topbella

Wednesday, February 29, 2012

hakikat kasih sayang....

ya..cuba..ya merasa apa yang aku rasa..
semoga suatu hari kamu boleh menghargai diri kamu
dan orang lain juga...
...........................................


Salam kasih sayang...
terkadang kenyataan itu pahit sangat..
tetapi itulah yang kita mamah dan kita telan jua,
emmm..kemudian terasa sedap pula.
terkadang terasa letih dengan hati itu,
hati itu mengapa tak berhenti bersedih..
apa yang di sedihkan???
mengapa harus menangis...
tetapi kata hati itu yang selalu aku ikut..
dan airmata itu yang selalu aku buang..

Hehehe..pelikkan..
aku merajuk dengan diri aku sendiri..
aku sendiri tak faham dengan hati aku......
jadi bagimanalah aku akan faham hati orang lain..
aku berusaha sungguh-sungguh untuk melupa dia kononnya..
tetapi semakin kuat aku berusaha untuk melupa,
semakin tebal gambaran wajahnya melekat di ingatan hamba..
hehehe...pelikkan.

kemudian aku cari buku agama baca..
aku temui doa-doa...
ya... doa untuk menghilangkan sakit rindu jiwa.
hehehe..
aku baca selalu...
dan ia jadi amalan lepas solat ku.

Sekarang aku lebih tenanglah.
sekarang aku bahagia rasanya..
sebenarnya masalah itu adalah masalah rasa sahaja..
orang lain tak de apa-apa pun sebenarnya..
hehehehe...
cuma kita ini..berprasangka-sangka.
kita akan ok..kalau kita tidak melatah..
jangan beremosi tak tentu pasallah..
kata-kata mestilah kena jaga...
semoga tak terlepas dan terlanjur cakap.
buruk padahnya.
malulah dapat nantinya.

Begitulah..
aku bayangkan kalau orang kata pada aku pula
sepertimana aku nak kata pada dia...
hehehehe...
jadi aku pun akan sakit hati juga..
kalau dia cakap lepas, maki serapah, tuduh menuduh dan prasangka buta
lelaki itu pantangnya kalau di tuduh macam-macam..
lebih-lebih lagi benda-benda yang dia tak buat..
jadi kena kontrol cakap
juga emosi kita.

Aku sabar...
biarkan kata-kata buruk ku simpan di hati
hanya yang baik-baik akan terkeluar di mulut ini..
hati kita dan hati dia tak sakit..kita tak berdosa,
dan lagi pulak andai selalu keluar dari mulut itu doa
akan melimpah-limpah kebaikan pada diri kita jua..

Sayang..
semoga kalian berbahagia sentiasa...
selamat menyambut ulangtahun kelahiran kamu..yang ke berapa ya..hehehe...
selamat yaaaa.... dan semoga kamu berbahagia semasa kamu di lahirkan, semasa kamu hidup di dunia, dan semasa kamu di matikan kelak..amin ya Allah.

~ruhiabiddin.
01.03.2012
...........................................
Renungan Kasihabadi.

~"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

~"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"

~"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

~"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi" ( aku sangat suka kata ini...sungguh kata itu dah meresap dalam hati aku sejak 6 tahun yang lalu...dan hari ini ia tetap segar dalam memori kasih sayangku...hehehe.)

ingatlah...

Firman ALLAH SWT

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad: 4)

kerana apa? kerana Allah nak melihat siapakah di antara hamba-hambaNya yang terbaik amalnya..dan Dia akan membalas dengan ganjaran syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang penuh dengan nikmat kekal abadi...ya semoga ktia semua sabar dalam meniti hidup yang yang penuh cobaan dan ujian ini..hidup itu sementara shaja. usah sangat bersedih..cerialah....amin..

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

1 comment:

  1. Ya Allah,kuatkan diriku untuk melupakan kasih dan sayang ku terhadap wanita kesayanganku.Aku terima jika dijodohkan di syurga kelak.Bantu ku Ya Allah..terima kasih atas nukilan yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN