keberadaanmu sudah pasti ada tujuannya dalam hidup hamba.
aku tak boleh marah.....siapalah aku untuk membencinya.
kehadiranmu sudah pasti berhikmah dalam hidup hamba...syukurku wahai Allah.
kehadiranmu sudah pasti berhikmah dalam hidup hamba...syukurku wahai Allah.
engkau memberi aku ujian,
menguji lulus atau gagal,
keimanan dan ketakwaan.
Wahai Allah,
engkau memberi nikmat dunia,
menguji amalan hamba,
ke syurga atau neraka.
ke syurga atau neraka.
Wahai Allah,
engkau menjanjikan sesungguhnya,
engkau menjanjikan sesungguhnya,
kebahagiaan di akhirat
buat hamba yg ikhlas.
~salam kasih sayang.
08082010
...........................
nota kasih
Wahai Allah kurniakan aku keikhlasan...Kalau kita memberi tidak boleh mengharap akan dibalas oleh orang itu, kalau kita mengasihi kita tidak boleh mengharap kita di kasihi oleh orang itu, Kalau menyintai usah mengharap kita akan dicintai oleh orang itu, kerana cinta kasih itu adalah milik Allah. Allah yang berhak menentukan pada siapa cinta kasih itu akan terletak. Kita tidak boleh marah kalau tiada kasih sayangnya pada kita.... Kasih sayang juga adalah milik Allah, Allahlah yang berhak memberi kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Siapalah kita ini untuk mengarah-arahkan Allah untuk meletakkan kasih sayang itu kepada kita sahaja. Tentu tidak lojik. Cuma kita boleh meminta-minta, Kalau Allah beri... kalau Allah tidak beri kita tidak boleh marah. Sungguh di situ jelas kekuasaan Allah..hanya Allah yang berkuasa menautkan hati, menyatukan jiwa, melimpahi kasih, melekat kasih, memanjangkan kasih. Sebagai hamba kita insaf diri dan hanya mengharapkan redha dan rahmat Allah. Semoga Allah menerima amalan kebaikan kita, bergantung harap pdaNya...
Ya...segalanya di atas muka bumi ini adalah untuk menguji. Segala peristiwa yang berlaku jua adalah ketentuan Allah sejak azali lagi. Aku beriman itu, dan segala peristiwa yang terjadi jua pasti ada tujuannya di sisi Allah. Allah titak menjadikannya sia-sia atau untuk main-main sahaja. Setentunya ia punya hikmah yang cantik. Wahai Allah aku mohon keikhlasan itu...ikhlas hatiku ini..usahlah aku mengharap2 lagi segalanya dari makhlukMu. Aku beriman bahawa segala nikmat yang ku dapati dari sesiapa shj dari makhlukMu adalah dariMu jua..aku percaya itu...Jadikan aku ini, hanya bersandar bergantung kepadaMu...ya Allah, kurniakan aku kekayaan jiwa agar aku tidak menangis lagi pada hal-hal yang sia-sia...amin.
No comments:
Post a Comment