topbella

Friday, October 8, 2010

Bicara ruhi dan jasad


bicara kasih sayang.

Ruhi: Salam kasih sayang, terkadang bila kesedihan ini datang terasa aku ingin tinggalkan kamu. Aku ingin pergi menjauh. Aku ingin buang rasa gila ini jauh di balik gunung biar leraiannya kelak tidak akan bercantum, agar segalanya dibawa terbang jauh dari mata, jauh dari pemikiran hamba.

Jasad: Mengapa kamu berkata begitu, sedang aku tanpa kamu sungguh tiada ada ertinya hidup aku, kamu tanpa aku jua tidak bermakna tidak bermaya, dunia kita tanpa warna....

Ruhi: Ya sungguh benar kata kamu...tetapi mengapa kehadiran kamu sering membuat aku menangis. Kesedihan itu tidak pernah mahu berakhir. Mengapa kamu masih tidak mahu mempercayai aku. Aku yang tulus menyintai kamu dengan sepenuh jiwa ragaku..
Terkadang aku tidak memperdulikan diriku...kerana aku sering memikirkan tentang kamu...Di dalam hatiku ada satu ruang untuk kamu...Inikah suratan takdir dalam hidupku?. Sungguh jika sesuatu yang kita minta Allah beri ia adalah takdir aku syukur, tetapi jika sesuatu yang kita tidak minta tetapi Allah beri ia juga adalah takdir yang telah Allah tulis...aku pasrah dan redha ketetapan yang terlukis.. tetapi mengapa aku harus menangis, mengapa aku harus bersedih????

Jasad: Maafkan aku kasih kerana meragui kamu. Sungguh tatkala bayu menyapa pipimu pun, aku begitu cemburu. Aku bimbang kehadiran bayu akan membawa kamu pergi jauh dariku... Kelak mungkin kamu akan melupakan aku, kelak aku tidak punya kekuatan diri, sungguh aku keseorangan meniti hidup ini, aku kehilangan kasih...Sedang kamulah satu-satunya kasih sayangku yang telah bertakhta di sudut hati.

Ruhi: Wahai jasadku, tidakkah kamu tahu, Allah mencipta ruh dan jasad untuk hidup di dunia. Penciptaan manusia adalah sebaik-baik penciptaan makhluk Allah. Allah mengangkat darjat manusia kerana keimanan dan ketakwaan manusia kepada Allah. Allah berbangga dengan hamba-hambaNya yang bertakwa di hadapan malaikatNya. Sungguh ruh dan jasad menanggung derita dan bahagia di dunia. Tatkala malam pabila kita tidur kamu seumpama mati tidak bernyawa. Aku keluar terbang berlegar-legar menepati kehendak Penciptanya..yang di sana kita tidak tahu apa maksud dan apakah rahsia Allah. Sungguh urusan ruh ini Allah sembunyikan dari pengetahuan kita. Ia adalah urusan Allah. Keberadaannya, pemergiannya dan keluar masuknya tiap tidur jaga kita juga tidak kita ketahui banyak. Tatkala fajar datang aku tidak pernah melupakan kamu sayangku, aku sering melihat kamu dalam doaku. Aku bermohon agar kamu sentiasa sihat, selamat, berkat dalam kehidupanmu. Aku datang untuk bersama kamu agar subuh kamu menjadi seri dengan keinginan kamu rukuq dan sujud pada Allah...kelak kita berdua dibawah sayap para malaikat dan malaikat jua mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat kita..

Jasad: Ya benar sayangku.., kamu amat bermakna bagiku, kamulah ruhku, kamulah hayatku, kamulah mataku, kamulah qalbuku, kamulah belahan jiwaku, kamulah cintaku, tanpa kamu hidup aku tidak bermakna, tanpa aku hidup kamu tidak bermaya. Kita saling memerlukan..kita telah ditulis untuk bersama dan merasa kasih sayang dan cinta itu di dunia.

Ruhi: Wahai jasadku, walau mengenalimu, bersamamu, aku selalu menangis tak tentu masa. Menangisku bukan jua bermaksud aku menderita, bahagia juga mataku mengeluarkan titisan jernihnya. Tidakkah kamu tahu, kasih sayangku padamu itu bukan ciptaan aku, bukan rekaan aku tetapi ia adalah anugerah Allah. Pemberian yang terindah...Jika ia adalah ciptaan dan rekaan hamba sudah pasti aku boleh mencabut dan membuangnya bila-bila masa ia begitu menghantui dan menggila, tetapi mengapa aku tidak berdaya, mengapa aku tidak mampu mencabutnya???? Mengapa ia begitu bermaharajalela kerana kehadirannya dan keberadaannya adalah kerana kuasa Tuhan yang memegang nyawa kita, ALLAH YANG MAHA PERENCANA, ALLAH MAHA MENCIPTA, ALLAH YANG MAHA LUAS PENGETAHUANNYA. Sungguh ruh dan jasad itu tidak dapat dipisahkan di dunia maupun di akhirat sana. Kita adalah satu pada sesuatu ketika, dan akan saling merindui bila tiada. Sungguh aku adalah kamu, kamu adalah aku..Selamanya kasih sayang itu bertakhta di jiwa hamba. Selamanya kamu menyintai ruhi. InsyaAllah...amin
Maafkan jika aku punya khilaf terhadap kamu sejak dahulu...sungguh aku hamba Allah yang kurang ilmu dan aku tidak tahu.

~salam kasih sayang.
08102010
............................
nota kasih sayang...
hanya Allah yang tahu hati aku, dan hanya Allah yang tahu hati kamu...Sungguh tiap manusia itu punya kesilapan, aku jua manusia yang mempunyai khilaf dan kesalahan. Allah menyukai hamba-hambanya yang insaf dan ingin bertaubat....Jika aku ada salah silap dengan kamu maafkanlah aku...maafkanlah aku. Semoga Allah mengampuni dosa2 aku kerana kejahilanku bermu'amalah dengan manusia..semoga Allah mengampuni kita... amin.

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN