topbella

Wednesday, July 27, 2011

Kaya jiwa..

Lukisan kasih penuh rahsia,
memberi maaf cermin hati seorang hamba.
"
Salam...

dalam hidup ini, kita tak boleh marah...
marah itu mudah, tapi sabar itu lebih indah.

dalam hidup ini, teman ketawa senang dicari,
teman menangis, sukar didapati...

dalam hidup ini, andai bersalah kta bermaafanlah,
sementara kita masih ada di dunia.

dalam hidup ini, usahlah berkira sangat,
kerana semuanya bukan milik kita ia pinjaman belaka.

dalam hidup ini, tiada yang lebih baik rasa bahagia,
melainkan doa sahabat yang kita tidak tahu dia berdoa untuk kita,

dalam hidup ini, tidakkan rugi andai selalu memberi
kerana kita pasti akan dibalasi oleh Allah yang maha pengasih.

dalam hidup ini, andai kamu lapang fikiran,
aku tidak akan terpengaruh dengan hal-hal yang meremehkan..

dalam hidup ini, usia akan berakhir,
tetapi biarlah pahala terus mengalir...

dalam hidup ini, perjalanan hidup menuju kematian,
ia bermula sebaik sahaja kita dilahirkan...

dalam hidup ini, berhati-hatilah dengan dunia,
kerana halalnya diganjar dan yang haramnya akan dihisab..

dalam hidup ini, manusia perlulah berzikir,
seperti mana ikan perlukan air...

dalam hidup ini, hal-hal yang dilarang Allah seronok,
tetapi yang seronok akan hilang dosa akan kekal...

dalam hidup ini, andai kita punya kekayaan jiwa,
memaafkan orang lain adalah menjadi biasa...

senyumlah..senyumlah wahai kawan,
kerana senyuman itu sedekah memberi ketenangan...

~salam kasih sayang.
2807.2011
...................................
nota kasih:
dalam hidup ini, kita tidak perlu marah orang lain, andai mereka melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hati kita, kerana semua manusia itu punya haknya...cuma kita perlu memberi teguran, agar dia sedar kesalahannya..dia dapat memperbaiki kesilapan.

Kita tidak boleh menganggap orang lain tu seperti kita, kita tidak boleh menganggap orang lain tu akan memahami kita, kita tidak boleh mengetahui apa yang ada di dalam hatinya, dia ada identitinya sendiri, dia ada persepsinya sendiri, dan dia adalah dia, kita adalah kita. cuma sekali sekala kita boleh berbicara dan mencari persesuaian kata sepakat antara satu sama lain, tetapi andai persefahaman tidak di dapati di situ kita tidak boleh marah atau merajuk...atau menyalahkan orang lain. Disitulah sebenarnya ujian Allah, dan cubaan menguji keimanan seseorang hamba yang baik...

Siapalah kita untuk memarahi seorang hamba Allah yang lain atau menghukum seseorang kerana kedaifan dan kelalaiannya, atau tidak mahu memaafkan kesalahannya tanpa dia sengaja..Siapalah kita itu, siapalah kita ini berbanding dengan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, berbanding dengan para Tabi'in yang terdahulu, siaplah kita ini, sedang Allah yang memberi nyawa pada kita, Allah memberi rezeki pada kita, Allah memberi penghidupan, Allah yang memberi segala kenikmatan, tanpa kita pernah membuat bayaran, masih membuka pintu taubat seluas2nya pada hambaNya, masih memberi tempoh, masih memberi keampunan andai hambaNya membuat salah atau dosa, andai hambaNya meminta ampun terhadap segala kesalahan...Mengapa kamu wahai manusia, apakah istimewanya kamu berbanding mereka, sedang kamu tidak mahu memaafkan kesalahan sahabat kamu. Besar sangatkah kesalahan sahabat kamu itu sehingga kamu memusuhinya, dan memutuskan silatulrahim dengannya?....Tidakkah kamu mahu Allah memaafkan kesalahan kamu, jika kamu bersalah atau berdosa???

Entahlah aku pun tak tahu, kenapalah kamu marah sangat pada aku...sedangkan kamu tak kenal aku, kamu tak tahupun siapa aku, mungkin kamu terasa..apa yang aku kata. sedangkan dulu kamu kata kamu tidak akan terpengaruh dengan orang yang kamu tidak kenal....hai..tah la.. bukankah kamu menyuruh aku menganggap kamu tu adalah kawan pompuan aku..aku memang anggap kamu kawan baik aku, dan akupun tak dak rasa marah pada kamu..kerana aku minta Allah memberi kekayaan jiwa pada aku...hehehe. ....usahlah berkira sangat dengan hamba Allah yang lain...bukankah kamu tak nak kalau Allah berkira dengan kamu...?

Semoga Allah memberi pemikiran yang jernih untuk kamu berfikir, kawan ketawa mudah di cari...tetapi kawan menangis sukar di dapati...aku bukan jenis suka tinggal kawan, sekali aku bersahabat selamanya aku ingat..dan aku doakan kebahagiaan kamu...semoga kamu tenang..usah bersedih kamu ada dalam tiap doa aku...semoga kamu tenang dan bahagia..amin.

sSebenarnya dalam hidup ini Allah nak lihat keimanan kita,,apakah benar kita beriman kepadaNya, andai setelah diuji dengan pelbagai cubaan..barulah diketahui tahap keimanan kita itu di mna. Aku percaya andai kebaikan sebesar zarahpun Allah akan kira..dan andai dosa sebesar zarah pun akn dihitung juga...semoga kita sentiasa bertaubat kepada Allah..dan Allah mengampunkan dosa2 kita..amin.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN