Salam kasih sayang..
hari ini aku dapat pelajaran..
betapa penting mendoakan kebaikan
kepada orang yang kita sayang..
kerana andai dia selamat,
dia mendapat rahmat..
sesungguhnya rahmat dan kebaikan,
kan melimpahi orang sekitar.
sungguh benarlah firman Allah Taala,
berbuat baik kepada orang lain,
sebenarnya berbuat baik kepada diri sendiri jua.
semua amalan hamba dilihat dan dicatat.
semua amalan hamba dilihat dan dicatat.
Terima kasih ya Allah,
kerana memberi aku pelajaran lagi,
insyaAllah aku akan selalu ingat,
agar hati sentiasa baik dan sabar.
semoga sayang cepat sembuh,
tabah menempuh segala cubaan dunia,
Allah mampu menyembuh sakit sekelip mata,
tetapi Dia sekadar mahu menguji hambaNya.
~salam kasih sayang.
14.02.2o12
..............................
nota kasih:
ya hari ini aku faham, andai tiada berkepentingan bercakap, lebih baik diam, hati itu perlu banyak istiqfar, hati itu perlu selalu berzikir, mulut lidah harus sentiasa membaca al quran kerana ayat al quran itu penawar penyakit zahir atau bathin manusia.
ya..harus sentiasa punya hati yang baik, harus ada hati yang kaya, harus sentiasa suka melihat bahagia orang lain di mata, harus hati itu senang melihat saudara tenang dn gembira. Ya harus di pupuk hati itu agar sentiasa ikhlas dan redha dengan segala pemasalahan....
Ya mencari redha itu sulit dalam perjalanan menuju takwa kepada Allah tetapi harus berusaha, sedaya mungkin untuk mencapainya. Kerana takwa itu mahal harganya, tambah pula ia berada di tingkat tertinggi di sisi Allah. Oleh itu beruntunglah kepada siapa yang berjaya menggapainya dan memilikinya..
Semoga kita sentiasa bertakwa kepada Allah dalam beribadat kepadaNya dan bermuamalah dengan manusia. Salam bahagia dan salam ceria selalu..dari utara..hehehe.
"sharing is caring...ingat dan pegang."
.................................................
~Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
al baqarah ayat 263
al baqarah ayat 263
~Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. al hujarat ayat 10
~Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
~surah Muhammad ayat 42.
~surah Muhammad ayat 42.
........................................................
..............
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment