Peringatan kasih:
Jangan mudah percaya orang lelaki,
kecuali sedara sendiri,
Jangan mudah tertipu dengan bicara lidah yang tidak bertulang
yang manis dipendengaran,
Memang dia baik....
Orang baik hati kita mudah jatuh cinta,
tapi bila orang tak peduli kita akan kecewa,
Bila pintu hati telah dibuka,
cinta akan lari daripada kita,
hati akan menangis airmata akan mengalir,
kerana merasa diri disisihkannya...
Jangan buka pintu hati kepada orang yang kita tidak kenal,
kelak seksa diri makan hati sorang-sorang.
k sayang...kak ngah harus hati-hati.
sentiasa solat, doa dan sabar,
sentiasa memohon pertunjuk dan hidayah Allah,
sentiasa meminta bimbingan Allah untuk lakukan sesuatu pekerjaan,
sentiasa memohon kekuatan untuk beramal,
andai sesuatu itu baik mohon Allah tetapkan hati,
andai sesuatu itu tidak baik mohon agar redhalah hati dengan ketentuan Ilahi,
Biar sesal dahulu pendapatan,
daripada sesal kemudian tiada berguna lagi...
~salam kasih sayang.
30.06.2011
.........................................
nota kasih:
nasihat itu perlu umpama air yang sentiasa mengalir agar memberi manfaat kepada manusia. Manusia itu perlu kepada peringatan kerana mereka sering lalai dan lupa...beruntunglah manusia yang mengambil iktibar daripada kesilapan diri sendiri untuk menjadi panduan buat hari esuk...atau hari muka..tetapi jangan salahkan kelmarin kerana kejadian hari ini, jangan salahkan esuk kerana esuk belum terjadi lagi...tetapi ambillah ia sebgai hikmah kerana hikmah takdir hari ini... kerana adanya kesilapan kelmarin yang sakit. Sementara hari esuk itu menjadi lebih indah kerana pengajaran hari ini yang unik. emmm..ye kan..
ya salam kasih sayang...semoga kita semua bersyukur dengan takdir hari ini untuk menjadikan kita lebih matang dan lebih bersemangat untuk beribadat dan bangun bertahajud di waktu fajar...indahkan takdir Allah bagi yang mahu memahami....
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment