Cinta
Allah mengasihi hambaNya
Dan Ia telah membuktikan kasihNya
kita diwujudkan didalam agama yang benar
Kita dibangkitkan menunaikan tahajudNya
Kita telah dijaminkan rezeki oleh Nya
telah terbukti kasih Ilahi
dengan nikmat kurnia dan rahmatNya
dan FirmanNya,
Jika hambaku bertanyakan mengenai ku,
Maka katakanlah, Aku dekat
Berzikirlah kamu kepada ku,
maka aku akan berzikir kepada mu
maka aku akan berzikir kepada mu
Alangkah kasihnya Tuhan kepada kita,
maka apakah yang menutup kita kepadaNya
maka apakah yang menutup kita kepadaNya
Alangkah dekatnya Tuhan kepada kita,
maka mengapa kita jauh kepadaNya
maka mengapa kita jauh kepadaNya
Janji Allah adalah benar, tidak ada keraguan
Jika kamu mengingati Aku. pasti aku mengingati kamu
Bagaimana kasih manusia,
Apakah bukti kasih manusia kepada manusia
Apakah jaminan manusia kepada manusia
Apakah, dia (manusia) akan berkata
Jika kau cinta padaku aku pasti cinta pada mu
Apakah jaminan dia (manusia)
jika kau ingat kepada ku aku sentiasa ingat padamu
jika kau ingat kepada ku aku sentiasa ingat padamu
Cinta manusia tidak mendatangkan apa-apa
dan tidak memberi kepastian atau jaminan
Cinta dan kasih sayang pada manusia hanyalah setitis
jika dibandingkan dengan cinta kasih sayang Ilahi
Sekira aku kehilangan yang setitis ini
Ia tidak akan menjejaskan kehidupanku
selagi yang selautan itu masih
Aku miliki
~salam kasih sayang.
.......................................
nota kasih:
puisi ini aku kutip dari sini....bagus penulis blog ini...
indah semua kata2nya..sudi aku titipkan di sini..
semoga berkat amalan anda.. mengalir pahala berzaman....
indah semua kata2nya..sudi aku titipkan di sini..
semoga berkat amalan anda.. mengalir pahala berzaman....
terima kasih...kerana idea sajak anda yang sungguh mengagumkan...
semoga teruskan berpuisi...aku suka menceduk mana yang baik buat anda pengunjung...smeoga bermanfaat...amin
semoga teruskan berpuisi...aku suka menceduk mana yang baik buat anda pengunjung...smeoga bermanfaat...amin
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment