Salam Ramadhan Kareem...
salam kasih sayang..
salam kerinduan..
salam kemaafan dari sudut hatiku yang terdalam..
Masa silam memperingatiku,
jangan aku terkenang-kenangkannya.
masa silam itu mengajarku,
usahlah aku kecewa kerananya..
dia yang telah lama,
dia yang telah tiada,
dia yang cuma mimpi-mimpiku saja,
sebelum aku terjaga.
masa silam itu,
boleh membunuh gembira,
usah aku hiraukannya,
kerana aku ada masa depannya.
hidup yang dibuai masa silam,
umpama jasad tanpa nyawa,
jiwa yang ruhnya telah tiada,
mati yang mati sebelum ajalnya.
masa silam itu,
adalah tali menjerut leher,
sesak nafas hingga ke saat terakhir,
ia juga mimpi aku diwaktu senja.
sedarlah kasih sayang.
kamu perlu bangun untuk solat isyak,
malammu masih panjang.
jangan dibiarkannya terbuang.
syukurlah kasih sayang..
malam menghantarmu rahmat Tuhan,
bangunlah untuk tahajud dan sujud yang panjang.
nescaya hatimu kembali tenang.
menangislah mata menangislah,
kerana tiap kesedihan ada pahala.
berbisiklah hati berbisiklah,
kamu ada Tuhan untuk mendengarnya.
berkuburlah masa silam,
dalam koleksi sejarah cinta kasih sayang.
pandanglah ke hadapan sayang
di sana CINTA yang kau dambakan.
~salam kasih sayang.
12082011
.....................Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment