Aku dengar ceramah suatu hari...
Ustaz kata...
Jin itu menipu manusia,
Apa yang jin buat untuk menipu manusia?
1. Mengajar supaya manusia itu kufur/ syirik kepada Allah.
2. Membiarkan manusia agar membuat bidaah dan tidak bertaubat.
3. Leka dengan masalah.
4. Leka dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah kemudian tidak mengaji Quran..
5. Digodanya dengan perasaan marah, kerana dengan marah itu adalah pintu untuk syaitan dan jin masuk.
6. Tidak merasa redha, sedih, frust, dan akhirnya ingin bunuh diri. Maka berjayalah misi jin itu untuk menyesatkan manusia..
nota kasih:
Jauhilah marah dan prasangka buruk kerana marah dan prasangka buruk itu pintu untuk jin syaitan masuk. Jangan buka pintu untuk mereka masuk dan tinggal dalam hati kita...penuhi hati kita dengan ZIKRULLAH kerana dengan mengingati ALLAH hati akan tenang....
semoga Allah terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua untuk sentiasa nampak keagongan, kekuasaan Allah dan bersyukur. amin.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
salam kakak...kata-kata blog kakak buatkan jiwa sy sayu,menangis sendiri.kakak..melayari hidup berumahtangga dengan insan yang kita ta cinta amat pedih kakak,apatah lagi ksih dan cinta ini hanya untuk insan yng kita sayang,tapi demi ibu, sy korbankan perasaan ini.kakak,macam mana sy nak sayang husband sy???perit sanagt hati ni...
ReplyDeletewaalaikumusalam..
ReplyDeletedek, terim kasih akak ucapkan kerana adik sudi titipkan di sini..ya..kalau adik ada apa isu yang nak dikongsi sama..adik boleh email kakak. di : ruhi.abidin@gmail.com
ya kita boleh sembang panjang lebar..ya dek..
apa pun..satu aja yang akak nak pesan adik..
lihat, pada adik ada banyak kekuatan, dan anugerah yang Allah berikan, kadang kita lupa untuk bersyukur oleh itu hati kita tidak tenang dan tidak merasa tenteram dengan nikmat yang Allah bagi, dan apabila hilang nikmat itu baru kita sedar betapa berharganya nikmat dan anugerah yang Allah berikan sebelum itu...ya..hehehe, ekadar memperingati diri akak sendiri dan semoga adik mendapt pertunjuk dan hidayah Allah dalam menjalani kehidupan seharian..suami juga adalah anugerah Allah..hargai dan syukuri...insyaAllah.