salam kasih sayang
suatu hari aku tulis tentang noktah itu,
...... 7 titik
...... 6 titik
..... 5 titik
.... 4 titik
... 3 titik
.. 2 titik
. 1 titik,
Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita selepas noktah itu. amin.
Aku ingin bertanya...
noktah mana kamu pilih...?
Aku pilih noktah yang satu itu.
dan aku perlu istiqomah dengan noktah itu...
kerana ia satu, aku tiada pilihan lain...dan aku tetap dengan pendirian aku..
Maaf andai aku tidak punya peluang untuk memberitahu...
kerana aku rasa lebih baik begitu...
Tahukah kamu...?
noktah itu...
juga membawa maksud pertemuan dan kebahagiaan.
juga membawa maksud perpisahan dan bermulanya pertemuan,
juga membawa maksud akhirnya sebuah perjalanan,
juga membawa maksud akhirnya sebuah kehidupan,
juga membawa maksud menemui lubang dan jatuh ke dalamnya.
itulah yang di namakan kematian..
tiap saat kita berjalan menujunya...
Tidakkah kamu sedia tahu...?
noktah itu biasanya titik bulat,
bulat itu sinonim dengan banyak benda,
bumi juga bulat,
bulan bintang matahari juga bulat,
keazaman, kekuatan digenggam juga bulat,
mata kita juga bulat,
bulat hati kepada sebuah pendirian..
Ya semoga
Allah memberi kebaikan tiap urusan
andai Allah ingin kebaikan kepada kita,
Allah membimbing kita ke jalanNya,
sungguh Allah tidak mencipta dua hati dalam satu rongga.
hati untuk membuat kebaikan tidak akan bersengkokol dengan hati yang mahu membuat maksiat.
syukurlah andai hati itu sedang tenang...
kerana jasad dalam kebaikan...
kerana hati itu punya IMAN dan TAKWA kepada Tuhan.
amin..
....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment