi yang tak kesudahan..
Wahai Allah bukakanlah pintu hatiku, terangilah hatiku ini semula, sinarilah ia dengan nurkasihMu, suluhilah ia dengan nur hidayahMu agar ia hidup bersemangat semula untuk membuat ibadat dan bekerja serta beramal soleh di dunia..sesungguhnya aku berjuang dan berperang dengan syaitan yang Kau latnatkan..maka kurniakan aku kekuatan dan kemenangan menghadapi syaitan2 itu...amin.
Tuesday, January 27, 2009
Kasih Saudara
maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,
maka Allah akan melapangkan satu kesulitan
dari beberapa kesulitan dihari kiamat.
Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain
maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat.
(HR Bukhari dan Muslim)
~kasih sayang~
...............
notakasih,
doa buat saudara anda insyaAllah segala kebaikan doa itu akan kembali kepada anda.
Sungguh Allah Maha adil, Allah Maha pengasih, Allah Maha Menghitung..sungguh Allah tidak memerlukan kita, kitalah yang memerlukan Allah, Allah hanya ingin melihat keikhalsan hati manusia shj..siapa yang paling tinggi darjat takwanya..insyaAllah.
semoga kita berusaha ke arah itu..dunia fana, fatamorgana..yang abadi akhirat nanti.
yang abadi amali soleh yang suci..
Bahagia kasih
adalah rasa yang singgah,
seri-seri dan bercahaya,
tempias rasanya aku bahagia,
dari kejauhan sana.
Walaupun..
kutak milikinya,
tapi sekadar persefahaman,
sekadar keprihatinan,
itu sudah memadai.
Bahagia kita,
dalam tenang jiwa,
hasrat kasih dalam hidup ini,
berjuang mencari redha Ilahi,
nikmat cinta hakiki.
~kasihruhi
dari puncak kasih
270109
.................................
notakasih:
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan. Telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
"alhamdulillah, subhanallah, la ilah ha illallah.."
Saturday, January 24, 2009
Pinta kasih
Engkaulah yang Maha mengetahui
segala rahsia alam ini,
kesetiaan ombak dengan pantainya,
rindu siang mendakap malamnya,
rindu malam menemui siangnya,
kehadiran fajar sebelum subuh.
Sungguh...
Engkau jua mengetahui,
kisah cinta langit dan bumi,
temu dan bersama digarisan putih.
adakala langit menangis,
bumi mendapat rahmatnya.
berbahang bumi langit merasainya.
Wahai Allah,
ruh yang Kau pegang ini,
keluar dan masuk tidak ku ketahui,
hayat yang kau beri amat pendek.
tetapkan hati ku redha kasih,
usahlah aku meratapi,
sembuhlah penyakit ruhi.
~kasih
dari puncak kasih
23012009
...................................
Kasih ombak
aku memahami,
aku baru reti,
kasih ombak,
merayu pantai,
Hari ini..
aku mengerti,
fitrah kasih,
setianya ombak,
butanya pantai.
Hari ini...
aku mengetahui,
tak selamanya
ombak kasih,
menghempas pantai.
~kasih
................................
notakasih:
wahai Allah...Engkaulah yang Maha mengerti hati ku..Apa yang akan berlaku esuk. Engkau tunjukilah aku untuk menyintaiMu dan bertakwa kepadaMu, Sesungguhnya padaMu tempatku merayu dan berserah diri...kurniakan yang terbaik buatku..keluargaku dan agamaku..amin.
Friday, January 23, 2009
redha kasih
kasih dilingkaran,
cinta...
kasih tak kesampaian,
walaupun..
sedih tak kesudahan,
ingin...
kasih terus menggenggam,
antara...
ruang dan masa tak mengizinkan..
redha..
kasih melepaskan...
~kasih
dari puncak kasih
...............................
nota kasih:
".... dingin itu telah membunuh segala rasa yang pernah wujud, yang tinggal hanyalah sebuah jasad dan kenangan yang takkan terpadam!"
Doa hari lahir.
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun dan berdoa pada pagi/ hari ini, untuk meraikan sambutan hari lahir sayangku (nama org yang diraikan)sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya, maka kami bermohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.
Ya Allah Ya Sami’u Ya ‘Alim...
kami menitipkan doa ini dengan bersungguh harap agar Engkau kurniakan kepada saudara kami isi hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar denganya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabaranya tanpa goyah jati diri.
Ya Allah Ya Karim..
Sejahterakanlah kehidupan saudara kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan Negara. Amin Ya Rabbal Alamin.
........................................
Nota kasih:
Doa ini...aku minta daripada ustaz sekolah aku iaitu sebuah buku himpunan doa-doa yang diterbitkan oleh JPN kedah. Bagus buku ni ada banyak doa yang berkaitan majlis2 di sekolah. Aku terpegun dengan kecantikan doa yang dibaca oleh ustaz selepas membaca yassin mingguan pada tiap pagi khamis di tapak perhimpunan sekolah aku. Aku buka helai demi helai maka sampailah aku kepada DOA HARI LAHIR..ku baca, cantik maksudnya...lalu aku berhasrat untuk meletakkan doa ini ke dalam kad hari lahir yang akan di cetak untuk semua guru dan pelajar di sekolah aku dan berikan kepada mereka pada akhir bulan tiap bulan sempena dengan SAMBUTAN HARI LAHIR mereka...hehehe.
InsyaAllah. Sesungguhnya kadangkala ada juga pelajar yang tidak ingat tarikh hari lahir sendiri apatah lagi untuk mendapat hadiah di hari lahir...sian...Oleh yang demikian sekolah membuat program penghargaan hari lahir pada bulan ini, memberikan kad hari lahir walaupun tak semahal mana..cuma sekeping A4 lipat empat..agar mereka dapat merasai..dan tahu tarikh hari lahir masing-masing dan memperingati guru kelas mereka untuk mendapatkan kad hari lahir tersebut. Guru pun seronok juga kalau dapat kad..walaupun mereka boleh beli sendiri...hehehe. Kadang-kadang perkara yang elok gini, perlu ditunjukkan, diberitahu, dan dibimbing untuk melakukannya agar ia menjadi trait kebiasaan dalam hidup mereka dimasa akan datang. InsyaAllah. Macam akulah, seronok sangat bila nurkasih ingat dan bagi aku hadiah pada hari lahirku ritu....waduhhh..emm ..ma kasih ya. Iyer....penghargaan walaupun kecil sungguh ia sangat bererti....muka jadi seri-seri......hehehe
insyaAllah..
kasih
dari puncak kasih sayang.
Tenanglah jiwaku
penuh luka..
hari ini jua luka,
esok semoga tiada luka lagi,
rentilah darah mengalir,
ku tuangkan penawar kasih,
sembuhlah..
Hilangkan pedihnya,
sembuhlah..
kembalikan ceria,
usahlah berfikiran negatif,
sentiasalah jauh berfikir,
prasangka baik,
tiada celaru lagi.
Sayang..
usah sedih-sedih.
kasih tetap di sini,
kan tetap bersama,
saling bantu membantu.
senangkan hatimu,
tenanglah jiwaku.
amin ya rabbal alamin.
Thursday, January 22, 2009
Moga sayang tenang..
hari ini..aku bergegas pulang. Aku dah lambat sebab tadi ada mesyuarat panitia BM, aku cakap kepada pengerusi aku terpaksa minta diri sebab nak pegi ke sekolah lain pulak..pagi ngajo kat sekolah aku...petang aku gi praktikum di sekolah menengah yang jauhnya 40 km dari umah aku..terasa meluap-luap penatnye...hehehe..berbara..tapi ku kuatkan semangat..perlu tabah..
Tadi..dapat berita kamu accident lagi..siannye..cam mana lahai..aku balas mesej. tapi senyap ..sunyi tak da jawapan. Aku pun sampai kat sekolah. Seperti biasa rutinn kami baru sampai..walaupun lewat..tak apa la..kerana bukan sengaja nak lambat. Sibuk...ada permintaan untuk masuk kekelas..untuk promosi perkhidmatan..aku ganti2 dengan kawan. Dia masuk dulu edarkan borang..aku gi sembahyang. kemudian aku masuk pulak sambung percakapan kwan aku gi solat. Gitu la...sekolah petang..masa berlalu begitu cepat sehingga tak berkesempatan..tengok2..dah 6.15 petang..pelajar perlu pergi perhimpunan dan masa untuk beransur pulang..
hai..dah dua minggu masih tak ketahuan...hehehe. Hai aku kena balik baca lagi teori2 pemelajaran...adui ...teruk juga...nak faham dan mengkaunseling orang...bukan senang...heheeh
Tadi aku try buat sesi sorang...apa2 pun perlu syukur..agar Allah melimpahkan rahmat dan sentiasa memberi petunjuk untuk melaksanakan...insyaAllah..
mata ngantukk..aku perlu renti bersembang,...hehehe
moga hati ni tenang...moga sayang cepat sembuh..dan berfikiran tenang..amin
kasih
dari puncak kasih sayang.
Wednesday, January 21, 2009
Rindu itu
sudah lama ingin ku buang.
tetapi mengapa kasih
masih sayang.
rindu itu...
telah lama inginku bunuhi,
tetapi mengapa kasih,
tak sampai hati.
rindu itu...
masih berlegar-legar menari,
menyusahkan kasih,
saban hari..
kasihruhi
dari puncak kasih
2001.09
..........................
nota kasih:
sesekali tatkala rindu itu datang...mengapa sebak bergulung2 menjunam..airmata berguguran...tidakkah kau rasa apa yang aku rasa..tidakkah kau tahu apa yang tersirat di hatiku, tidakkah kau mahu mengetahuinya. Sungguh...masalah rindu ini masalah aku, yang tiada perkaitannya dengan kamu...hehehe. Iyer...aku pandang positif di situ...ada hikmahnya di sana..pasti tiada kecelaruan mindaku...hehehe....
kamu urusan Allah taala..seandainya baik, pasti rindu kita kan temu titik akhirnya, Tetapi jika ia tidak baik kesudahannya...aku redha aja..syukurlah kepada Allah itulah jalan sebaiknya. Semoga kita berbaik sangka... persahabatan itu lebih mulia..keikhlasan itu jua penyerinya...selamanya kasih sayang..selamanya memaafkan..amin.
Harimu ke enam..
Aku cakap...cikgu masuk ni bukan nak mengajar tetapi cikgu masuk kali ini untuk berkongsi isu2 atau masalah dengan meka semua..pelajar Tingkatan 2 A 1 di sekolah tersebut. Mula2 tu..gelabah mabah juga aku ni..hehehe..tetapi ku teruskan berkata2 buat selamba untuk promosi diri sebagai kaunselor pelatih kat situ...
Aku kata, "Cikgu juga adalah sebagai seorang pendidik di SK....tetapi cikgu datang ke sini untuk menjalani Praktikum Master Kaunseling anjuran UUM..untuk melengkapkan pengajian kursus perlu praktikum selama 3 bulan. Jadi cikgu mengharapkan kerjasama daripada anda semua dan jika anda ada sebarang isu2 berkaitan isu2 peribadi, isu pelajaran, isu kebimbangan, isu emosi dan sebagainya boleh datang berjumpa cikgu di bilik kaunseling..hehehe."
Walaupun kali pertama aku berhadapan dengan pelajar sekolah menengah ni..agak kekok jua aku kerana kat sekolah aku ngajo..Darjah 4, pelajar kecil sikit..dan kini..walaupun pelajar Tingkatan 2 meka ni agar besar sedikit daripada pelajar darjah enam tetapi meka ni lebih nakal aduhhhh...!!!....hehehe..
salam kasih.
dari puncak kasih
200109
Tuesday, January 20, 2009
Rindu kasih
telus, terus, lurus di mata..terasa diri ingin berbicara..tetapi pada siapa...hanya dedaun hijau menyejukkan mata...
Dalam hari-hari yang singgah seakan payah untuk aku menerima, antara wajah mimpi dan realiti. Terkadang kasih datang menghampiri, terkadang kasih lari...terkadang kasih kecil menjauh hati. Terkadang bicara prasangka datang menerjah, aku kegilaan sebentar...syaitan suka agar aku marah2..tetapi mengapa aku harus mengikut rasa, biarlah...biarlah seadanya...usah aku menserabutkan hati dan minda.. aku hanya perlu berdoa agar hatiku ini sentiasa di dalam redha. Jika dia berbahagia aku jua rasa gembira..aku sememangnya tidak berdaya... aku tidak berupaya,
kasihruhi
dari puncak kasih.
20012009
Sunday, January 18, 2009
Senyummu itu..
~Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang. ~
~Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.~
~Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan ~
.............
nota kasih:
sayang semoga bertiup semula wangian kasih itu, semoga hari-harimu mudah dan ceria, semoga sinar mentarikan menerangi pagi2mu agar bercahaya dan gemilang..amin
Saturday, January 17, 2009
Hadiah hari lahirku..
Friday, January 16, 2009
Moga kamu bahagia..
tolonglah untuk aku bekerja kerana Allah,
bantulah aku untuk mengabdikan diri kepada Allah,
kuatlah aku kerana aku ini manusia yang lemah,
aku perlukan kekuatan dariMu ya Allah,
izinkan aku untuk berbuat baik,
kerana amalan soleh itulah pencarianku di dunia,
bekalanku di akhirat sana,
jauhilah aku dari berfikiran nagatif kepada hambaMu yang mulia,
biarlah kamu bersama dengan sesiapa saja,
asalkan cinta kasih kamu mengalir kepada aku jua.
usahlah aku berprasangka buta..
kerana jika dia bahagia itulah jua mahu hamba,
Sayang...
talian kasih ini termetri,
umpama cinta kasih ruh dan jasad,
ruh tetap bersama walau di manapun jasadnya,
jika malam ruh akan terbang...
dan kan kembali tatkala hari akan siang..
dan betapa sakitnya ruh tatkala berpisah dengan jasad,
ruh akan datang melihat..
masuk semula kedalam jasad tatkala di dalam liang lahat.
ruh akan bersama menempuh saat lazat atau azab.
akhir sekali ruh bersama ke syurga penuh nikmat..
itulah cinta kasih ruh dan jasad
telah tersurat dan tetapkan berpakat..
kasihruhi.
dari puncak kasih
................
Notakasih:
semoga kita boleh menjadi sahabat sejati saling ingat mengingati..
berukhwah kerana Allah, bantu kerana Allah bermesej juga kerana Allah..
amin. Wahai Allah syukurku kepadaMu kerana menenangkan fikiranku..
alhamdulillah.
Wednesday, January 14, 2009
15 Januari ini...
sudi hadir lagi,
bersama senyumku,
semoga seri,
walau terkadang,
air jernih mengalir di pipi,
15 Januari ini,
aku dengan kesibukanku,
aku dengan duniaku,
akan meninggalkan kamu,
jauh semakin jauh,
di sebalik kabus.
15 Januari ini,
tiada lagi ucapan
selepas tengah malam,
kerana musim sepi itu
telah hilang
disebalik keegoan..
kasih
dari puncak kasih itu
.................................
Nota kasihruhi:
aku syukur kerana 15 Januari itu hadir lagi....
semoga panjang umurku dan dapat membuat kebaikan di dunia ini ...bantulah aku ya Allah....
Sayang....maafkan aku kerana memilih keputusan ini...
sesungguhnya aku pun turut sayu...
kasih pergi dulu...
semoga suria kan hadir selalu..menerangi hidupku ..menyuluhi hatiku..
wahai Allah tunjuki aku untuk meneruskan hidup ini....amin
Friday, January 9, 2009
Aku jatuh tangga...
hari ini anak mak jatuh tangga kolej komuniti, masa nak balik kelas, kalut2 kot..tergeleceh kaki, maka jatuhlah aku kebawah, dari 4 anak tangga tu…Mak luka betis cek ni, lebam pergelangan kaki kiri kanan lebam…
Masa jatuh tu…anak mak ni…duduk2 sambil buat senaman kaki tu sambil baca ayat kursi, hembus2 moga2 tak teruk…moga boleh jalan…5 minit kemudian, kawan cek papah bangun,,,pelan2..dan jalan turun tangga tingkat tiga..Mak…bila sakit ni baru ingat mak..sebab sibuk sangat hari tu..cuti..tak sempat balik tengok mak..maafkan ya..mak…hari ni dah sakit lagi..tak leh juga nak pegi tengok mak..hari jumaat..cek pun ada kelas…tadi tu taklimat praktikum..mak doakan moga cek tak apa2 ya mak..semoga cek boleh pergi kerja, dan selamat buat prkatikum pengajian ni...semester ni sungguh mencabar..doakan ya mak..
Ya...Allah menguji ni ada baiknya…sedikit je Allah menguji cek ni..berbanding dengan meka saudara kita di Gaza city sana..mereka lagi teruk, luka patah, hancur badan , mati..malah lebih parah lebih sedih, lebih sakit. Walau bagaimana pun Alhamdulillah..tadi tu masa turun bawah..rasa pening cam nak pitam...cek duduk2 dan urut kaki..cari kot2 ada minyak gamat kat pakcik gard tu..tapi tak de. Lepas kaki cek ok sikit..cek pun balik umah..drive sendiri…kemudian sampai umah, cakap dengan kak ngah..cek jatuh tangga huhuhuhu.....
Sayang mak…selamat mak aku…amin..
Thursday, January 8, 2009
ambiguous...
kadang2 dalam komunikasi,
di antara dua insan,
apa yang dikata,
apa yang difahamkan,
disalahtafsirkan.....
berlaku perkelahian.
dan permusuhan..
elakkan...
"ambiguous"...
istilah psikologi sosial,
kesamaran interprestasi,
dalam komunikssi...
belajarlah berkomunikasi
agar jelas terang,
mudah difaham tiada salah faham...
walaupun rasa tertikam..
maafkan..
kasihruhi
Puncak Kasih
08012009
...................................................
nota kasihruhi:
seringkali pabila terasa ...kita lebih suka memilih diam, menahan rasa marah dan sakit hati yang menikam-nikam, pada hal kita boleh meluahkan apa saja yang kita rasa agar kurang sedikit bebenan rasa...kita sering memendam rasa sehinggakan hati kita kadang jadi rosak...ditambah lagi dengan bisikan syaitan untuk membuat kerja jahat...Iye...Mungkin anda berkata kita beralah, lebih kepada bersabar kot...ye kalau sabar kita tidak boleh merungut..tetapi redha apa jua yang berlaku....
yang penting...apa yang di sampaikan perlu jelas agar mesej yang hendak di sampaikan lebih jelas dan difahami...jadi jika orang lain memahami tiadalah masalah...hehehe...iyela tu..semoga anda faham maksud saya...jadi tiadalah "ambiguous" lagi....hhihihihi...
Peti kita
ustaz kata..
dalam tiap hari-hari kita,
ada 24 jam,
tiap amalan kita,
di kira tiap 1 jamnya,
di simpan ke dalam
24 peti juga,
Ustaz kata,
kalau amalan kita baik,
peti kita akan bercahaya,
kalau amalan kita buruk,
peti kita akan hitam,
kalau tiada amalan langsung,
peti kita akan kosong,
kelak akan ditunjuk.
Sungguh...
Allah Maha adil,
Allah tidak pernah menipu kita,
semua amalan kita dikira,
Allah pengasih lagi pemurah,
rahmat Allah melimpah,
usahakanlah tiap jamnya,
peti kita bercahaya...
salam kasihruhi,
puncak kasih
08012009
.............................
nota kasihruhi:
sayang...aku bersyukur kerana dapat membantu kamu, semoga kamu suka menerima bantuanku...hehehe..aku nak peti aku bercahaya....ya terima kasih kerana membenarkan aku membantu...dan aku berbahagia kerana membantu kamu...semoga kamu sihat2 aja dan senang membuat kerja...amin.
Monday, January 5, 2009
Koleksi madah sepi
~ “Ada waktunya jawaban yang kita cari bukan diakhir perjalanan, bukan juga yang kita temui disepanjang perjalanan ini tapi diawal titik mula perjalanan, saat kita mulakan tekad melangkah menuju kehadapan” Biruviolet - Biruviolet LoveStory
~ “… disebalik senyuman itu, aku melihat kesedihan didalam matamu, kenapa kau masih tega berdiam diri, menahan gelora badai dugaan sendirian? Sungguh ketabahanmu itu seperti menghukum diri sendiri!” Ungumisteri - Biruviolet Love Story
~“… adakah kau pernah menyesal dengan apa yang kau lakukan sebelum ini?” UnguMisteri - Biruviolet Love Story
~“… ambillah masa untuk berehat… persoalan yang berlegar diminda itu membuat engkau terlalu letih…” UnguMisteri - Biruviolet Love Story
~“… ada waktunya aku tak pasti… adakah perjalanan ini akan temui titik akhirnya atau nadi aku yang berhenti berdenyut… aku tak tahu.. sementara itu biarlah aku menikmati segalanya dalam perjalanan ini” Biruviolet - Biruviolet Love Story
~“Engkau adalah orang yang sukar difahami… bukan?” Biruviolet - Biruviolet Love Story
~“Perlukah kita memahami segalanya, kerna ada tikanya kita tidak perlu sama sekali untuk memahami sesuatu perkara itu, kita hanya perlu biarkan masa memberi jawabannya” UnguMisteri - Biruviolet Love Story
~Adakah airmata itu lambang kelemahan? - Perindu
~ “Menegur itu tidak salah, cuma biarlah bertepatan dengan ruang dan waktu yang bersesuaian, supaya maksud tercapai dan tidak mengundang rasa kurang senang” Perindu
Saturday, January 3, 2009
Tinta bisu
“pada cinta yang telah kau lupakan… ada harapan membenih disitu tiada akan aku lupakan walau terhenti denyut nadiku” UnguMister - Biruviolet Love Story
Memoir rindu tercipta ruang dan waktu.
Tenanglah wahai hati
Sungguh kehadiranmu menyejukkan hati ini, melegakan segala resah di hati, melapangkan mindaku abadi...Tetapi mengapa aku delete kamu dari hp ku, mengapa tiada nama kamu dalam hp aku...
Petang jumaat itu,
peksa dah selesai..syukur alhamdulillah...peksa tadi senang juga..alhamdulillah..
Friday, January 2, 2009
Doaku..
Esuk..peksa.."psikologi sosial"
semoga aku dapat buat.
inilah peksa last bagi semester 3 ni..
Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepadaku,
sesungguhnya jika Engkau tidak memberikannya padaku,
siapalah yang dapat berbuat begitu,
aku mengharapkan kasih sayangMu selalu,
sungguh Engkau telah memberiku segala nikmat,
yang aku tak pernah menghitungnya,
dan tak terjangkau aku menghitungnya,
dan Engkau tidak pula meminta balasan,
Maha pemurahnya Engkau wahai Tuhan,
Maha pengasihnya Engkau wahai yang Maha pemberi,
Maha berkuasanya Engkau Wahai yang Maha Pencipta,
Tetapkanlah dan limpahkan nikmat dan rahmatMu itu,
tetapkanlah kami sentiasa bersyukur..
amin ya Rabb.
Saat ini
Selama ini , setelah 3 tahun aku meminjam namamu, kasih, kasih4u, kasihanda, kasihabadi, selama itu walau seminit aku tidak pernah melupai kamu. Mulai hari ini tidak mahu memakai nama itu. Nama itu yang menjadi virus hidupku. Aku akan kembali kepada aku, aku akan cuba mengenali diri aku, aku menggunakan nama aku, aku cuba menghormati diri aku, aku cuba menyayangi diri aku, biarlah aku menjadi aku yang seadanya. Aku yang sederhana, dan aku yang baru dalam dunianya. Sungguh, aku pun hairan mengapa aku ini boleh jadi sebegtu rupa, hidup dalam kepura2an, antara mimpi dan realiti. Aku tahu hari-hari yang ku jalani.. aku begitu sabar, dan hanya Allah yang tahu gelora rindu yang meniup saban waktu….
Mungkin juga Allah menguji, dalam mana kita berusaha untuk mempraktikkan ilmu kepada orang lain maka diri sendiri harus dicuba dan diuji terlebih dahulu…agar kita tahu bagaimana rasa jika terjadi kepada orang lain. Sungguh sakit, mengasihi kepada orang yang tidak mengasihi kita, sungguh bodoh menyinta kepada orang yang tidak menyintai kita, Sungguh perit apabila orang yang kita sayang sama sekali tidak memperduli kita..Allah maha kaya…Allah maha tahu…Allah ada pengetahuan, Allah maha tahu mengapa Dia berbuat begitu…
Wahai Allah aku redha…ya Allah, aku redha…jika Engkau tidak mengizinkan untuk dia menyayangi, menyintai, dan mengasihiku di dunia ini. Aku redha ya Allah…aku redha ya Allah, semoga Engkau mempertemukan aku di akhirat kelak dalam suasana yang lebih soleh dan solehah. Dalam suasana yang Engkau redha ya..Allah.
Tetapi ya Allah aku bermohon ya Allah…aku bermohon ya Allah agar Engkau tenangkan hatiku ini, Tenangkan daripada bergejolak rasa rindu gila-gilaan, agar aku dapat melupakan, agar tiada lagi bayangan yang menghantui aku tiap petang…Wahai Allah bantulah aku, bantulah hambaMu ini, hambaMu mohon pertolongan dan hamba Mu ini tak berdaya ya Allah…kuatkanlah aku…dengarkanlah seruanku, terimalah permohonanku…agar hati aku tenang untuk hidup di dunia ini…amin.
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!