Wahai bayu...
sampaikan salam tulus kasihku.
Aku tidak boleh cemburu,
kerana cemburu membuat hidup celaru.
Aku tidak boleh prasangka buta,
kerana prasangka mainan syaitan laknatullah.
Aku tidak boleh kedekut..
kerana kedekut menjadikan aku miskin jiwa.
Aku tidak boleh duka lara.
aku mesti kuat untuk menenangkan jiwa.
~salam kasih sayang.
09102010
.....................................
Salam kasih sayang...wahai Allah berilah aku kekayaan jiwa agar aku tidakkan terpengaruh dengan dunia dan mehnahnya. Semalam aku mimpi aku telah di bawa ke satu kampung asing yang aku sama sekali tidak pernah melihat makhluknya, wajah-wajah mereka bukan seperti manusia biasa, mereka dengan hal-hal masing. Mereka tidak mengganggu manusia. Aku hadir sekadar ingin melihat dan mengutip pengetahuan sahaja..memang tempat mereka cantik, indah sejuk mata memandangnya. Semua pergerakan cepat, aku di bawa terbang sekelip mata..oh seronoknya...pelbagai situasi yang aku lihat dan tak dapat nak di gambarkan atau nak di cerita...oh bahagianya kalau selamanya di sana.......semoga aku akan bermimpi lagi begitu di lain ketika...salam kasih sayang semoga kalian sejahtera...amin.
No comments:
Post a Comment