topbella

Tuesday, February 7, 2012

Tahniah buat yang tersayang..

yang ni anak jiran aku..
suka aku tengok depa main sama-sama petangpetang berbasikal..
dan santai di hadapan...laman..
selalu aku senyum sendirian.,,,.memikirkan masa lampau
yang telah aku tinggalkan....
"ya...aku tinggalkan kamu untuk dia yang ku kenal."
.....................................

Salam kasih sayang...

Ya..aku syukur
kerana kamu dah berbaik-baik dengan kawan kamu...
emmm...aku tahu...
sebenarnya aku nampak dari mata hati aku yang terdalam...
emmm...tak apa aku redha dan syukur pada Allah taala..
sememangnya kamu layak bahagia...
mungkin inilah masanya kamu berbahagia...
ya insyaAllah..alhamdulillah..

Aku tahu..
dunia ni kecil sahaja...
kita tak nampak kerana mata kita dihijab oleh Allah,
kita tak nampak andai kita tidak suka memperdulikan orang lain..
hehehe...mungkin..
selalu kita cuma nampak
apa yang di hadapan kita sahaja,
apa yang di kiri kita dan
apa yang di kanan kita..
itupun pada jarak yang dekat sahaja..
apa yang dibelakang kita,
kita tak nampak melainkan kita toleh muka..

Namun begitu...
kita akan nampak
dengan mata hati kita...
begitulah dengan orang buta..
mereka nampak dengan mata hati mereka yang unik...
( begitulah aku cakap dengan budak-budak)

ya...
Memang benar...
kadang-kadang Allah singkapkan rahsia,
kita nampak terus dalam pemikiran kita..
insyaAllah cantik sangat takdir Allah Taala,
alhamdulillah..
andai Allah singkapkan hijap pandangan kita,
kita jua nampak alam ghaib sana...
syukurlah andai Allah izinkan
kita nampak sedikit rahsiaNya..
aku nampak awak sedang bercinta semula,
dan akan berumahtangga dengannya..
amin..ya Allah...insyaAllah.

Terima kasih ya Allah,
kerana menyingkapkan tabir biru belenggu
yang sekian lama menutup mata hatiku..

Terima kasih ya Allah,
kerana menyinari aku cahaya kasihMu,
yang selama ini aku dalam gelap rindu sayu..

Terima kasih ya Allah,
kerana memberikan aku kaya jiwa,
aku tidak merasa cemburu dengan dunia dan isinya.

Terima kasih ya Allah,
kerana memberi aku rasa nikmat kasih sayang,
yang selama ini aku tak pernah terbayang.

Terima kasih ya Allah,
kerana menghantar aku sahabat setia,
yang hatinya penuh dengan cinta.

Terima kasih ya Allah,
kerana meminjamkan aku kasih sayangnya,
yang mencelikkan mata hatiku yang buta.

Terima kasih ya Allah,
kerana perjalanan hidup aku begini,
yang membolehkan aku memimpinnya kepada cintanya..

Terima kasih ya Allah,
kerana menyedarkan aku
yang hayat aku tidak berapa lama lagi rasanya.

Sayang...dalam hidup ini...
jika di fikir-fikir...
satu hari di akhirat sana sama dengan 1000 tahun di dunia,
andai 41 tahun di dunia itu bersamaan lebih kurang beberapa jam di akhirat,
Mengapa harus dunia yang aku kejar-kejar,
aku harus sibukkan diri aku untuk bersedia ke alam kubur,
aku harus bersiap siaga untuk hari yang tiada sanak saudara, atau sahabat tercinta..
sedang tempoh umur aku di dunia ini tidak sampai beberapa minit lagi masanya di sana..

Wahai Allah...
kurniakan aku kaya hati,
berilah aku kekuatan semangat jihad fi sabi lillah..
jangan aku dibelenggu dengan dunia yang sekejap..
jangan aku kecewa dengan dunia lagi..
kurniakan aku redha dan takwa dengan sebenar-benarnya,
kerana aku tahu aku akan kembali kepadaMu,
terimalah ibadatku yang tak seberapa ini,
masukkan aku dalam rahmatMu,
di dunia dan di akhirat..
kurniakan aku khusyuk dan tawadduk
dalam tiap solat..
ampunilah dosa-dosa kami....
belas kasihlah kami.... ya Allah..

amin..ya rab..
................................
nota kasih:
aku selalu kata pada budak-budak...
andai kita kata apa-apa,
andai kita janji pada sesiapa
harus kita kata "InsyaAllah,"
kalau kita tak kata insyaAllah,....itu cakap takbur namanya,
kerana kata-kata itu akan di uji...Allah akan menguji,
kita ini tak dak daya upaya melakukannya,
jika tidak mendapat keizinan Allah Taala.

Juga kata-kata itu kelak akan memakan diri sendiri...
dosa..juga..
itulah kadang-kadang kita lupa..apa yang kita kata..
tapi malaikat pencatat amalan tidak pernah lupa...tidak pernah lena..
semua itu akan bertuntut di akhirat kelak...

ya ...harus bebanyak istiqfar pada Allah semoga Allah mengampun dosa-dosa kita yang lampau....

ya......apa yang aku pasti...
" andai kamu mengata cinta..kamu harus bersiap untuk berkorban segalanya..",
selamat bercinta..dan selamat berbahagia selamanya.
insyaAllah.
"semoga barkah."

wslam.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

2 comments:

  1. hi Kasih...saya tengah blogwalk kat sini...apa kabar?

    ReplyDelete
  2. ya..baik-baik saja..alhamdulillah. terima kasih kerana singgah di teratak kasih..

    ReplyDelete

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN