Khabarmu CINTA indah di MATA menusuk ke HATI,
Wahai Allah SEJAHTERAKANLAH ........ CINTA HAMBA yang suci.. amin.
Wahai Allah SEJAHTERAKANLAH ........ CINTA HAMBA yang suci.. amin.
Suatu hari…
Cinta datang,
mengetuk pintu hatiku,
kupersilakan dia masuk sopan,
duduklah bertakhta di situ,
selama mana kau mahu.
Suatu hari,
cinta berbicara,
ku dengar dengan penuh perasaan,
aku tenggelam di dalamnya,
aku lemas sendirian,
dalam lautan kasih sayang.
Suatu hari,
cinta berpesan,
mendakapiku penuh dugaan,
memilikiku penuh pengorbanan,
kamu tak punya kekuatan,
kamu takkan kesampaian.
Suatu hari,
aku pulang,
airmata kasih tak pernah lekang,
dalam kesedihan ada keindahan,
rupanya cinta ada di dalam,
Terima kasih wahai Tuhan.
Hari ini,
aku sedari,
rupanya cinta tak pernah hilang
di mata dan di hati hamba,
yang rukuq dan sujud
serta tulus redha.
~salam kasih sayang selamanya.
07.08.2010
...................
NOTA KASIH:
~Sesungguhnya kami terjaga (di pagi hari) dengan kesedaran bahawa Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagiNya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nyalah kami akan dibangkitkan~ wahai Allah jadikanlah kami hamba yang bersyukur...amin
No comments:
Post a Comment