Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
Monday, October 22, 2012
HARI ARAFAH....
Salam kasih sayang..
tadi Pak Ngah hantar PESAN lagi..
Dari Abu Qatadah r.a. Rasulullah S.A.W pernah ditanya tentang puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Baginda bersabda: Puasa pada hari tersebut dapat menebuskan dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang, (Hadis Riwayat Muslim)
Hari Khamis 25. 10. 2012 akan datang ialah hari Arafah bersamaan 9 Zulhijjah 1433 H. Bersama-samalah kita menghayatinya.... Marilah kita berpuasa....
InsyaAllah SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA, MAAF ZAHIR BATHIN.
Ruhi Abiddin,
22.10.2012
............................
nota kasih:
ya allah berilah aku kekuatan, aku nak berpuasa pada hari itu..
izinkahlah ya Allah...
Ya..Allah,
sungguh aku ini hambaMu ya kecil,
tak pandai menghantar persembahan yang baik tiap2 hari,
ada saja kesalahan yang aku buat tetapi aku tidak tahu,
aku selalu lalai,
aku kurang bertaubat..
maka ampunilah aku..
ajarkanlah aku untuk beramal yang solehah,
bersihkan hati aku,
jadikan aku redha apa yang Engkau rezekikan pada aku,
hanya rahmat dan kasih sayangMu yang aku harapkan...
pandanglah daku di bumiMu ini,
jangan Kau sisihkan aku.
jangan Kau lupakan aku.....
titipkan aku dalam rahmat kaish sayangMu selalu...
amin ya Allah.
padaMu kami semua akan kembali...
......................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

No comments:
Post a Comment