Betapa pemurahnya Allah,
memberi hayat tanpa bayaran,
melimpah rezeki tanpa rungutan,
menerima hamba sebagaimanapun dia,
membiar tahana mereka di dunia tanpa mengazabnya,
membuka pintu taubat seluas-luasnya,
selagi nyawa belum kekerongkongannya.
masyaAllah, subhanallah, alhamdulillah.
la ilah ha illallah, Allah huakbar.
Betapa pengasihnya rasulullah,
menangis baginda tika ingin meninggal ummatnya,
memikiri kebaikan ummatnya tiap tika,
lai latul qadar ganjaran seribu bulan jua anugerah Allah.
syafaat rasul Allah di akhirat sana,
menanti kita dengan penuh kasihnya,
jaminan untuk ummatnya ke syurga.
masyaAllah, subhanallah, alhamdulillah.
la ilah ha illallah, Allah huakbar.
Rindu padamu ...
nama yang ku sebut-sebut,
dari kecil hingga dewasa dalam lena dan jaga
dalam susah dan senang dalam kasih dan sayang.
sungguh kebaikanmu yang melaut,
kasihmu yang tak pernah berhenti,
menanti kami yang alpa ini,
masya Allah, subhanallah, alhamdulillah,
la ilah haillallah, Allah huakbar.
Rindu padamu ya rasulullah,
selawat salam ke atasmu nabi yang mulia.
serta seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
alhamdulillah kami mengenali iman dan islam...
semoga kami hidup dengan islam,
bersabar dalam islam,
redha dengan islam,
berbahagia dengan islam,
mati dalam islam.
aaminnn ya rabbal alamin.
kasih4u
............ ......... ......... ......... ......... ......... .........
Ukhwah kerana Allah tidak pernah putus,
Kasih kerana Allah tidak pernah terhalang,
Rindu kerana Allah tak pernah berhenti,
Dalam doa ku utuskan sayang mutiara kasih.
insyaAllah
berbahagia dengan islam,
mati dalam islam.
aaminnn ya rabbal alamin.
kasih4u
............ ......... ......... ......... ......... ......... .........
Ukhwah kerana Allah tidak pernah putus,
Kasih kerana Allah tidak pernah terhalang,
Rindu kerana Allah tak pernah berhenti,
Dalam doa ku utuskan sayang mutiara kasih.
insyaAllah
No comments:
Post a Comment