topbella

Friday, October 29, 2010

Andainya

ANDAINYA

Andai aku boleh menangkap pelangi
Aku akan melakukannya hanya untukmu,
Berbagi denganmu tentang keindahannya
sampai hari-harimu terasa biru.

Andai aku boleh membangun sebuah gunung
Aku juga akan melakukannya hanya untukmu,
Sebuah tempat untuk menemukan ketenangan,
Sebuah tempat untuk menyendiri.

Andai aku boleh hilangkan semua masalah ini
akan ku buang semua ke laut dan menenggelamkannya
walau semua ini mustahil bagiku,
sebab aku hanya manusia biasa.

Aku tak akan pernah boleh menangkap pelangi untukmu,
Akupun tak akan boleh membangunkan sebuah gunung bagimu,
tapi aku masih selalu boleh menyayangimu,
aku masih mencintaimu,

~SALAM KASIH SAYANG.

…………………………….

Bahwa yang indah kadang menjadi indah ketika ia hanya dirasakan, bukan diwujudkan dalam kata-kata...kerana kamu terlalu bermakna untuk dimaknai.

Dalam diammu kau menemani. dalam diammu kau menenangkan. dalam diammu kau mendengarkan. aku tak menuntut lebih banyak. kerana aku tahu kamu tetap setia,selalu ada,walau hanya dalam diam. berjalan bersama. sampai nanti, sampai mati. kerana kamu adalah biru dilangit dan lautan. hijau yang pada daun, dan rerumputan.merah yang mewarnai mawar, juga darahku. kamu hidupku.

oh ya!hampir saja aku lupa, terima kasih langit. Peluk dan cium untukmu...selamat malam!

.......................

nota kasih:

Sudiku titipkan kata, sudiku titipkan rasa, sudiku sisipkan bersama suka duka. Kamu ada aku untuk sama berbagi duka lara, derita bahagia....insyaAllah aku tidakkan meninggalkan kamu sedang kamu masih memerlukan bantuan aku...Semoga kita berbaik2 kerana Allah. Tuhan yang mempertemukan dua jiwa, menautkan dua hati, melimpahkan kasih sayang ini...Relakanlah ia di sini, redhalah ia ku simpan di hati... kerana ia sesungguh menyentuh nurani...Emm..sesungguhnya bicara dari hati maka dengan hati jugalah dapat menginsafi rasa kasih sayang anugerah Ilahi...Dengan ini aku akan merasa kamu sentiasa ada di mata dan hati aku..........

Semoga sabar selalu meniti hari-harimu.~salam kasih selalu.


sumber:
http://www.4shared.com/audio/mitiVJC6/fareast_nasir_wahab-melakar_ci.htm

Berdirinya aku di Daerah Zulumat
Mengutip Titis Doa Di Malam Rahmat
Bersama Renai Kasih Yang Menguyur
Ingin Melakar Cinta Di Syurga

Sesungguhnya Cinta Yang ku Galas Dulu
Hanya Cinta Semusim Wangi Sekejap
Harumnya Takkan Sampai Ke Penghujung
Indah Mekarnya Hanya Di Kuntum

Sedangkn Taman-mu Amat Indah
Tiap Penghuninya Dikurniai Rahmat
Datang Berbekal Amalan
Tanpa Sepalit Noda

Setelah Kian Lama Mengatur Jejak Langkah
Makin fasih Mentafsir Liku Hidup
Diri Terlepas Bebas dan Leka Tanpa Batas
Bagai Menabur Benih Sang Hilalang

Bendang-terbendang Hampar Padinya
Dimusnahi Bena
aku Yang Terpedaya

Hijrahkan aku Dengan Hati Putih
Kembali Berpaut Pada Akal Budi
Pasrah Bersujud Dibawah Naungan
Langit Kesedaran

Moga Terlakar Cintaku Dipintu Syurga

~salam kasih sayang
21102010
..............................
nota kasih:
saat ada seumpama tiada, saat jauh hanya ingin menghiba, saat bahagia tidak di rasa, saat sendiri menjadi igauan jiwa...apa yang dapat aku lakukan...hanya mengadu pada Tuhan, sungguh Dia maha mendengar rintihan, Dia maha mendengar pujian, Dia maha menerima walau sebagaimana penyerahan. Ujian yang sedikit ini adalah anugerah Allah agar kita kembali kepada hakikat pengabdian dan mensucikan diri dari segala dosa2 yang telah kita lakukan. Semoga jiwa-jiwa ini tenang...amin

Wednesday, October 27, 2010

Terima kasih ya Allah.


salam kasih sayang..

Terkadang kerana kejahilanku,
aku meminta-minta mengikut nafsu,
yang hakikatnya
aku tidak punya ilmu.

Terkadang aku menangis,
merintih merayu mengharapkan sesuatu,
yang hakikatnya...
ia tidak baik buatku.

Terkadang Allah tangguhkan hajatku,
Allah memberiku pelajaran indah.
yang hakikatnya
ia cinta kasih dan rahmat Allah.

~salam kasih sayang..
27102010
..............................
nota kasih:
terkadang tatkala kita sihat kerana kealpaan, kita ditipudaya oleh syaitan laknatullah. Syaitan itu menghendaki manusia sesat dan jauh dari syurga Allah. Syaitan itu mengajar hati agar berprasangka buta, tidak percaya agar tercetus permusuhan sesama manusia. Syaitan juga mengajar kita berkata yang negatif agar manusia tenggelam ke lembah hina. Sungguh terkadang manusia punya mulut untuk berkata-kata agar hatinya puas. Tetapi kita juga punya 2 telinga yang setia untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh mulut kita. Tidakkah kita sedar kita juga punya malaikat yang menjaga jasad yang setia yang sentiasa mengaminkan segala kata-kata dan doa kita.

Ya...bercakap yang baik akan mendapat kebaikan dan pahala kerana telinganya yang paling dekat mendengar dan malaikat yang tidak jemu mengaminkan doa. Pelajaran Allah itu hebat..jika Allah membuka keaiban diri dan memberi keinsafan kepada kita sesungguhnya Allah masih sayangkan hambaNya. Allah menginginkan kita menjadi baik kembali kepada nikmat dan rahmat syurga Allah. Syukurlah atas segalanya kejadian baik buruk dalam kehidupan kerana itu semua adalah didikan dan rahmat Allah yang maha penyayang.

Tuesday, October 26, 2010

Cinta biasa...


Salam sayang.
tatkala Allah memberiku rasa,
sedih penuh duka...
aku tenggelam dalam airmata,
aku bertanya entah bila penghujungnya.
aku ternanti-nanti,
agar sayu dan pilu itu
hilang jauh dariku.

Syukuri aku kini..
tatkala Allah memberiku rasa,
anugerah kasih cinta biasa
dari seorang hamba,
aku tercari-cari kasih sayangnya,
aku ingin cintanya agar luar biasa
pada firasatku,
ia lebih bermakna.

Namun hari ini,
aku mengerti rahmat kasihMu Ilahi,
cinta biasa itu lebih murni,
berbanding cinta luarbiasa
yang sering ku damba,
sungguh pemasalahan dan didikan Allah,
itulah yang terbaik,
untuk menghargai cinta.

~salam kasih sayang.
26102010
................................
terkadang dalam tidak sedar kita meminta-minta sesuatu sedang kita telah ada dan tenggelam di dalamnya. terkadang kerana kelalaian kehidupan yang sentiasa ada kita selalu lupa dan tidak pernah menghargai sekeping hati dan jiwa yang pengasih. terkadang cinta biasa yang hadir tak pernah kita rasa sedang ia melimpah-limpah dalam kehidupan kita, tetapi setelah Allah memberi pelajaran, dan kita berada dalam didikan, barulah kita sedar betapa bernilainya walaupun cinta biasa berbanding cinta luarbiasa yang kita angan-angankan. Sungguh Allah maha bijak memberi pelajaran kepada hambaNya agar manusia kelak akan berkata sesungguhnya Allahlah tuhan yang wajib disembah, Allah maha berkuasa, Allah maha mengetahui, Allah maha memberi pembalasan, Allah maha menghendaki...jika Dia menghendaki sesuatu maka Dia berkata KUN ...FAYAKUN, JADI....maka JADILAH. Allah maha mendidik hati-hati manusia agar kembali rukuq dan bersujud dan tenggelam dalam cinta kasih sayang kepadaNya...hanya kerana dan kepada Dia, Allah rabbul Jalil...Apa saja yang terjadi di muka bumi ini sudah pasti Allah tahu tujuan dan hikmahnya...Semoga Allah menerima taubat hamba...amin.

Sunday, October 24, 2010

Besarnya doa yang terkadang kita lupakan..


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (rahmati aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

~salam kasih sayang.
23102010

RENUNGAN SEJENAK...


RENUNGAN...EMAIL DARI SAHABAT SIM....
2010/10/22 excalibur <lina_hasni@yahoo.com>

salam kawan2,
sy nak share satu pengalaman yang berlaku pada saya pg ni. setelah selesai solat subuh di hati ini terdetik mulai ari ni nak baca quran walau sepotong ayat. kemudian sy pun siap2kan anak dan siapkan diri nak pi keje. setiba nya di office kawan sy telah dtang jumpa sy dengan sebuah quran "this one is for you" sy hanya mampu terdiam dan tersenyum. dan dr saat pemberiannya terus sy mula membaca quran.

apa yang sy cuba tonjolkan ialah tentang kuasa allah s.w.t, ia maha mendengar kepada semua rintihan umatnya. setiap hari alunan quran dlm bilik saya di office membuatkan sy lebih dekat dengan quran...kuasa allah sungguh besar sekali ...marilah kawan2 kita membaca quran walau sepotong ayat setiap hari lama2 akan jadi banyak.

barakallahufit

.........................................................

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.

"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

~SALAM KASIH SAYANG.
23102010
......................
semoga kita sentiasa membaca al Quran semoga tiap saat..tiap detik...tiap jam, tiap hari, tiap minggu, tiap bulan...dan sebagainya dalam peti kita bercahaya-cahaya dengan amalan soleh. Semuanya itu akan dipersembahkan kepada Allah semoga Allah menerimanya...amin.

Oleh itu jangan biarkan ada ruang kosong, untuk berbuat maksiat atau tidak berbuat apa2 kerana tiap detik itu yang kita tidak berbuat apa2, atau kita berbuat maksiat..dalam peti kita yang akan gelap dan hitam...rugilah kita sebagai manusia...hamba Allah di dunia..
Perbanyakkan bekal..amalan soleh kerana ia sahaja yang akan bersama-sama kita di alam barzah sana...Bantulah kami ya Allah untuk beramal soleh..amin

Friday, October 22, 2010

Sabarlah...


Salam sayang.
indahnya sabar..
bergunanya sabar.

Sabar di hati,
ambil masa untuk berfikir,
timbang buruk dan baik.

Sabar sayang,
dalam berbuat ibadat,
jangan membuat maksiat.

Sabar kasih,
dalam percakapan,
dalam membuat kesimpulan.

Sabar hari ini,
orang mengata atau mengeji,
imanmu baru di uji..

Sabarlah kita,
kebenaran tersingkap jua,
kerana Allah yang berkuasa.

~salam kasih sayang.
22102010
...................................................
"Jadikan sabar dan solat itu penolongmu" . Ya..apabila ada masalah atau jiwa tertekan, kita dalam kegulauan kita akan pergi solat. Setelah kita solat pasti kita berdoa. jadi di situ ada sabar...(sabar dan solat) kita berdoa...dan selepas doa, jika kita sabar kita akan membaca ayat2 suci alquran cintohnya baca yassin. jadi kita akan membaca untuk meraih ketenangan...dalam kita bersabar...dan sabar daripada berkata nista, berprasangka buta, membuat tindakan yang Allah tak redha..kelak akan menyusahkan kita, dan orang sekeliling kita. Jadi kita sabar...sabar dan sabar di samping kita memohon petunjuk dan hidayah Allah kepada kita, kepada orang yang kita berprasangka, kepada orang ketiga yang mengganggu ketenteraman hidup kita..dan segala pemasalahan yang bersarang di dada jiwa...

Ya sabar dan solat. Solat dan sabar serta berdoa dengan bersungguh-sungguh. Sehinggalah Allah membuka hijab yang selama ini kita tidak nampak, sehinggalah Allah membuka tirai hikmah yang selama ini tersembunyi kita nampak kebenaran hakikat jiwa, dan kasih sayangnya, hakikat ketentuan Allah, hakikat cinta kasih sayang yang ada, segala kesalahan kita dan sebagainya. Lalu kita bersyukur kepada Allah yang masih memanggil kita kepada jalan kebenaran..dan rahmatNya..alhamdulillah..alhamdulillah Engkaulah Tuhan yang selayaknya disembah dan digantung segala harapan dan pemasalahan...ya smoga kita semua sabar..kerana sabar itu indah dan berhikmah. insyaAllah

Friday, October 15, 2010

Rahmat kasih sayang.


salam...
kepala ku sejak dua tiga hari ini selalu pening. kenapa agaknya...moga2 ia cepat sembuh...tak dak apa yang membimbangkan.

Bayu seolah terenti bertiup...ke mana bayu kasih sayang yang selama ini berhembus...emmm..sunyi sepi...sendiri menghadapi hari.

Salam kasih sayang...
semoga hati kamu tenang...semoga Allah memberi kamu pelajaran. Semoga Allah memberi kamu ketenangan semula setelah dia mencabut ketenangan itu beberapa ketika...oleh itu kamu harus bersyukur kerana Allah tidak memberi kamu dalam kegulauan selamanya...

Terkadang kalau pelajar buat salah, kita cepat melenting dan mengambil keputusan memukul dalam emosi marah. Tidakkah kita merasa mereka juga punya rasa, mereka juga punya hati, mereka juga harus dikasihani, mereka juga harus difahami....

Memang betul kamu kata "guru pukul murid, polis pukul pencuri, biasalah jadi guru begitulah, guru juga ada had kesabarannya". tetapi alangkah baiknya kalau guru itu tidak pukul murid tetapi murid turut perintah. Murid juga manusia biasa, seperti cikgu. Mereka berbeza umur berpuluh tahun daripada kita, mereka baru 8 tahun sedang kita sudah berapa??? Mereka masih kecil, mereka perlukan bimbingan dan kasih sayang daripada cikgu dia...

Kalau budak yang kita mengajar itu buat salah, maka terkadang ada patutnya kita menghukum murid itu setimpal kesalahan mereka, tetapi jika murid kelas lain buat salah, kita tak boleh ambil tindakan sendiri menghukum mereka. Di sekolah juga ada peraturan. Kalau mereka salah kita boleh laporkan kepada Badan Disiplin, atau hantar kepada Kaunselor Sekolah untuk di ambil tindakan. Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri memukul pelajar itu sewenang-wenangnya...Ingat kerana kita juga bersalah kalau kita mengambil tindakan sendiri...

Begitu juga...kalau dalam keluarga kita, kalau anak2 kita salah, mencuri atau sebagainya kita boleh ambil tindakan sekadar menyedarkan mereka, kerana itu adalah tanggungjawb kita sebagai ayah, ibu, abang atau kakak. Tetapi kalau anak orang lain buat salah dan menyakitkan hati kita, kita tidak boleh memukul mereka atau menghukum mereka dengan sewenang-wenangnya. kita boleh melaporkan perkara itu kepada warisnya serta berbincang, atau melaporkan kepada pihak polis, untuk mengambil tindakan selanjutnya....

Ya..apa yang berlaku ingatlah ia adalah anugerah Allah, ada hikmahnya. Allah hendak memberi pelajaran baru kepada kita, kita terimalah dengan redha, syukur di jiwa. Sesungguhnya Allah ingin kita bergantung lebih kepadaNya.
Ya semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua dan selalu menggunakan minda yang rasional dan waras aqal untuk mengambil sesuatu tindakan agar hari kita tenang dan tiada masalah dalam kehidupan di dunia...

insyaAllah doa terbaik saya buat anda semua....

~salam kasih sayang..

Sunday, October 10, 2010

Tulus suci kasih


Salam kasih sayang,
selamanya dikenang,
bayu sampaikan salam rindu,
kepada saudaraku di kejauhan
semoga dia tenang.

Wahai Allah..
tetipkan dalam hatiku ini,
keinginan untuk berbuat baik..
tiap ketika dan tiap detik,
sungguh kami hanya menumpang kasih.

Jangan ada dalam hati hamba,
walau sedikit prasangka buta,
kelak merosakkan ukhwah fillah,
lembutkan hati hamba,
bermaafan dan bertaubat segala dosa.

Jadikan hati kami bersih,
berikan kami kekayaan jiwa,
hidup saling berkongsi nikmat,
untuk kesejahteraan hidup di dunia,
berikan kami barokah dan sakinah.

amin ya Allah.
10.10.10
................................
aku menyintai kamu kerana kamu menyintai Allah. Sesungguhnya orang beriman itu akan sangat cintanya pada Allah dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. Allah berterima kasih kepada orang-orang yang berbuat baik. Sentiasalah kami berbuat baik kerana Allah. kerana budi baik di kenang jua..dan hati yang baik menjadi pilihan Allah. Kita semua mendambakan kasih Allah, kita semua bergantung harap kepada Allah. Wahai Allah rahmatilah kami, redhai kami, golongkan kami bersama orang-orang yang soleh. amin

Sunyinya hari...


hari ini..
10.10.2010

tarikh keramat..
semoga tenang hidup aku

tak tahu nak tulis apa.
aku simpan ia sebagai kenangan jiwa.

aku terasa sunyi,
kerana tiada buah hati..

hehehe
emmm...belahan jiwa jua tiada

aku sendiri lagi..
lalu aku tengok movie..

aku nak solat pun cuti..
kalau tidak ngaji2 tenang la hati..

ok..jumpa lagi
salam kasih sayang di hati.

Friday, October 8, 2010

kuatlah kasih


Wahai bayu...
sampaikan salam tulus kasihku.

Aku tidak boleh cemburu,
kerana cemburu membuat hidup celaru.

Aku tidak boleh prasangka buta,
kerana prasangka mainan syaitan laknatullah.

Aku tidak boleh kedekut..
kerana kedekut menjadikan aku miskin jiwa.

Aku tidak boleh duka lara.
aku mesti kuat untuk menenangkan jiwa.

~salam kasih sayang.
09102010
.....................................
Salam kasih sayang...wahai Allah berilah aku kekayaan jiwa agar aku tidakkan terpengaruh dengan dunia dan mehnahnya. Semalam aku mimpi aku telah di bawa ke satu kampung asing yang aku sama sekali tidak pernah melihat makhluknya, wajah-wajah mereka bukan seperti manusia biasa, mereka dengan hal-hal masing. Mereka tidak mengganggu manusia. Aku hadir sekadar ingin melihat dan mengutip pengetahuan sahaja..memang tempat mereka cantik, indah sejuk mata memandangnya. Semua pergerakan cepat, aku di bawa terbang sekelip mata..oh seronoknya...pelbagai situasi yang aku lihat dan tak dapat nak di gambarkan atau nak di cerita...oh bahagianya kalau selamanya di sana.......semoga aku akan bermimpi lagi begitu di lain ketika...salam kasih sayang semoga kalian sejahtera...amin.

Bicara ruhi dan jasad


bicara kasih sayang.

Ruhi: Salam kasih sayang, terkadang bila kesedihan ini datang terasa aku ingin tinggalkan kamu. Aku ingin pergi menjauh. Aku ingin buang rasa gila ini jauh di balik gunung biar leraiannya kelak tidak akan bercantum, agar segalanya dibawa terbang jauh dari mata, jauh dari pemikiran hamba.

Jasad: Mengapa kamu berkata begitu, sedang aku tanpa kamu sungguh tiada ada ertinya hidup aku, kamu tanpa aku jua tidak bermakna tidak bermaya, dunia kita tanpa warna....

Ruhi: Ya sungguh benar kata kamu...tetapi mengapa kehadiran kamu sering membuat aku menangis. Kesedihan itu tidak pernah mahu berakhir. Mengapa kamu masih tidak mahu mempercayai aku. Aku yang tulus menyintai kamu dengan sepenuh jiwa ragaku..
Terkadang aku tidak memperdulikan diriku...kerana aku sering memikirkan tentang kamu...Di dalam hatiku ada satu ruang untuk kamu...Inikah suratan takdir dalam hidupku?. Sungguh jika sesuatu yang kita minta Allah beri ia adalah takdir aku syukur, tetapi jika sesuatu yang kita tidak minta tetapi Allah beri ia juga adalah takdir yang telah Allah tulis...aku pasrah dan redha ketetapan yang terlukis.. tetapi mengapa aku harus menangis, mengapa aku harus bersedih????

Jasad: Maafkan aku kasih kerana meragui kamu. Sungguh tatkala bayu menyapa pipimu pun, aku begitu cemburu. Aku bimbang kehadiran bayu akan membawa kamu pergi jauh dariku... Kelak mungkin kamu akan melupakan aku, kelak aku tidak punya kekuatan diri, sungguh aku keseorangan meniti hidup ini, aku kehilangan kasih...Sedang kamulah satu-satunya kasih sayangku yang telah bertakhta di sudut hati.

Ruhi: Wahai jasadku, tidakkah kamu tahu, Allah mencipta ruh dan jasad untuk hidup di dunia. Penciptaan manusia adalah sebaik-baik penciptaan makhluk Allah. Allah mengangkat darjat manusia kerana keimanan dan ketakwaan manusia kepada Allah. Allah berbangga dengan hamba-hambaNya yang bertakwa di hadapan malaikatNya. Sungguh ruh dan jasad menanggung derita dan bahagia di dunia. Tatkala malam pabila kita tidur kamu seumpama mati tidak bernyawa. Aku keluar terbang berlegar-legar menepati kehendak Penciptanya..yang di sana kita tidak tahu apa maksud dan apakah rahsia Allah. Sungguh urusan ruh ini Allah sembunyikan dari pengetahuan kita. Ia adalah urusan Allah. Keberadaannya, pemergiannya dan keluar masuknya tiap tidur jaga kita juga tidak kita ketahui banyak. Tatkala fajar datang aku tidak pernah melupakan kamu sayangku, aku sering melihat kamu dalam doaku. Aku bermohon agar kamu sentiasa sihat, selamat, berkat dalam kehidupanmu. Aku datang untuk bersama kamu agar subuh kamu menjadi seri dengan keinginan kamu rukuq dan sujud pada Allah...kelak kita berdua dibawah sayap para malaikat dan malaikat jua mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat kita..

Jasad: Ya benar sayangku.., kamu amat bermakna bagiku, kamulah ruhku, kamulah hayatku, kamulah mataku, kamulah qalbuku, kamulah belahan jiwaku, kamulah cintaku, tanpa kamu hidup aku tidak bermakna, tanpa aku hidup kamu tidak bermaya. Kita saling memerlukan..kita telah ditulis untuk bersama dan merasa kasih sayang dan cinta itu di dunia.

Ruhi: Wahai jasadku, walau mengenalimu, bersamamu, aku selalu menangis tak tentu masa. Menangisku bukan jua bermaksud aku menderita, bahagia juga mataku mengeluarkan titisan jernihnya. Tidakkah kamu tahu, kasih sayangku padamu itu bukan ciptaan aku, bukan rekaan aku tetapi ia adalah anugerah Allah. Pemberian yang terindah...Jika ia adalah ciptaan dan rekaan hamba sudah pasti aku boleh mencabut dan membuangnya bila-bila masa ia begitu menghantui dan menggila, tetapi mengapa aku tidak berdaya, mengapa aku tidak mampu mencabutnya???? Mengapa ia begitu bermaharajalela kerana kehadirannya dan keberadaannya adalah kerana kuasa Tuhan yang memegang nyawa kita, ALLAH YANG MAHA PERENCANA, ALLAH MAHA MENCIPTA, ALLAH YANG MAHA LUAS PENGETAHUANNYA. Sungguh ruh dan jasad itu tidak dapat dipisahkan di dunia maupun di akhirat sana. Kita adalah satu pada sesuatu ketika, dan akan saling merindui bila tiada. Sungguh aku adalah kamu, kamu adalah aku..Selamanya kasih sayang itu bertakhta di jiwa hamba. Selamanya kamu menyintai ruhi. InsyaAllah...amin
Maafkan jika aku punya khilaf terhadap kamu sejak dahulu...sungguh aku hamba Allah yang kurang ilmu dan aku tidak tahu.

~salam kasih sayang.
08102010
............................
nota kasih sayang...
hanya Allah yang tahu hati aku, dan hanya Allah yang tahu hati kamu...Sungguh tiap manusia itu punya kesilapan, aku jua manusia yang mempunyai khilaf dan kesalahan. Allah menyukai hamba-hambanya yang insaf dan ingin bertaubat....Jika aku ada salah silap dengan kamu maafkanlah aku...maafkanlah aku. Semoga Allah mengampuni dosa2 aku kerana kejahilanku bermu'amalah dengan manusia..semoga Allah mengampuni kita... amin.

Monday, October 4, 2010

Ujian kasih


Tatkala rindu menjadi sulit,
hanya padaMu aku berbisik.

Tatkala cinta menjadi begitu sakit,
Airmata hanya menambah perit.

Tatkala ingatan kasih masih berfungsi,
Mengapa mata masih mahu menangis.

Apakah hikmah dibalik semua ini?
Rasa kasih bagai dihiris-hiris.

Tabahlah hatimu wahai kasih,
Ini hanyalah ujian yang sedikit.

~salam kasih sayang
04102010
...........................
nota kasih:
Andai awak tahu apa yang aku rasa...andai awak rasa apa yang selama ini aku tersiksa, andai awak tahu apa yang ada di dalam hati hamba, andai awak sedar betapa aku menyinta.... tentu awak takkan tega membuat aku menunggu lama, tentu awak takkan tergamak membuat aku menderita, tetapi sesungguhnya awak tak pernah merasa, awak tak pernah tahu, awak tak pernah menyinta dan awak tidak pernah sedar peritnya rindu dan sakitnya cinta..".Sungguh aku menyintai awak kerana awak menyintai Allah. Tetapi jika cinta awak kepada Allah sudah luntur kerana ego yang bermaharajala, maka hilanglah jua cintaku pada tuan hamba....."Walaubagaimanapun kehadiran kasih sayang adalah sesuatu yang terindah dan berhikmah. Alhamdulillah...syukurku padaMu ya Allah... titipkanlah kesabaran dan keimanan abadi yang melekat di hati hamba..Hanya padaMu aku rukuq dan padaMu jua aku bersujud...Aku mohon redhaMu dan petunjukMu dalam meneruskan hidup hamba. Terimalah kasih cinta hamba...amin.

Saturday, October 2, 2010

Setiap kali


Setiap Kali
Devotees

..................
Setiap kali mendapat nikmat,
jarang ku sedari itu pemberianMu,
terkadang rasa itu kerana,
segala usaha dan penat lelahku sahaja.

Setiap kali ditimpa musibah,
Ku mengeluh risau bertambah gelisah,
Hingga terlupa pada-Mu Allah,
Tempat kembali segala masalah.

c/o:
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang,
Leraikanlah aku dari keluh kesah,
Yang membelenggu jiwa dan fikiran,
Ditambah dengan hasutan syaitan.

Kurniakanlah kepadaku ketabahan,
Singkapkanku hikmah segala ketentuan,
Moga sinarMu berikanku pedoman,
Hanya padaMu segala ketetapan.

Ulang...
Setiap kali ditimpa musibah,
Ku mengeluh risau bertambah gelisah,
Hingga terlupa padaMu Allah,
Tempat kembali segala masalah.

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang,
Leraikanlah aku dari keluh kesah,
Yang membelenggu jiwa dan fikiran,
Ditambah dengan hasutan syaitan.

Kurniakanlah kepadaku ketabahan,
Singkapkanku hikmah segala ketentuan,
Moga sinarMu berikanku pedoman,
Hanya padaMu segala ketetapan.

Seandainya diri ini,
Mampu meraih cinta keredhaanMu,
Seandainya akulah insan yang terpilih,
Pimpini hidupku.....

~salam kasih sayang.
02092010
.................................
salam kasih sayang..salam kerinduan..salam bahagia buat semua makhluk di bumi. Jika kita mengasihi makhluk di bumi insyaAllah kita akan dikasihi oleh makhluk di langit..semoga para malaikat mendoakan kita, sentiasa memohon ampun kepada kita, semoga Allah merahmati kita hendaknya... Sungguh kasih sayang itu cantik, akan lebih indah jika ia dihiasi atau dipraktikkan dalam kehidupan kita...amin.

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN