rembulan kasih....
tidakkah kamu tahu aku sedang merindui...
tidakkah kamu mahu menghargai kasih sayangku..
tidakkah kesepian membalutimu,
sungguh kamu tidak pernah merasai apa yang aku rasakan ini...
selamat sejahtera buat kamu bulanku....hehehe.
semoga kamu bahagia di sana bersama bebintang yang bergemerlapan....amin
semoga kamu bahagia di sana bersama bebintang yang bergemerlapan....amin
...................................................
Salam kasih sayang.
salam kerinduan
salam kemaafan..
Wahai Allah,
Tuhan semesta alam,
aku hamba yang kecil di sudut bumiMu,
aku menghadapkan mukaku padaMu,
aku menadah tangan yang hina ini,
dengan penuh keinsafan.
tiada daya upayaku melainkan keizinanMu,
airmataku ini tak berhenti mengalir sejak tadi,
apa yang aku sedihkan?
apa yang aku inginkan?
apa yang aku harapkan?
apa yang aku mahukan?
Sungguh Engkau maha mengetahui,
segala yang ada dalam hati ini,
Engkau maha mendengar segala bisikan hati,
Engkau maha mengerti.
mengapa aku tenggelam dalam kesedihan yang tak bertepi.
mengapa aku mengharap kasih yang tak kesampaian.
mengapa kerinduan ini tak bersempadan.
mengapa keresahanku yang tak berkesudahan.?
Wahai Tuhan seru sekalian alam..
Wahai Tuhan Penjawab Doa 0rang-Orang Yang Dalam Kesempitan.
Wahai Tuhan, Pemberi Para Peminta.
Wahai Tuhan, Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.
Wahai Tuhan, Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.
Wahai Tuhan, Penerang Hati Para Arifin
Wahai Tuhan, Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam.
Wahai Tuhan, Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.
Wahai Tuhan Kemuliaan Kaum Muslimin.
Wahai Tuhan, Penjaga Hati Para Nabi.
Wahai Tuhan, Dambaan Orang-Orang Miskin.
Wahai Tuhan, Penjaga Orang-Orang Yang Takut.
WahaiTuhan, Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.
Wahai Tuhan segala Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.
Wahai Tuhan, Harapan Orang-Orang Yang Rindu.
Wahai Tuhan, Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap
Wahai Tuhan, Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.
Wahai Tuhan, Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!
Wahai Tuhan, Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.
Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.
Wahai Dzat Yang Maha Melihat.
Wahai Tuhan, Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh.
Wahai Tuhan yang Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.
Wahai Dzat yang maha dermawan dari aegala yang Dermawan.
Wahai Tuhan, yang maha Pengasih dari segala yang Pengasih
Wahai Tuhan, Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.
Wahai Tuhan, Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.
Wahai Tuhan, Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.
Wahai Tuhan, yang maha Pengampun terhadap pembuat dosa..
Titipkanlah aku dalam rahmat kasih sayangMu,
Titipkan ketenangan dan ketenteraman di hatiku,
buangkanlah segala sihir yang membelenggu hati ini,
jauhi hamba dari tiupan kesedihan yang menyayat rasa,
samada ia mainan syaitan ataupun manusia biasa,
kembalikan ketenangan kepada hamba seperti sediakala....
kembalikan dunia hamba yang ceria dan bahagia....
seumpama dahulu ketika hamba belum bertemu dengannya.
Engkaulah Tuhan sebaik-baik tempat bergantung dan tempat meminta..
Wahai Tuhan yang cepat memperkenankan pinta..
perkenankanlah permintaan hamba
amin ya Allah ya rabbal alamin..
..................................
Ya Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Di Atas Jalan Keridhaan-Mu Dan Keridhaan RasulMu, Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian alam. amin
.....................Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment