Rindu dan kasih sayang,
ada rindu,
mengikat kasih sayang,
tanpa rindu,
kasih tak mampu bertahan.
Tulus dan kasih sayang,
Tulus dan kasih sayang,
ada tulus,
berkat kasih sayang,
tulus kasih,
Allah maha tahu.
Allah maha tahu.
Doa dan kasih sayang,
ada doa,
menautkan kasih sayang,
menautkan kasih sayang,
doa kasih,
Allah makbulkan.
Allah makbulkan.
~salam kasih sayang.
13.08.2010
........................................
Nota kasih:
Wahai Allah kurniakan aku ketulusan hati, kurnia aku kekayaan jiwa, kurniakan aku petunjuk dan hidayahMu. Tenangkanlah hati kami, sempurnakanlah iman kami, ampuni segala dosa-dosa kami, tunjukkan kami jalan yang benar, jalan orang yang telah Engkau beri nikmat bukan jalan kemurkaan dan bukan kesesatan. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui tentang kami, Engkau yang mencipta kami, Engkau mengetahui apa yang ada dalam hati kami, sudah tentu Engkau maha mengetahui apa-apa yang baik buat kami, yang pengetahuan kami tidak sampai untuk mengetahuinya, walaupun kami meminta-minta sesuatu yang pada zahirnya kami tidak tahu baik atau buruknya selepas itu. Lalu apa-apa saja permintaan kami yang tidak Engkau penuhi sudah pasti Engkau mengetahui kebaikannya sedang kami menangis meminta dan mendambakannya tetapi kami tidak memperolehinya....
Hari ini aku menyedari bahawa segala peristiwa yang terjadi di atas muka bumi ini ada tujuannya di sisiMu Engkau maha mengetahui. Engkau tidak mengizinkan cinta itu aku miliki sudah pasti ada baiknya..Engkaulah maha mengetahui, aku tidak mengetahui. Secara logiknya kasih, sayang, cinta, memerlukan pengorbanan yang lebih lagi. Kemungkinan aku tidak mampu untuk berkorban bagi yang selebihnya.... Maka biarlah bigini, biarlah begini, biarlah begini kerana inilah yang terbaik, dan telah tertulis. Inilah yang telah tercatat dalam kitabMu di Luh Mahfuz. Aku syukur padaMu ya Allah kerana Engkau memberiku fikiran yang jernih untuk aku bermuhasabah diri, dan mengaku segala khilaf yang terjadi. Jika kasih sayang cinta seseorang kita akan lepaskan dia untuk memilih bahagianya sendiri, Jika dia bahagia, sudah pasti kita juga akan bahagia di hati dan dimata kita...
Sungguh ketetapan Allah itu cantik lagi indah...Allah mencipta Adam dan Hawa. Allah metakdirkan mereka melakukan khilaf yang tidak sengaja. maka Allah turun mereka ke dunia untuk mengharungi derita dan bahagia. Kemudian Allah mentakdirkan Adam dan Hawa mempunyai anak cucnya di dunia. Fitrah kita anak cucu Adam dan Hawa akan menjalani kehidupan dengan bersusah payah. Penuh dengan ujian-ujian kasih, sayang, derita dan bahagia masing-masing. Allah berjanji memberi ganjaran syurga atau neraka...Semua itu dalam pengetahuan dan kehendak Allah..Sungguh Engkau maha mencipta dan maha mulia dengan kekuasaanMu...Oleh itu jadikanlah hati kami sentiasa bersyukur kepadaMu..rahmatilah kami...sejahteralah kami dalam nikmat keimanan ini, Ya Allah..aku bersyukur ya Allah kerana nikmat keimanan dan kehidupan ini. amin...IinsyaAllah

No comments:
Post a Comment