Tatkala rindu menjadi sulit,
hanya padaMu aku berbisik.
Tatkala cinta menjadi begitu sakit,
Airmata hanya menambah perit.
Tatkala ingatan kasih masih berfungsi,
Mengapa mata masih mahu menangis.
Apakah hikmah dibalik semua ini?
Rasa kasih bagai dihiris-hiris.
Rasa kasih bagai dihiris-hiris.
Tabahlah hatimu wahai kasih,
Ini hanyalah ujian yang sedikit.
Ini hanyalah ujian yang sedikit.
~salam kasih sayang
04102010
...........................
nota kasih:
Andai awak tahu apa yang aku rasa...andai awak rasa apa yang selama ini aku tersiksa, andai awak tahu apa yang ada di dalam hati hamba, andai awak sedar betapa aku menyinta.... tentu awak takkan tega membuat aku menunggu lama, tentu awak takkan tergamak membuat aku menderita, tetapi sesungguhnya awak tak pernah merasa, awak tak pernah tahu, awak tak pernah menyinta dan awak tidak pernah sedar peritnya rindu dan sakitnya cinta..".Sungguh aku menyintai awak kerana awak menyintai Allah. Tetapi jika cinta awak kepada Allah sudah luntur kerana ego yang bermaharajala, maka hilanglah jua cintaku pada tuan hamba....."Walaubagaimanapun kehadiran kasih sayang adalah sesuatu yang terindah dan berhikmah. Alhamdulillah...syukurku padaMu ya Allah... titipkanlah kesabaran dan keimanan abadi yang melekat di hati hamba..Hanya padaMu aku rukuq dan padaMu jua aku bersujud...Aku mohon redhaMu dan petunjukMu dalam meneruskan hidup hamba. Terimalah kasih cinta hamba...amin.
No comments:
Post a Comment