topbella

Thursday, February 2, 2012

Selamat Berbahagia Sayang..


andai bisa aku mengulang...
waktu hilang dan terbuang...
andai aku bisa kembali
hapus semua pedih...!!.

sayang...kasih sayang...
andai kamu cinta..
lepaskanlah dia untuk bahagianya..
aku lepaskan kamu untuk bahagia kamu..

silakanlah sayangku,
aku melihat kamu dari jauh..
aku senang melihat kamu sihat..
punya keluarga penuh berkat.

~salam kasih sayang.
01.02.2012
..............................................
nota kasih:

Andai kamu mahu dicintai...kamulah dahulu perlu menyintai..
mencintai itu perlu ikhlas tidak mengharapkan balasan dari makhluk....

Andai kita berkerja mengembala kambing...hehehe.
kita menjaga kambing itu dengan baik...memberinya makan, merawatnya semasa ia kesakitan, menemaninya makan di tepi sungai yang cantik...tiap detik, tidak masa, tiap hari, tiap minggu, tiap bulan dan tiap tahun....selalu kita peruntukan masa memikirkan tentang dia... kita tidak punya waktu memikirkan tentang kebajikan diri sendiri......Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan kambing-kambing itu, akan memberi sesuatu, kepada kita pulak...atau membalas seperti apa yang kita lakukannya itu...adalah mustahil menyuruh kambing itu membalas segala kebaikan kita kepadanya......hehehe. Betulkan...

Oleh itu...apa yang kita harus buat....?? Kita cuma harapkan redha dari tuan kambing itu..contoh agar tuan kambing itu memberikan ganjaran kepada kita, dlm bentuk gaji, kasih sayang dan sebaginya...Jadi apaaja pemasalahan yang berkaitan dengan kambing itu kita bicarakan atau mengadu kepada tuannya...tidakkah begitu..... Ya sememangnya begitulah yang patut kita lakukan..

Oleh itu, mengadulah pada ALLAH, tuhan kita, Dia menjadikan kita, Dia memberi nyawa kepada kita, Dia memberi tempoh hayat kepada kita, Dia memberi rezeki kepada kita, Dia kita bergantung....sudah tentu Dia tahu apa yang terbaik kepada kita....
.................................................

Kawan aku sedang mencari pasangan....
Aku kata padanya...
Selalu bila kita inginkan JODOH, kita selalu bermohon pada Allah agar memberikan kita seorang LELAKI yang BERIMAN dan BERTAKWA kepada Tuhan.
jadi andaikata Allah berikan kita seorang lelaki yang WARAQ, rajin SOLAT, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK DARI SEGI AGAMANYA....kelak dia.akan melarang kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hawa nafsu kita, dari segi berpakaian atau pergaulan, mengongkong kita itu ini......yang bertentangan dengan jiwa kita yang lebih kepada permodenan....dalam ertikata supaya kita lebih taat kepada agama, ya sudah tentu dia mahu jadikan kita isteri yang solehah juga kerana dia seorang suami yang soleh....ya..kerana dia mahu memimpin kita menuju ke syurga Allah...itulah yang terbaik....

Jadi kita tidak boleh marah, atau merungut kerana apa yang kita minta dahulu....sebenarnya telah dimakbulkan Allah...kita telah dapat apa yang kita berhajat.

Allah maha kaya, Allah maha tahu, Allah maha pengasih...apa aja yang ktia minta Allah tidak pernah lupa. Dia tetap memberikan kepada kita cuma lambat atau cepat sahaja hajat itu kita akan dapat selaras dengan ujian...apabila telah tamat ujian bukankah dapat keputusan....ya...Allah ingin kita bersabar dan bertakwa kepadaNya...Allah maha pengasih keapda hambaNya..

Jadi andai dahulu kita menangis meminta itu ( agar dia menyintai kamu). insyaAllah kamu akan dapat...cuma jika lambat kamu harus bersabar. Andai cinta itu telah datang syukur pada Tuhan. "pemilik cinta" kerana mengizinkan kamu meminjamkan cinta itu sementara...hehehe.

Harus ingat...andai ada pemasalahan di masa hadapan yang berkaitan dengan cintanya....maka bersabarlah kerana itulah cinta yang kita minta, cinta yang kita damba. Jangan pertikai lagi kehadiran jodoh kita.......Sungguh Allah telah berikannya kepada kamu...cuma kamu harus insaf dan tetap bersyukur atas segala nikmat Allah walaupun hakikatnya sementara belaka. Redhalah itu yang terbaik buat kamu...sebab itu Allah izinkan buat kamu...andai ia tidak baik sudah pasti...tiada jodohnya dia dengan kamu...kerana itulah yang terbaik buat kamu...mungkin ada jodoh lain yang jauh lebih baik menunggu kamu....(kawan aku angguk-angguk kepalanya tanda setuju....aku senyummmm)

Ya terkadang ada pasangan yang berkahwin berpuluh tahun tidak dikurniakan anak...sungguh Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya....samada ada anak atau tiada anak...bukankah dunia ini persinggahan sementara...ya sekadar untuk menguji keimanan hamba-hambaNya..Ya......manakah amalan mereka yang terbaik di kalangan manusia di dunia..kelak kita semua akan kembali kepada Allah.....

Ya..Selamat kasih sayang..".selamat pengatin baru"..ucapan dariku. Aku doakan kebahagian kalian...semoga sentiasa sabar dalam melayari kehidupan. SABAR ITU PENAWAR SEGALA PENYAKIT...dan syurga Allah buat hamba Allah yang sabar...sabarlah apa jua yang akan datang dan yang bakal datang....bukankah kamu telah lama bersabar untuk sampai ke tahap ini........syukurlah..pada Allah banyak2..semoga kamu beruntung...amin.

wsalam.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN