RENUNGAN...EMAIL DARI SAHABAT SIM....
2010/10/22 excalibur <lina_hasni@yahoo.com>
salam kawan2,
sy nak share satu pengalaman yang berlaku pada saya pg ni. setelah selesai solat subuh di hati ini terdetik mulai ari ni nak baca quran walau sepotong ayat. kemudian sy pun siap2kan anak dan siapkan diri nak pi keje. setiba nya di office kawan sy telah dtang jumpa sy dengan sebuah quran "this one is for you" sy hanya mampu terdiam dan tersenyum. dan dr saat pemberiannya terus sy mula membaca quran.
apa yang sy cuba tonjolkan ialah tentang kuasa allah s.w.t, ia maha mendengar kepada semua rintihan umatnya. setiap hari alunan quran dlm bilik saya di office membuatkan sy lebih dekat dengan quran...kuasa allah sungguh besar sekali ...marilah kawan2 kita membaca quran walau sepotong ayat setiap hari lama2 akan jadi banyak.
barakallahufit
.........................................................
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)
“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.
"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)
~SALAM KASIH SAYANG.
23102010
......................
semoga kita sentiasa membaca al Quran semoga tiap saat..tiap detik...tiap jam, tiap hari, tiap minggu, tiap bulan...dan sebagainya dalam peti kita bercahaya-cahaya dengan amalan soleh. Semuanya itu akan dipersembahkan kepada Allah semoga Allah menerimanya...amin.
Oleh itu jangan biarkan ada ruang kosong, untuk berbuat maksiat atau tidak berbuat apa2 kerana tiap detik itu yang kita tidak berbuat apa2, atau kita berbuat maksiat..dalam peti kita yang akan gelap dan hitam...rugilah kita sebagai manusia...hamba Allah di dunia..
Perbanyakkan bekal..amalan soleh kerana ia sahaja yang akan bersama-sama kita di alam barzah sana...Bantulah kami ya Allah untuk beramal soleh..amin
No comments:
Post a Comment