topbella

Saturday, July 2, 2011

Warkah kasihku


Warkah kasih ku

Kehadapan kekasih yang ku cintai dan di mulai dengan
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

"Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw,
sebanya
k bilangan orang yang berselawat kepadanya,
dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad
saw
sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya
dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad
saw
sebagaim
ana Engkau suka dibacakan selawat untuknya
dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad
saw
sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

Kekasihku di dunia,
Aku menyintai Tuhanku, Aku Menyintai nabiku,
dan aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan
perasaan cintaku kepada hambaNya, iaitu kamu.
Aku merindui Tuhanku, Aku merindui Nabiku,
dan aku panjangkan syukurku kepada Allah
kerana mengurniakan perasaan rinduku kepada kamu.

Ku panjang kesyukuranku kepadaNya
kerana mempertemukan kita setelah sekian lama berpisah,
perpisahan kita dulu adalah kerana kejahilanku,
adalah kerana kebodohanku meminta dengan satu doa,
sehingga kamu melara aku berdosa,
aku minta maaf, aku harap kamu sudi memaafkan aku,
itu takdir kamu itu jua takdir aku dan ia adalah takdir kita
sebagai hamba Allah,

Kekasihku di dunia,
26 tahun bukan jangkamasa sehari dua,
dengan kebesaran Allah, dengan kekuasan Allah,
dengan kehebatan suatu doa hamba yang telah insaf,
Allah telah mempertemukan kita semula,
demi menunjukkan bahawa Dialah Tuhan yang berhak disembah,
dan sesuatu itu akan terjadi atas kehendakNya,
dan aku memohon kepadaNya jua
agar kita disatukan dibawah nur dan naunganNya
bersama keberkatan dan keredhaanNya.
Aku selalu berkata padamu, ukhwah kita ni umpama untaian tasbih,
ada awal tetapi tiada akhirnya, dicipta untuk mengingati Allah,
diratib demi cintaNya, untuk mencari redha Allah jua...

Kekasihku di dunia,
Aku sentiasa mengingati pesanan mu
dan aku ingin mengingatkan mu akan pesan mu itu
dan menjadikan ia sebagai pesan ku kepada mu iaitu : Laila haillallah,
Muhammad Rasulallah.
kita dipertemukan semula,
kerana Allah kita berpisah,
kerana Allah kita berhubungan seadanya.....

Kekasihku di dunia,
Ingatlah, sungguh, janji Allah adalah benar.
Bahawa dunia ini bagaikan setitis air di laut
dan selebihnya adalah akhirat.
Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang,
kurniaNya besar dan tidak terhingga nikmatnNya,
Maka marilah kita renungkan bersama dan
sentiasa mencari redhaNya.

Kekasih ku didunia,
Aku sentiasa berdoa agar kita tidaklah lalai
dan mempersiakan kurnia Nya, dan atas rahmat Nya,
maka bersamalah kita melihat
dan hayati lah kebesaran dan keagungan Nya,
marilah kita sama mendengaran
dengan kusyuk akan firman Nya, janji Nya, peringatanNya,
dan janganlah kita lupa mengangungkan dan memuji-muji Nya,

Kekasihku di dunia,
Aku menyintaimu kerana Allah,
aku mengasihi mu kerana Allah,
dan aku menyayangimu kerana Allah
dan aku merindui mu kerana Allah
dan aku merindui Agama yang ada bersama mu.
andai hilang agama dalam dirimu
maka hilanglah jua cinta kasihku terhadapmu...
semoga aku tidak kecewa dengan cinta dunia,
semoga redha hatiku dengan ketentuan Allah...

Doa ku agar aku kekal menjadi kekasih mu di dunia
dan jua kekasih ku di akhirat kelak.

Wassalam.
.....................
nota kasih:

Emmm..indahkan bahasanya...sekadar halua mata..
dan untuk menghayati untuk berzikir kepada Allah...
sungguh dengan izin Allah menghendaki apapun
andai Allah menghendaki Allah akan berkata KUN..
maka JADILAH...cinta itu milik Allah andai Allah ingin memberi
amat mudah bagi Allah tetapi andai Allah mahu menguji lagi..
.terserah kepada kehendak Allah,
segalanya adalah yang terbaik buat hamba Nya..
.redha adalah terbaik buat kita...

~Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN