salam..
membicarakan tentang kasih sayang, perkongsian dan bertolak ansur.
ya..terkadang jika aku tidak punya kekayaan jiwa...aku sering cemburu, berfikiran sempit.mencipta hal-hal yang kecil menjadi besar....
Oleh itu aku harus membuka mata, celik luas-luas, berfikiran terbuka, redha, berprasangka baik dengan Allah. Pasti semuanya akan menjadi mudah dan terimalah seadanya dia walau siapa sahaja...yang penting hati itu perlu ikhlas, memberi tidak boleh mengharap balasan. Harus sentiasa bersyukur dan sentiasa membantu kerana Allah...
"Kasih sayang" itu unik...jika diberi tidak pernah habis, ia datang adalah anugerah, melekat kasih sayang adalah takdir Allah, ikatan kasih sayang adalah ketentuan Allah, fitrah kasih sayang tak ternilai harganya. Tiap kita ini ada bahagian-bahagian dan peruntukan kasih sayangnya ...mengapa kita berfikiran sempit ingin membolot semua kasih sayang seseorang untuk diri sendiri...sedang diri kita sendiri pun ada bahagian-bahagian kasih sayang yang terpaksa kita agihkan...malah agihan itu tidak pernah pun mengurangkan kasih sayang kita, sedang orang lain pun punya bahagian-bahagian yang perlu diagihkan...mengapa kita menafikan....
Lalu " perkongsian" itu adalah hikmah kasih sayang. Mengapa kita fobia dengan perkongsian sedang kasih sayang Allah pun melimpah ke seluruh alam...Allah satu, Allah memberikan kita rahmat kasih sayang dan kasih sayang Allah tak pernah berkurang dan terhitung banyaknya kepada hamba-hambaNya. Kasih sayang itu tak pernah surut... Kita hambaNya saling berkongsi kasih sayang Allah. Allah memberikan kita segalanya tanpa kita meminta-minta, apatah lagi kalau kita meminta-minta dengan bersungguh-sungguh hati pasti Allah akan memberikannya lagi...Betapa kasihnya Allah...betapa pemurahnya Allah...masyaAllah. Lalu mengapa kita pula perlu kedekut, kita tidak mahu berkongsi...siapalah kita ini, sedang segala nikmat yang kita ada itupun bukan milik kita sebenarnya, sedang nyawa kita, harta benda, tempoh umur kita adalah pinjaman dan hak Allah semuanya. Mengapa kita masih kedekut berkongsi nikmat yang dipinjamkan sekejap kepada kita....sungguh tidak sepatutnya kita...dan sungguh kita tidak berterima kasih kalau kita tidak mahu berkongsi apa adanya...
Oleh itu terkadang jika kita punya...jika dia ada...jika dia baik dengan kita itu sudah cukup... alhamdulillah. Detik tatkala ada, ia sudah menjadi anugerah, detik tika dia sihat sudah menjadi suatu rahmah, detik tika dia memahami kita itu sudah memberi suatu ketenangan jiwa...Jadi usahlah kedekut sangat untuk berkongsi rasa. Maka " bertolak ansur" pada hal2 yang kecil, usah diperbesar2kan. Bertolak ansurlah pada hal2 yang menyakitkan usah disimpan dalam hati, atau berdendam lagi. Nikmatilah masa bersama...dengan penuh kasih sayang. Detik dia ada itu adalah anugerah yang terindah. Sungguh jika kiranya yang dikasih sudah tiada...detik inilah yang amat berharga dan tak ternilai harganya. Terkadang airmata, wang ringgitpun apa saja tidak mampu mengulanginya semula...Lihat betapa berharganya detik bersama jika kita tahu dan sedar tinggi nilainya anugerah Allah kepada kita....
Tatkala aku mengusap rambut ikal itu aku merenung jauh sayu, matamu kau pejamkan tanda kamu tidak pernah memandang aku. Aku pasrah dengan apa yang ada pada kamu aku terima ketentuan Allah itu. Tatkala aku membelai tanganmu yang lembut aku senyum aku amat berterima kasih kerana menerima seadanya aku. Tatkala aku menyentuh hatimu kamu memberikan aku cinta kasih yang harum. Tatkala aku pandang keluar tingkap di sana ada rahmat kasih Allah yang merimbun. Aku bersyukur padaMu ya Allah aku bersyukur.... Alhamdulillah kerana fitrah kasihMu ini aku sedar diri. Sedang hikmah kasih ini yang punya rahsia yang tersendiri telah memberi aku airmata kasih yang tak pernah kering untukku rukuq dan bersujud....!!
Aku bersyukur padaMu wahai Allah, aku berterima kasih kepadaMu ya Allah kerana mentakdirkan jalan hidupku begini. Sesungguhnya cerita tiap orang itu berbeda-beda, punya kisah yang tersendiri. Sungguh Allah maha sempurna dalam penciptaannya, segalanya itu adalah untuk saling kita manusia mengambil iktibar dan bersabar dan kembali kepada kasih sayangNya, kekuasaanNya, rahmatNya untuk menjinakkan hati agar rukuq dan bersujud kepada Allah. Alhamdulillah ya Allah...tetaplah hati ini sentiasa bersyukur...amin.
~salam kasih sayang.
03082010
..............................................
nota kasih:
Allah tempat mengadu...
bila jiwa x tenang, kembalilah pada Allah. Jgn pernah terfikir untuk mengambil langkah yg x bijak. Sesungguhnya dgn mendekatkan diri pd Allah dapt memberi ketenangan jiwa. Allah sentiasa ada untuk kita meluahkan rasa pdNya, tidak kira seburuk mane pn kita, Allah akan mendengar ape pn jua masalah kita..
Semoga Allah memberi petunjuk dan kesabaran...hanya dengan sabar kita akan berfikiran jernih...Allah itu berserta orang yang sabar.."
No comments:
Post a Comment