aku rindu kamu,
aku tunggu kamu tiap waktu,
curahi aku rahmah,
selimuti aku barokah,
kurniakan aku magfirah.
aku insan kerdil di bumiMu ya Allah
yang penuh dosa..
terimalah amal ibadat hamba...
selamat datang sayang,
sila masuk menetaplah di hatiku,
jadilah belahan jiwaku.
peluklah aku dimalam-malammu.
sayang...
setahun berlalu,
pelbagai peristiwa singgah,
aku tetap sabar setia..
kau tinggalkan aku,
sewaktu aku memerlukanmu,
kau berlalu penuh hiba,
ku relakanmu jua
sayang..
aku syukuri kau kan kembali,
membawa rahmat kasih,
barokah dan magfirah Ilahi .
temukan kami ya Allah
dalam mahabbah rindu cinta.
ramadhan pernuh barokah.
di siang dan malamnya.
aaminnn.
~salam kasih sayang.
23072011
.....................selamt datang kasih, selamat datang sayang, selamt datang ramadhan yang penuh barokah. semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk berpuasa dan menghidupkan malam2nya..wahai Allah tunjukkanlah kami untuk beribadat kepadaMu, kurniakan kami keikhlasan dalam ibadat kami, kurniakan kami kekuatan untuk melaksanakan, Engkaulah sebaik2 sandaran dan pergantungan...amin.
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment