topbella

Sunday, June 27, 2010

Gerhana bulan


Kelmarin
gerhana bulan.
tiba-tiba bulan hilang,

Ke mana...
perginya mentari kasih
yang menyinari rembulan.

Ke mana...
perginya doa-doa kasih,
mendodoinya saban malam.

Terjadinya gerhana,
maka aku kau dan dia,
perlu ambil hikmah.

Kita semua...
perlu banyak berdoa,
perlu banyak bersedekah..

Semoga...
Allah mengampuni kita,
serta memberkati hidup kita.

amin ya Allah.
kasih4u
27062010
...............................................
nota kasih:

Dengan Nama Allah, aku bertawakal pada Allah, tiada kekuatan dan keupayaan
melainkan denga izin Allah Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Besar. Tuhanku, aku
berlindung denganMu dari menjadi sesat dan disesatkan, dari tergelincir atau
digelincirkan, dari melakukan kezaliman atau dizalimi dan daripada menjadi jahil
atau dijahili. amin ya Allah.

Friday, June 25, 2010

KasihMu



Betapa pemurahnya Allah,
memberi hayat tanpa bayaran,
melimpah rezeki tanpa rungutan,
menerima hamba sebagaimanapun dia,
membiar tahana mereka di dunia tanpa mengazabnya,
membuka pintu taubat seluas-luasnya,
selagi nyawa belum kekerongkongannya.
masyaAllah, subhanallah, alhamdulillah.
la ilah ha illallah, Allah huakbar.

Betapa pengasihnya rasulullah,
menangis baginda tika ingin meninggal ummatnya,
memikiri kebaikan ummatnya tiap tika,
lai latul qadar ganjaran seribu bulan jua anugerah Allah.
syafaat rasul Allah di akhirat sana,
menanti kita dengan penuh kasihnya,
jaminan untuk ummatnya ke syurga.
masyaAllah, subhanallah, alhamdulillah.
la ilah ha illallah, Allah huakbar.

Rindu padamu ...
nama yang ku sebut-sebut,
dari kecil hingga dewasa dalam lena dan jaga
dalam susah dan senang dalam kasih dan sayang.
sungguh kebaikanmu yang melaut,
kasihmu yang tak pernah berhenti,
menanti kami yang alpa ini,
masya Allah, subhanallah, alhamdulillah,
la ilah haillallah, Allah huakbar.

Rindu padamu ya rasulullah,
selawat salam ke atasmu nabi yang mulia.
serta seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
alhamdulillah kami mengenali iman dan islam...
semoga kami hidup dengan islam,
bersabar dalam islam,
redha dengan islam,
berbahagia dengan islam,
mati dalam islam.

aaminnn ya rabbal alamin.
kasih4u
............ ......... ......... ......... ......... ......... .........
Ukhwah kerana Allah tidak pernah putus,
Kasih kerana Allah tidak pernah terhalang,
Rindu kerana Allah tak pernah berhenti,
Dalam doa ku utuskan sayang mutiara kasih.
insyaAllah

Pohon kasih itu...



Suatu hari...aku searching kat internet. Entah akupun tak tahu nak cari apa, cuma terkadang hati itu perlu dibawa terbang ke awanan, melihat alam ciptaan Tuhan dan susah senang makhluk mengharungi ujian kehidupan. Agar kelak terbit syukur dan nampak kebesaran dan hikmah Allah. Lalu...aku taip kata kunci ini..."kasih4u" maka datanglah banyak laman yang berkaitan dengan kasih4u. Tiba-tiba mataku terpaku pada laman ini...jari ini pun mengkliknya..
http://alfawijaya.wordpress.com/2008/04/27/ di sana ada sajak ini. Aku terus membaca dan membaca.. berkenan aku dengan sajak ini...lalu aku pastekan di sini.....
semoga terhibur pada yang sudi membaca...terimakasih dan alhamdulillah.


Pohon kasih itu,

Tak berwarna…tetapi semerbak harumnya

Bertunjangkan keimanan…tegak menjulang ketakwaan.

Berdaunkan ukhwah… talian kasih sayang.

Rendang kasihmu …meneduhkan daku,

Menyejukkan mata… menenangkan jiwa,

syukur kasih hadir sayangnya.


Pohon kasih itu,

Melambai-lambai memanggilku,

Kasih yang tak pernah jemu…bertamu dan mendoakanmu,

Alunan rentak gemalai rindu…bersamadi di situ.

Sekali sekala datanglah..di sana ada cerita kita,

Episod kasih sayang seorang hamba.

Semoga abadi selamanya.


Pohon kasih itu,

Sayang hiduplah…suburlah kasihnya,

Selagi kasih itu suci…ia tak akan mati,

Kerana hidupnya bukan di tanah tetapi di hati,

Walau bayu berhenti berbisik…ruhi tetapkan merintih sedih,

Kerana kaulah ruhi, hayati, aini, qalbi, habibti,

kerana kehadiranmu menyeri dunia kasih.

kasih4u

disunting dari :

"kasih4u.hadithuna.com"

Beri tanggapan April 27, 2008


Monday, May 31, 2010

Takdir Kasihmu..

sunyi ...duniaku gelap tanpa kamu menyinari kasih..
hiba...hatiku sedih tanpa kamu mengutusi bicara,
redha...kasih pasrah pada ketentuan suratan takdir Allah Taala..
insyaAllah.


Salam kasih kepada kekasih.
moga bahagia dalam keheningan.
suram alam kebasahan.
bayu lesu tanpa mengelus.sunyi suram.
jika diam itu indah,
raihlah dalam dakapan...

Diam mu mengusung pilu.
tetapi siapalah kasih di matanya,...
diam itu juga bahagia mungkin,
diam itu juga sunyi pasti,
diam itu juga cahaya mencari di mana hilangnya diri.
diam itu indah andai sudi untuk mengerti.

Dimana diammu?
menyendiri atau mencari?
jika itu kata yang terbaik utk suatu kebaikan,
perlukah hati merelakan?
sedang alam terus merintih menanti
mengharap rahmat hujan kasih...

Tenanglah sayang...
walau aku sendiri dalam kedinginan
kebasahan dalam terik mentari.
berbahagialah....
walau duka sering menjemputku.
dalam takdir kasihmu.


~salam kasih sayang..
31052010
................................
nota kasih:
Ku bacakan puisikasih pada angin lalu...tanpa pernah meninggalkan bekas di mata dan di hatinya....tiada siapa yang mahu mendengar dan memperduli bicara hatiku sekian lama...Hanya aku yang malu sendiri, lalu aku pun berlalu bersama bayu yang terus menerus pergi tanpa pernah memandangku...sememangnya mungkin berhikmah begitu...Ya musim semi yang telah meninggalkan aku, memberi banyak pelajaran yang mengajar aku erti kehidupan....

Sedar tak?...kadang awak datang awak pergi..saya datang saya pergi, juga dengan izin Allah. Telah tertulis dalam perjalanan hidup saya ada awak untuk menyeri, Sementara dalam perjalanan hidup awak kenapa ada saya untuk menguji. Benarlah seperti kata-kata hambaAllah " Yang Tidak Bernama" itu, "CINTA SAYA SENTIASA ADA UNTUK AWAK, SEDANG CINTA AWAK TIDAK ADA UNTUK SAYA". Ya... tak apalah, saya terima ia sebagai sebagai ujian kerana ujian itu juga tanda seseorang hamba itu dikasih Allah. Dengan cara itu kita akan sentiasa dekat dan tenggelam dalam cinta kasihNya. Ya selagi rasa itu ada saya akan mencari awak. Umpama ruh dengan jasad. Ia akan sering mencari, berpisah sekejap dalam tidur atau mati. Lihat cinta ruh dan jasad, selamanya akan bersama, tetap mencari di mana-mana dan ada di mana-mana bukan?. Susah senang sama-sama, di dunia, di dalam kubur, di masyar, di sirat, di neraka atau di syurga. Ruh itu abadi tidak mati...kasihku jua abadi..selamanya merindui. Saya tak kisah awak menafikannya itu hak awak. Tapi saya akur dengan pemberian Allah. Kalau Allah memberi kita tak boleh menolak kerana ia takdir dan anugerah yang terindah.....Mesej ini simpan buat kenangan...~

Allah yang ku sembah, Allah yang satu..yang mengatur urusah hidup. Aku percaya dengan sesungguhnya Allah maha mendengar dan mengetahui bisikan hati..semoga suatu hari nanti Allah mempertemukan CINTA KASIH RUH DAN JASADNYA, dalam suasana yang solehah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui betapa aku menyintai, dan mengasihi seperti keinginan awak untuk saling kasih mengasihi, dan saling cinta menyintai...hehehe... dan kalau Allah mengizinkan kita juga tidak dapat menolaknya....semoga kelak aku akan bersyukur pada Allah kerana kebesaran dan kasih sayangNya mengkhabulkan permintaan hamba yang sekian lama hamba bersabar dalam meminta....bahawa Allah telah mendengarnya....insyaAllah amin...ya rabb.

Friday, May 28, 2010

Doa perjalanan...


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkau penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai.

Ya Allah peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya.

Ya Allah sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan takwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Kau redhai.

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya dalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan..

amin ya rabbal alamin.

~salam kasih sayang.
...........................
nota kasih
Doa ini aku jadikan alarm kat hpku pukul 7.oo pagi..Tiap kali... jam 7.00 pagi sewaktu aku nak keluar pergi kerja ia kan berbunyi mengingatkan di telinga dan menusuk ke hati kasih.. Detik itu juga, bermakna aku mengingatiMu ya Allah. Detik itu juga mendoakan kesejahteraan buat semua. semoga ia di kira sebagai amalan soleh dan akan bercahaya2 dalam peti kebajikanku yang akan ditulis oleh malaikat dan ia akan menungguku sewaktu perbicaraan di padang masyar kelak...amin ya Allah.

Duit riyal dan dollar..

Kasih sayang itu bukan nilaiannya pada duit...

Duit juga adalah jambatan untuk mencapai cinta kasih sayang..

belakang 500 riyal ~ gambar kaabah juga.
.
duit...di dunia...pahala di akhirat...

ni..duit riyal..baru nengoknya dari dekat ma..rajanya yang tersenyum manis...
.
~ni 20 dollar ~ hehehe..baru kenal dollar dari dekat..ma..Presidennya macam mencuka...

salam..
sepanjang umurku ini..aku tidak pernah tengok dolar Amerika...dan duit riyal Arab Saudi secara dekat...hehehe..Hai terkadang kalau kita tidak berkepentingan atau berkeperluan kita tidak akan mengambil berat mengenainya..Dalam kaunseling kata.. maksudnya; hal-hal itu berada di "minda bawah sedar" kita. Oleh itu bagus juga berdoa dengan doa khatam al quran yang panjang lebar tu...kerana di dalamnya ada doa agar Allah memberikan kita ilmu-ilmu yang belum diketahui lagi...(Ya Allah, Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya, berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya,)

Iya...bagi anda yang pernah tengok anggaplah ia sebagai ulangan tapi bagi mereka yang tak pernah lihat lagi..macam aku ni..anggaplah ia sebagai ilmu baru...hehehe..Tetapi terkadang kita tak boleh pandang rendah pada sesuatu yang kecil atau tak berguna umpama sampah, kerana walau ia adalah kecil atau sampah, semua itu ada hikmah dan fungsinya. Adanya ia berguna juga kerana fitrah kejadiannya. Lagi pula semua itu menunjukkan bahawa Allah itu sempurna dan amat berkuasa. Terkadang orang yang hebat, .orang berada juga membuatnya dan memerlukannya di satu sisi yang di sana menjadi rahsia Allah Taala...

Jadi ku simpan di sini..sebagai kenangan kasih sayang...hehehe..Semoga iakan menjadi memori indah buat diriku yang selalu lupa. Iya.. terkadang penting juga hal-hal begitu untuk mengingatkan aku tentang kebesaran dan kekuasaan Allah Taala...semoga kita sentiasa bersyukur..akan segala nikmat Allah Taala yang tak pernah putus2 kepada kita.....insyaAllah ...alhamdulillah hirabbil alamin...

Masjidil Haram...




Ya Allah...
Sesungguhnya Tanah Haram ini...negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semua kepunyaanmu. HambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu, dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk dan daku bermohon padamu Kau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkan daku ke dalam kawasan syurgaMu...

Ya Allah...
Sesungguhnya, ini Tanah HaramMu, maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka.

amin ya rabbal alamin.

~salam kasih sayang.
28052010

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN