topbella

Wednesday, November 11, 2009

Sayang kamu


Pernah dulu,
aku dengar namamu...
tetapi ketika itu,
aku tidak tahu,
makna dan maksud.

Suatu hari,
aku melihat kamu,
terdetik di hatiku,
hebatnya kamu,
sempurna ciptaanmu.

Lalu aku...
jatuh cinta padamu,
aku menyelidiki tentang kamu,
aku berdoa suatu hari,
aku kan memiliki kamu.

Sayang...
harapan tak kesampaian,
tingginya nilai kamu
aku jadi tak mampu,
tapi niatku tetap utuh.

Sayang.
kerana kasih sayang,
kerana rahmat kasih Tuhan,
sekarang aku punya kamu,
bersama kamu aku syukur.

Wahai Allah,
sejahteralah kami,
dalam iman yang tinggi,
agar panjang nikmatMu,
dan mudah urusanku.

~amin.
..........................
nota kasih:
kadang kita berhajat...kita berminat, kita berdoa...Allah ingat...kita tak sedar, Allah memberi.... kita tidak mengetahui, Allah mengakhabulkan doa ...kita kadang tidak menyedari. Itu menunjukkan Allah selalu memerhati dan memperduli....Wahai Allah, Engkaulah Tuhan yang disembah. Engkaulah yang mencipta dan menjaga langit dan bumi tanpa rasa susah. Engkau juga memberi rezeki kepada kami hambaMu yang lemah. Kekalkan nikmatMu kepada kami untuk kami beribadat dan membuat kebaikan di muka bumi...tetapkanlah kami sentiada bersyukur atas pemberianMu ini...amin

Tuesday, November 10, 2009

Salam cinta

Salam cinta...
cinta awak terlalu suci,
aku tidak layak menghampiri,

Salam cinta...
cinta awak terlalu bererti,
aku tidak layak memiliki.

Salam cinta...
cinta awak terlalu tinggi,
aku tak mungkin menggapai.

Salam cinta...
cinta awak sering tersembunyi,
aku tidak dapat mencari.

Salam cinta...
cinta awak terlalu sakit,
kuatkah kasih bertahan lagi.

~salam kasihsyg.
09102009
.............................
nota kasih
Salam cinta kasih sayang...sungguh perjalanan hidup ini telah tersurat, mauku kah perjalanan hidupku begini? Maukukah bertemu titip persilangan kebetulan masa dan waktu suatu ketika dulu yang bermulanya cinta itu. Sungguh kalau aku dibenarkan memilih sudah pasti aku tidak akan masuk ke jalan ini...tetapi aku jua tidak tahu dan tidak berdaya. Inilah takdir aku menanti dan merindui selamanya.

Inilah jalanku sekarang dan aku akan teruskan perjalanan meredah duri2 tajam mnyucuk2 jiwa. Aku akan menghabiskan sisa-sisa kehidupanku di sini. Aku bawa bersama bebayang cinta kamu yang kelabu dalam lipatan memori kasihku.. Mengapa ya ...airmata kasih ini sentiasa sudi mengalir saban waktu. Mengapa aku berduka lagi...ya duka juga fitrah...selepas duka akan datang bahagia ...itu janji Allah.

Wahai Allah berikan aku kekayaan hati agar aku kuat dan tabah menempuh ujianMu yang sedikit ini. Jangan aku merasa kehilangan kerana rahmat kasih sayangMu tidak pernah berkurang. amin..

Salam cinta

Salam..
jika hati sempit,
perkara kecil jadi sulit,

Sayang...
jika hati lapang,
perkara susah jadi senang,

Kasih...
jika hati tenang,
yang luar biasa jadi biasa..

Sayang...
tika hati gelora,
kasih berserah pada Allah.

Sayang,
kerana iman yang ada,

kasih memilih redha.


~kasihsyg
09102009
.......................
nota kasih:
...kerana tapak iman itulah...menemukan cinta itu yang selama ini telah hilang...Namun cinta itu terlalu jauh...tidak dapat digapai. Aku hanya memandang...dan memandang saat bayu menerbangkan....wahai Allah jika cinta itu bukan milikku usah aku menangis lagi, kurniakan redha hati ini, jangan biarkan aku kecewa lagi, gantikanlah aku dengan cintaMu, cinta orang yang menyintaiMu, cinta sejati lagi hakiki yang terbaik dan terindah di mata dan hati...salam kasih sayang abadi di hati. amin.

Kekayaan hati


Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin,
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin.

Miliki hati pemurah,
Yang mampu menahan marah,
Memberi maaf dengan mudahnya mudahnya,
Miliki hati pengasih,
Walau diri kan tersisih,
Memberi kasih tanpa memilih memilih.

(Chorus)
Hati itu bagai ladang,
Tempat bercucuk tanam,
Hati itu bagai kolam,
Tenang nyamannya......

Ulang Rangkap 1,2&Chorus

Cari kekayaannya,
Dalam uzlah yang lama,
Di malam yang sempurna,
Bermunajat pada-Nya
(Ulang)

Ulang Chorus,1&2

Pengabdian yang hakiki,
Lewat zikir amali,
Dibasahi disirami,
Dengan Rahmat Ilahi.

~kasihsyg
..................
nota kasih:
Wahai Allah berikan aku kekayaan hati agar aku tidak memandang dunia serta mengejar cinta dunia. Usah aku dalam kesedihan lagi..cukuplah Allah memerhati dan memperduli. amin

Monday, November 9, 2009

Salam sayang

salam...
semoga sejahtera sayang..
kasih ucapkan..

salam..
semoga ceria-ceria sayang,
kasih bisikkan.

salam...
semoga sayang tenang,
kasih doakan.

~kasihsyg
08102009
.............................
Nota kasih:
Sungguh dalam hidup ini kadang kita tidak menduga. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kita...Allah sentiasa menyampaikan permintaan kita, Allah sangat pengasih lagi sangat penyayang...Allah tidak pernah tidur dan sentiasa berjaga untuk menyempurnakan segala hajat kita...tetapi kita ini pula lalai...lupa...padahal segala nikmat Allah kita nikmati tanpa bayaran malah berganda...

Sungguh kita ini tidak punya apa...semuanya kita meminjam daripada Allah... terkadang kita juga lupa semua itu bukan milik kita...bila-bila masa sahaja milik kita boleh diambil Allah. Syukurlah pada Allah kerana telah menyempurnakan permintaan hamba...syukur ya Allah..alhamdulillah...subhanallah, Allah huakbar..Allah maha besar dengan kepujian....kekalkan aku sentiasa beryukur tabah dan redha menempuh segala cubaan dan jadikan aku sentiasa menghargai nikmatMu ya Tuhan.... ~amin

Saturday, November 7, 2009

Musafir kasih

Musafir kasih,
kau datang tatkala aku hilang
aku datang tatkala kau meninggalkan,
kadang kita bertemu di titik persilangan,
tetapi kerana egomu
aku sama sekali tidak kau pandang.
aku pun diam dan diam..
kerana merawat luka-lukaku yang hitam.

Musafir kasih,
tidakkah kau merasa
getaran cinta yang ada di dalam jiwa,
tatkala dhuha aku berbisik,
hadirlah kasih sayang melimpah,
agar kita tenang jiwa,
agar perjalanan kita selamat,
menuju rahmat Allah.

~kasihsayang
07102009

Wednesday, November 4, 2009

Rasa ini datang lagi

salam sayang.
entah mengapa hari ni aku menangis lagi,kenapa ya...kenapa sebak itu datang lagi...apa yang aku sedihkan...?

Tatkala mata ini tidak boleh lena, aku bangun dan ku buka kembali helaian lalu.
aku tatap lirik lagu kamu, lalu airmataku mengalir lagi,
aku tak mahu dengar lagi lagu kamu kerana ia bisa membuatkan aku gila...
aku terus membaca coretan2 laluku....itupun airmata ini mahu mengalir juga...mengapa yang aku tulispun aku sedih, aku ni kenapa?..kenapa murah sangat airmata hamba.
entah aku tidak mengerti mengapa aku jadi begini...Mungkinkah aku merasa aku terhina, disisihkan tidak dipedulikannya, kerana tidak pernah dia menyatakan rasa cintanya. Adakah rasa cinta itu padanya??? Mungkinkah..? Namun bagaimanalah dia hendak menyatakan rasa cinta padahal di hatinya tiada rasa cinta itu..Aku ini hanya menyintai bebayangnya sahaja...bayang...ruh dan jasad bukan untuk aku...hehehe. Dia milik Allah, kalau Allah tak mengizin maka aku tidak boleh buat apa-apa...aku sungguh tak berdaya.

Aku sering bertanya-tanya, aku ini manusia, punya rasa. Namun tertanya-tanya aku pula tidakkah kamu jua punya rasa seumpama aku, yang terkadang nyilu hati kasih menangis merintih. Tidakkah ada secebis belasmu terhadapku, atau kau ingin menghulurkan sedikit kasih sayang yang lama ku dambakan..? Entahlah aku pun tidak mengerti..mengapakah aku harus menjalani nasib yang sebegini....

Dulu pernah aku baca...jika kesusahan, penderitaan, kesedihan datang, itu maknanya Allah sayang..Allah ingin memberi pahala kepada kita atas kesabaran dan ketakwaan kita. Masakan kita tidak hendak?. Jadi Allah ingin memberi pahala padaku.. masakan aku tidak mahu?

Pernah aku membaca email SIM, ya perbincangan mengenai "Cinta Tak Semestinya Bersama". Sungguh, bahagia tiap orang itu tidak sama, pelbagai cara dan pelbagai situasinya. Kalau aku, ada kamu itu di mata...itulah bahagia aku, walaupun kita tidak bersama. Ya...dapat melihat kamu ada dan tahu khabar baik kamu itu sudah memada. Aku tahu aku tidak dapat berbuat lebih kerana aku jua tidak berdaya...namun hanya Allah yang tahu hatiku...betapa aku menyayangi kamu...

Kadang terfikir aku, kerapkali Allah memberikan cinta kepada orang yang tidak kita suka, Allah mengambil cinta terhadap orang yang kita sayang. Lalu cinta itu terlalu jauh sukar untuk digapai. Kita sering menangis memanggil-manggil cinta itu, mengharapkan cinta itu... Namun tatkala aku mengejar-ngejar cinta manusia...sebenarnya aku tak pernah dapat tetapi di sana yang ku temui ialah kekuasaanNyA, kebesaranNya, keajaibanNya. Mungkin ini lebih baik padaku kerana ia lebih berhikmah. Jika Allah memberikan cinta manusia itu, kemungkinan aku lupa...dan habislah cerita kasihanda...hehehe. Sungguh Allah hanya mahu menguji kita....


Pernah aku baca juga...kalau Allah mengambil kekasih kita, tetapi kita redha, dan takwa kelak Allah gantikan kita dengan syurga.. Oleh itu sabarlah wahai kasih sayang...kerana cukuplah Allah memperduli kamu, cukuplah Allah maha memerhati dan maha mengasihi...semoga hati kasih tenang.

~salam kasihsyg
05102009
.......................

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN