topbella

Saturday, August 20, 2011

Mimpi Kasih...

lukisan dan hakikat kehebatan dan kekuasaan Allah ada di mana2..
hanya orang yang berfikir dapat melihatnya dan merasainya...
semoga kita beriman dan tetap bertakwa kepadaNya.
semoga beruntung di dunia, bahagia di akhirat sana. amin.
................................................................

Hari ni...
Sewaktu sahur tadi...aku teirma mesej daripada kakak ipar aku..dalam Bahasa Inggeris...
"To night at 3.25 am. Mecca time the moon will circle around the Ka'abah. This will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptence of prayers. This is happening after ten million years. Please inform everybody by passing this. 3.25 am Mecca time. Singapore time will be 8.25 am."

Dapat saja mesej tu aku pun forward kat shbt yang terdekat..tapi beberapa orang saja yang mesej lepas..selebihnya..terkantoi..kerana kredit abis...hehehe. (Takdir Allah jua...mana yang dapat..)

Selepas solat dhuha..lebih kurang 8.40 pagi tadi...aku tertidor...di sofa umah aku..
Sebelum tu, aku pasangkan laguan ayat suci al quran oleh Maher al Maqeali menerusi corong hpku..dan bacaan itu mulai surah 19 yang terus menerus..bersambung-sambung. Dalam kesyahduan ayat-ayat al quran itu aku tertidor lalu...aku bermimpi......

Aku mimpi. Dalam mimpi itu..aku seolah berada di tepi sungai, yang cantik, lagi cerah langit luas terbentang, bersama keluarga aku, seumpama sedang berkelah nak makan durian....hehehe. Tiba-tiba aku nampak sekumpulan burung warna hitam (burung kecil macam burung ciak rumah) di langit..mereka terbang kemudian membentuk tulisan ayat suci al quran "La ilah haillallah..". Wah cantiknya..hebatnya...kataku...aku kagum melihat sambil tangan aku memanggil sanak saudara yang ada di situ...untuk memihatnya..aku menjerit2 memanggil mereka..

Kemudian burung itu terbang ke tempat lain dan membentuk lagi...begitu la beberapa kali..aku terus menjerit memanggil orang-orang disekeliling aku untuk melihatnya. Kemudian ...aku berlari mengikut burung2 itu...aku mendongak kepada ke langit aku dapati, mereka membentuk ayat al quran lagi...Aku terus membaca tulisan yang dibentukkan itu...

" La ilah haillallah...Muhammadu rasulullah... ya Allah, ya Allah..Ya Allah..."

mereka membentuk tulisan-tulisan ayat quran itu dengan diri mereka..sangat cantik...sangat hebat..Aku terus memanggil-manggil orang agar melihat tulisan2 itu..tetapi suara aku tidak terkeluar..cuma tangan aku sahaja yang menggamit-gamit mereka agar semua melihat keajaiban tulisan yang tepapar di langit itu...

Sedang aku melihat aku dalam kedudukan duduk berdiri lutut...di tanah, mataku memandang sambil menangis2, tangan aku memanggil mereka...mulut aku berkata...

" Betullah...agama Islam ini agama yang benar..agama yang benar...Allah dah tunjukkan padaku hari ini...kebenarannya,tulisan di langit itu..tulisan itu...itu..."

Aku menangis sambil kepala aku diletakkan ke tanah seolah dalam keadaan sujud... aku terus menangis...aku menangis...aku menangis..melihat kehebatan tulisan itu. (kata-kata itu aku ulang sebanyak 3 kali...)

Setelah itu aku terjaga...dan rupanya aku sedang menangis...dan segala yang aku lihat tadi masih terakam di mata dan di minda aku.....

alhamdulillah..subhanallah, masyaAllah, lailah haillallah...Nabi Muhammad Rasulullah. La haula wala khuwata illah billah hil aliyil azim. astaq firullah al azim.. wallah hu'alam.

~salam kasih sayang.
20082011
.........................................
nota kasih:
aku simpan di sini,,,,, cerita mimpi ini agar ia bersemadi dan abadi dalam koleksi cerita kasih sayang..semoga kekal sepanjang zaman. Andai aku tidak menulis ia akan luput seiring dengan beredaran masa. Kotak minda aku semakin tua semakin lupa...hehehe. Aku tak ingin ia hilang kerana aku tetap sayang walaupun ia cuma mimpi-mimpi belaka....tetapi kehadirannya memberiku cahaya dan bahagia. Aku sangat bersyukur...Wahai Allah titipkan kami dalam keimanan dan ketakwaan kepadaMu, kerana padaMu lah..kami sembah padaMu kami memohon pertolongan...tetapkan kami sentiasa hadir di taman2 syurgaMu (tempat2 pengajian, kuliah, surau dan masjid....amin)

(ustaz berkata..untuk masuk dalam syurga Allah, kita hendaklah sentiasa hadir dalam taman2 syurga Allah di dunia...)

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN