salam kasih sayang..
salam ramadhan al mubaraq,
salam ramadhan kareemm..
emmm...ni duit nak bayar insyuran dan road tax kete aku...
Hai...abis 3/4 bonus raya aku RM 1,500.00 untuk itu.
kete aku tamat tempohnya pada 23 hb Ogos ni..
Naik kete seronoklah..tapi bila cukup haul nak bayar insyuran sakit la sikit..hehehe.
tapi Alhamdulillah,
Ada juga duit tu...orang lain sibuk beli baju raya, buat kueh raya.. ....hehehe.
Aku kenalah kurangkan beli baju raya....hehehe....dapat bayar tak meminjam kat orang lain pun besar rahmat dah...
kalau tidak terpaksa korek sana kotek sini pening juga pala....
syukurlah...rahmat ramadhan juga la ni...
~salam kasih sayang..
..............................
nota kasih:
sunguh..dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, kita kena redha. Dalam rezeki orang kaya ada hak untuk orang miskin, dia kena memberi. Dalam kehidupan orang yang kedudukkannya hebat dia memerlukan orang biasa untuk memenuhi keperluannya. Manusia itu fitrahnya tidak sempurna oleh itu dia memerlukan orang lain untuk menyempurnakan dirinya..Sungguh penciptaan Allah itu hebat dan tiada sesuatupun yang ada di langit dan di bumi itu sia-sia, pasti di sana ada fungsinya untuk kebaikan manusia juga. MasyaAllah dan alhamdulillah. Oleh itu syukurlah...andai anda bangun pagi masih punya nyawa, dapat melihat ahli keluarga yang tercinta, dapat bersolat dengan khusyuknya. Kemudian pergi kerja..dan Allah mengizinkan pula kita pulang ke rumah...alhamdulillah..
Syukurlah...syukurlah banyak2..semoga akan terpenuh mana-mana yang kurang dalam hati kita...semoga hati kita itu bersih dan kaya. InsyaAllah hati yang bersih dan kaya tidak akan pernah mendendami sesama manusia..malah dia akan sentiasa memaafkan orang lain kerana
dia suka Allah memaafkan dirinya.....insyaAllah.
.....................Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment